Jumaat, 16 September 2011

APA YANG ANDA PATUT TAHU MENGENAI PERKARA 149 PERLEMBAGAAN.


Pada malam 15hb September, 2011 di hadapan kehadiran kabinet, menteri-menteri, pegawai-pegawai kerajaan dan badan-badan pertubuhan bukan kerajaan, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan suatu kejutan besar yakni akan melaksanakan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan digantikan dengan dua buah akta yang lain. 
Tujuannya adalah untuk mengimbangi keselamatan negara dengan hak-hak kebebasan asasi manusia. Namun di dalam perbahasan Falsafah Perundangan, perimbangan antara keduanya itu adalah amat mustahil untuk di capai kerana beberapa faktor.

Falsafah perundangan sendiri mengakui bahawa apabila keselamatan negara terancam adalah wajar menggantung segala hak kebebasan asasi pelaku bagi menghukumnya agar ancaman yang di bawa olehnya dapat dihapuskan. 

Dalam keadaan yang aman, hak-hak kebebasan asasi manusia tidak wajar di ganggu gugat oleh pemerintah kerana tiada ancam kepada keselamatan negara yang berlaku. Namun begitu hak-hak asasi itu tetap terbatas dalam maksud menjaga keharmonian hubungan antara rakyat dengan pemerintah dan antara rakyat dengan rakyat.

Sebagai contoh, seorang pencuri berhak di tangkap dan di tahan di dalam lokap dalam tempoh siasatan berlaku sehingga ke tarikh perbicaraannya di mahkamah.Semasa dalam tahanan pihak berkuasa, sudah tentulah hak asasi kebebasan bergerak itu di gantung. Pencuri itu sudah tidak mempunyai hak untuk bebas bergerak di dalam masyarakat. Jika dibiarkan adalah dibimbangkan ianya akan mendatangkan ancaman keselamatan kepada masyarakat. 

Di Malaysia bagi menangani masalah ancaman kepada keselamatan negara, Perkara 149 Perlembagaan menyatakan seperti berikut:-
BAHAGIAN XI  
KUASA KHAS MENENTANG PERBUATAN SUBVERSIF, KEGANASAN TERANCANG DAN PERBUATAN DAN JENAYAH YANG MEMUDARATKAN ORANG AWAM DAN KUASA DARURAT. 
Perkara 149 - Perundangan menentang perbuatan subversif , tindakan yang memudaratkan kententeraman awam , dan sebagainya. 
(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah di ambil atau di     ancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, samada di dalam dan di luar Persekutuan:- 
(a) untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau
(b) untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang Di Pertuan Agung atau mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan; atau 
(c) untuk menggalakan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau 
(d) untuk mendapatkan perubahan selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang; atau   
(e) yang memudaratkan penyenggaraan atau  perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau 
(f) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau yang memudaratkan keselamatannya, maka 
apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk MEMBERHENTIKAN atau MENCEGAH TINDAKAN ITU ADALAH SAH WALAUPUN PERUNTUKAN ITU TIDAK SELARAS DENGAN DENGAN MANA-MANA PERUNTUKAN PERKARA 5, 9, 10atau 13 atau WALAUPUN JIKA TIDAK KERANA PERKARA INI PERUNTUKAN BAGI RANG UNDANG-UNDANG UNTUK SESUATU AKTA YANG SEDEMIKIAN ATAU BAGI APA-APA PINDAAN KEPADA SESUATU RANG UNDANG-UNDANG YANG SEDEMIKIAN 
(2) Sesuatu undang-undang yang mengandungi sebutan seperti yang disebut dalam Fasal (1), jika tidak terlebih dahulu dimansuhkan , hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen yang mengungkaikan undang-undang itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelum itu menurut kuasa undang-undang itu atau tanpa menjejaskan kuasa Parlimen untuk membuat suatu undang-undang baru di bawah Perkara ini.
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Seksyen 27 Akta Polis, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan serta Akta Kediaman Terhad kesemuanya merupakan akta-akta parlimen di bawah Perkara 149 di atas. Adalah nyata daripada peruntukan yang sedia ada, kesemua akta-akta yang disebutkan adalah bersifat memberhentikan dan mencegah tindakan yang disebutkan dalam Fasal 1 perenggan (a) hingga (f).

Jadi adakah wajar kita mengikuti tafsiran salah yang selama ini diberikan oleh pihak pakatan pro komunis mengenai ISA dan seala akta-akta yang di gubal di bawah Perkara 149 Perlembagaan?

Tidakkah ianya lebih wajar kepada kerajaan pentadbiran DS Najib untuk mendidik rakyat daripada hanya memansuhkannya dan akan meminda Perkara 149 tersebut?

Persoalan keselamatan negara, nyawa dan hartabenda orang awam bukanlah sesuatu perkara yang boleh diselesaikan dengan hanya memansuhkan sebarang Akta yang difikirkan menzalimi pengganas, perompak, pencuri, pembunuh dan penjahat. 

Perkara yang penting ialah mendidik rakyat mengenainya dan bukannya hanya mengambil jalan mudah dan pintas memansuhkannya.

Sesuatu yang amat serius perlu dipertimbangkan semula oleh pentadbiran DS Najib.


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...