Selasa, 6 September 2011

APA HENDAK DIHAIRANKAN MAT SYABU TAKUT BERDEBAT, BELIAU MEMANG PENAKUT.


Mat Sabu awal-awal lagi sudah angkat bendera putih enggan dan cukup takut berdebat dengan Ketua Pemuda UMNO. Tawaran telah di buat oleh Pemuda PAS Pusat Kelantan untuk berdebat. Itu saja kemampuan Pemuda PAS, berdebat-berdebat sampai terjelir lidah tapi jalanraya di Kelantan mereka tak mampu hendka naik taraf. 

Alasan yang diberikan oleh Timbalan Presiden PAS yang paling tak berguna itu ialah lebih baik diserahkan kepada Pemuda PAS Kelantan. Pemuda PAS Pusat Kelantan pula terhegeh-hegeh cam beruk makyeh hendak berdebat kononnya mempertahankan maruah parti. Debatlah setakat yang mana mampu. Kalau setakat pertahankan maruah parti melalui air liur, sami tok cha lagi terer jampi mantera. 

Selepas berdebat boleh  minum teh tarik atau minum jus Tok Guru banyak-banyak sebab kering tekak tapi penyelesaian positif tetap tidak ada. Mentaliti berpolitik sepreti ini banyak merugikan umat Islam. Tiada kemajuan. Orang lain sibuk buat kerja membangunkan negara, pemuda PAS sibuk hendak berdebat samada Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan. Disebabkan mentaliti sperti inilah PAS tidak pernah maju ke hadapan dalam sebarang isu. Pemuda PAS cuma tahu berdebat sahaja. Buat kerja pembangunan haram tak reti buat kos dna pengiraan untung rugi.

Di satu segi pula kita melihat bagaimana PAS begitu mementingkan soal remeh temeh. Sepatutnya Mat Syabu yang berdebat untuk mempertahankan kenyataannya. Sebelum ini beliau di petik dalam wawancara Sinar Harian sebagai tidak takut berhadapan dengan mana-mana pihak. 

Cabaran berdebat oleh PAS dalam isu serangan balai polis di bukit Kepong (kenyataan Mat Sabu menyanjung tinggi Mat Indera) . Orang lain buat kenyataan, orang lain yang nak berdebat pertahankan kenyataan itu, mana logiknya? Inlah mentaliti bengong PAS. 

Diharapkan juga agar KJ benar-benar bersedia untuk berdebat dan jika ilmu berdebat itu masih kurang eloklah KJ tidak berdebat dengan puak-puak bengong PAS yang sudah bersedia dengan hujah-hujah putar alam. Perdebatan ini eloknya disertai oleh pemidato terhebat. Kita tidak mahu nanti, maruah UMNO tercemar jika KJ gagal menguasai audiens dan kelihatan seperti kena balun kow-kow. 

Berdebat ini memerlukan seseorang pendebat mempunyai kemahiran Ilmu Mantiq dan kelancaran lidah kepantasan berfikir. Keberanian saja tidak mencukupi. Segalanya berlaku secara spontan. KJ ada ke kualiti itu?


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...