Khamis, 11 Ogos 2011

KELOMPOK PRO MURTAD SEMAKIN KURANG AJAR! SIRI TIGA.

ANDA PERLU TAHU BAHAWA HUJAH PERUNDANGAN DARI SEGI TEKNIKAL YANG DIGUNAKAN OLEH KELOMPOK EKSTRIMIS PENGEMBAGAN AGAMA LAIN SETERUSNYA IALAH ARTIKEL 11 PERLEMBAGAAN.

Teknikaliti hujah mereka ialah setiap warganegara Malaysia diberikan kebebasan untuk menganut sebarang agama pilihan mereka bila mencapai umur 18 tahun (AKTA MAJORITI) . Hak Kebebasan memilih agama ini telah termaktub di dalam ARTIKEL 11 PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Apakah teknikaliti ini benar? Baiklah mari kita lihat dulu ARTIKEL 11, apa yang tertulis didalamnya kemudian kita tafsirkan mengikut kaedah-keadah yang tepat dan betul.
























Artikel 11 mempunyai 5 Fasal (Jangan cari fasal dah lah).


Artikel 11 Fasal 1 : Menyatakan tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Fasal 4 mengembangkannya. 


Sekali baca seolah-olah Artikel ini memberikan kebebasan mutlak kepada mana-mana orang Islam untuk murtad dan mana-mana kumpulan agama boleh mengembangkan agama mereka sesuka hati. Iya ke? Bacalah betul-betul.

Artikel 11 Fasal 1 TAKDE PUN KATA ORANG ISLAM BOLEH MURTAD ATAU DIMURTADKAN! Teliti betul-betul frasa ayat ini ' Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya ...." Apakah tafsirannya dan maknanya frasa itu?


Frasa itu bermakna, status quo penganut agama lain selain Islam berhak kekal atau mengubah anutan mereka dan amalan agama mereka kepada agama lain. Tidak timbul soal HAK ORANG ISLAM KELUAR DARI ISLAM kerana bahagian kedua Frasa tersebut meletakkan larangan penganut agama lain mengembangkan agama mereka di kalangan orang Islam. Sudah tentulah apabila orang Islam murtad disebabkan oleh pengembangan agama lain yang dilakukan ke atas orang Islam tersebut seperti yang berlaku ke atas Aishah Bukhori dan Lina Joy.


Artikel 11 hendaklah di baca bersama Artikel 3 dalam batasan yang diletakkan dalam Fasal 4 Artikel 11 berkenaan dengan pengembangan di kalangan orang Islam. Dalam katalain, Artikel 11 Fasal 1 hanya menyentuh Hak Kebebasan penganut agama lain menganut dan mengamalkan agama mereka sesuai dengan Artikel 3 sebelum ini. Kebebasan itu dibataskan pengembangannya di kalangan orang Islam. Itu saja.


ADALAH AMAT JELAS ARTIKEL 11 TERUTAMA FASAL 4 DI MANA TIADA PENGEMBANGAN APA-APA DOKTRIN DAN AGAMA LAIN DIBENARKAN DILAKUKAN DI KALANGAN ORANG ISLAM.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...