Ahad, 24 Mac 2013

MENJAWAB FITNAH PR MENGENAI PUNCA PENCEROBOHAN LAHAD DATU #OpsDaulat #PrayForSabah


Setelah sekian lamanya PR menabur fitnah-mehnah mengenai insiden Lahad Datu, kini tiba masanya untuk kita mengupas perkara tersebut.

Segalanya berpunca dari angan-angan PR untuk menawan Putrajaya. Dua buah negeri di Borneo, Sabah & Sarawak merupakan penghalang utama cita-cita PR.
Di tambah dengan Johor, Pahang, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan. 

Kerusi-kerusi Parlimen di Sarawak dan di Sabah di anggap oleh PR sebagai 'Simpanan Tetap BN'. PR sukar menembusi Sarawak dan Sabah dengan hanya sokongan Cina Sarawak dan Sabah. PR juga mendapati mereka sukar mengalahkan pengaruh UMNO Sabah dan PBBS SARAWAK. 

So, PR mula memainkan sentimen-sentimen sensitif di Sarawak dan di Sabah.
Di Sarawak, puak PR mempertikaikan KM Sarawak. 
Isu Tanah Adat dijadikan sentimen membangkitkan kemarahan kepada KM Sarawak. Termasuklah memainkan sentimen agama melalui isu penggunaan kalimah Allah.  Di Sabah, isu IC dan isu sentimen agama dimanipulasikan oleh PR.
Mudah bagi PR untuk memanipulasikan isu-isu tersebut memandangkan ramai bekas pemimpin UMNO dan bekas pemimpin parti komponen BN di beli oleh PKR. 

Tapi sebelum itu. Mari kita renung dulu satu fakta sejarah yang tidak berapa enak dibincangkan kerana menjaga keharmonian perpaduan kaum dan antara agama.

Sejak 1511, alam nusantara hanya berperang dengan puak mubaligh kristian Sepanyol, Portugis, Belanda dan Ingeris sahaja.

Agama kristian di bawa masuk oleh penjajah Sepanyol, Belanda dan Ingeris ke alam nusantara ini. Di Manila sendiri yang dikuasai oleh kesultanan Melayu Islam dari empayar Chermin Kemboja dikalahkan oleh Portugis. 

Mubaligh Portugis dan Sepanyol menyebarkan agama kristian dengan kekerasan di kalangan penganut Islam di negeri-negeri yang mereka kalahkan. Ini lanjutan daripada dendam Sepanyol dan Portugis kepada penguasaan Islam ke atas Andalusia selama beratus-ratus tahun.

Setelah pengaruh Sepanyol dan Portugis lenyap dan digantikan dengan pengaruh Belanda dan Ingeris, barulah polemik antara Kristian dengan Islam agak berkurangan. Namun pengembangan dan gerakan kristianisasi bergerak secara senyap dan tersembunyi.

Ianya adalah PEPERANGAN DAN PERJUANGAN PRIBUMI NUSANTARA BERAGAMA ISLAM MENENTANG PIHAK ASING YANG BERAGAMA KRISTIAN.

Akhirnya pada Ogos 1957, Semenanjung Tanah Melayu merdeka dengan pengisytiharan bahawa AGAMA PERSEKUTUAN IALAH AGAMA ISLAM. Tapi agama-agama lain dibenarkan selagi pengembangannya tidak menyentuh mana-mana masyarakat penganut Islam. 

Sabah di awal kemasukan Malaysia dikuasai sepenuhnya oleh arwah Tun Datu Mustapha. Ini kerana jasa arwah Tun Datu Mustapha yang tak ramai ketahui. Arwah merupakan pejuang kemerdekaan Sabah. Bapa beliau keturunan Sulu dan ibunya keturunan Banjar dari Balambangan. Agamanya ialah Islam. 

Kemasukan Sabah ke dalam Malaysia ialah melalui Referendrum rakyat Sabah sendiri yang di pantau oleh PBB. Malah satu suruhanjaya dinamakan Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan bagi mengesahkan kehendak pribumi dan anak tempatan Sabah.

Pada masa Joseph Pairin Kititngan menjadi Ketua Menteri Sabah selama sembilan tahun, ramai warga Papua New Guinea, Kepuluan Solomon dan kaum Toraja yang bergama Kristian di bawa masuk menetap di Keningau. Termasuklah juga warga China. Ini semua gara-gara Agenda beberapa pertubuhan luar negara yang mahu menjadikan Sabah majoriti Kristian.

Kebanjiran Tausug dari Mindanao berpunca dari pemberontakan di Mindanao terhadap Filipina. Dunia melihat ianya satu Konflik bersenjata di antara Islam dengan pemerintah Kristian Filipina. Ini berlaku sejak 1970. Secara turun temurun, ramai Tausug bersaudara-mara dengan Sulu di Sabah.

Lama-kelamaan pelarian Tausug memenuhi syarat-syarat kelayakan memohon menjadi warganegara atas sebab naturalisasi. Namun begitu RCI Sabah hanya menumpukan permasalahan Tausug sahaja. Perkara ini dikritik hebat rakan bloger MYMASSA. 

Kerana itulah PR menjadikan isu IC sebagai isu membangkitkan sentimen terhadap BN di Sabah. Di samping itu ianya menyentuh mengenai Agenda Kristianisasi oleh pihak luar yang cuba menggangu keharmonian beragama yang selama ini dinikmati oleh semua pribumi Sabah.

Apasaja isu yang boleh mencetuskan kebangkitan kemarahan rakyat kepada BN akan dimanipulasikan oleh PR. Itulah yang sebenarnya. Ini semua gara-gara PR hendak ke Putrajaya. PR gunakan POLITIK KOTOR mereka!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...