Isnin, 29 Ogos 2011

SINDROM PENYAKIT BISU, BUTA,PEKAK, TULI SEDANG MELANDA PAKATAN SOSIALIS PEMBANGKANG RAKYAT.

Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat kini sedang di landa penyakit BISU BUTA PEKAK TULI. Gambar di sebelah menceritakan keadaan penyakit tersebut yang dihidapi oleh Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat. Bermula dari isu murtad GDMU, kelas tuisyen, kenyataan kontorversi Mat Sabu, isu pembacaan al Quran, isu sebutan salah hadis dalam sidang DUN Selangor, isu kontroversi pembayaran perubatan oleh PBAPP, isu LYNAS sehinggalah ke isu kes prima facie Anwar Ibrahim meliwat, mereka jadi tunggul kayu.


Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat yang selepas PRU 12 menjadi terlalu gah dan sombong sentiasa menongkat langit. Kemenangan dalam siri PRK selepas PRU 12 menjadikan mereka bertambah-tambah angkuh. Akhirnya dalam siri terakhir, apabila kemenangan demi kemenangan mula di rampas daripada tangan mereka, mereka mula alami delusional yang maha hebat,

Kini setelah pelbagai isu-isu timbul akibat tangan-tangan mereka sendiri, mereka memlih untuk menjadi pesakit politik. Mereka terus memilih untuk dijangkiti Sindrom Buta, Tuli, Pekak, Bisu. Mat Sabu memlih untuk lupa ingatan. Sibertruper mereka memilih untuk menjadi tolol dan bahlol dalam mengekalkan sindrom penyakit politik tersebut.

Rakyat sedang berhadapan dengan ancaman fahaman Sosialisma yang mempunyai unsur-unsur subversif komunisma. Kepada rakyat jelata adakah anda masih amhu memberikan undi kepada Pakatan Sosialis Pembangkang rakyat yang bakal membawa anda ke jurang kehancuran seperti terjadi di Libya?

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...