Rabu, 7 September 2011

DAYA SAING GLOBAL NEGARA NAIK KE KEDIDIKAN KE 21.

Pada hari ini, jika Mat Indera masih hidup, beliau pun akan mengagumi kejayaan demi kejayaan yang negara kecapi sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen Raja Berperlembagaan. Daya saing global negara naik ke kedudukan ke 21 di kalangan 142 buah negara. 

Malaysia berada di tangga ke 6 dalam rantau Asia Pasifik dan ke 2 dalam ASEAN dengan skor 5.08 mata daripada 7 berbanding 4.88 tahun. 

AS mencatitkan penurunan tiga tahun berturut-turut, Manakala Switzerland kekal di tangga pertama.Kejayaan Malaysia itu disebabkan oleh polisi transformasi yang memberi impak positif kepada perkembangan memberangsangkan dalam tonggak persekitaran ekonomi makro dan institusi serta beberapa langkah kecekapan pasaran. 

Perkembangan tersebut berlaku secara konsisten dan berprestasi kukuh. Sektor kewangan Malaysia adalah cekap dan kukuh kerana dwi sistem perbankan, perbankan Islam dan komersil. Sektor kewangan Malaysia berada dalam ekonomi paling maju pada kedudukan tiga teratas.

Manakala pasaran barangan Malaysia adalah ke limabelas efisyen.Perkembangan ekonomi mikro Malaysia terus berkembang berada dalam kedudukan ke 29 walaupun negara mencata defisit 5% dari KDNK.

Perkembangan terakhir ini sewajarnya disyukuri. Pentadbiran DS Najib berjaya membuktikan mampu mengendali negara. Dalam kemelut politik dendam Pakatan Sosialis Pro Komunis yang tiada kesudahan, pentadbiran DS Najib masih mampu memberikan yang terbaik kepada rakyat Malaysia. 

TAHNIAH DS NAJIB!





Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...