Rabu, 7 September 2011

MAT SYABU DIKANTOIKAN OLEH EDITOR BUKU 'PENGUKIR NAMA JOHOR'!

SAH ! Mat Syabu berbohong mengenai buku PENGUKIR NAMA JOHOR yang didakwanya menyokong kenyataan kontroversi bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan. Editor buku tersebut telah megneluarkan kenyataan rasmi menempelak Mat Syabu dengan menyindir bahawa soal sejarah biarlah ditentukan oleh pakar sejarah yang ahli bukannya politikus seperti Mat Syabu. Pendedahan di buat oleh bloger BELANTAN

"Biarlah ahli sejarah yang arif dalam bidang sejarah menentukan siapakah sebenarnya pejuang kemerdekaan negara. Sebagai politikus (Mat Sabu) tidak layak mencampuri hal-hal sejarah kerana dia bukan orang yang arif dalam bidang itu. Ini kerana apabila orang yang bukan arif bercakap tentang sejarah, ia akan mengelirukan pemikiran masyarakat.

Editor buku tersebut menjelaskan bahawa penulis buku menyentuh mengenai Mat Indera sebagai membuka persoalan kepada umum unutk menilai samada Mat Indera adalah seorang pejuang kemerdekaan atau pengkhianat kerana penglibatan aktifnya dalam Parti Komunis Malaya serta serangan di Bukit Kepong pada 1950.

"Sebenarnya isi kandungan buku 'Pengukir Nama Johor' yang ditulis Ismail (Adnan) yang telah meninggal dunia tiga tahun lalu mengajak pembaca berfikir siapa sebenarnya Mat Indera yang terlibat dalam peristiwa berdarah Balai Polis Bukit Kepong 61 tahun lalu, sama ada hero atau pengkhianat negara?" katanya ketika dihubungi di sini.

Mat Syabu, Isapmudin Rais si komunis dan Aziz Bari telahpun menetapkan pada malam ini mengadakan forum berdasarkan kepada buku tersebut di KLSCAH dengan kehadiran terhad seramai 150 orang. Ketiga-tiganya ahli politkus dan bukan sejarahawan. mereka bertiga tidak mempunyai displin ilmu dan terlatih dalam bidang sejarah.


Kantoi lagi bloger pro pembangkang termasuklah Mat Syabu dengan kenyataan editor buku berkenaan yang dijadikan sandaran  mempertahankan kenyataan kontroversi Mat Syabu. Apalagi yang hendak disandarkan oleh mereka selepas ini? Eloklah mereka semua bersandar kepada pendapat ahli-ahli sejarahawan negara dan bukannya bersandar kepada halusinasi dan delusi mereka.


Akibat terlalu mengikuti emosi kebencian kepada UMNO, akhirnya terbukti mereka tersalah langkah dan semakin jelas sikap berdusta mereka. Lainkali bacalah betul-betul sebarang buku sejarah, Ini tidak, asik hendak main lompat terjun sesuka hati. Kantoi sudah !



1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...