Khamis, 28 Julai 2011

KES PRIMA FACIE ANWAR MELIWAT SAIFUL. PEMBUKTIAN PERTUDUHAN KESALAHAN MELIWAT YANG SAH.

Hari ini kita sambung lagi mengenai satus perundangan KES PRIMA FACIE terhadap Anwar Ibrahim yang amat ditakuti olehnya. Pencacai-pencacai murahan pembangkang seboleh-bolehnya mahu mengelak daripada membahaskan Kes Prima Facie terhadap Anwar Ibrahim kerana tidak mahu rakyat mengetahui bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan pertuduhan kesalahan meliwat terhadap Anwar Ibrahim. Tapi untuk memahami status perundangan KES PRIMA FACIE terhadap Anwar Ibrahim anda perlu memahami serba sedikit mengenai prosedur perbicaraan kes jenayah di Malaysia yang juga digunapakai oleh semua sistem mahkamah di negara-negara Komanwel termasuk juga di Amerika Syarikat. Penerangan ini di buat secara umum dan hanya setakat mana perbicaraan telah berlaku.

Akta yang berkaitan ialah KANUN ACARA JENAYAH [Criminal Procedure Code , Act 593]. Prosedur perbicaraan kes jenayah adalah berdasarkan kepada Bahagian XIX di bawah tajuk kecil Perbicaraan  Summari Oleh Majistret. Seksyen 173 perenggan (a) - (o) dan Seksyen 173A, 174 dan Bahagian XX di bawah tajuk kecil Perbicaraan Di Mahkamah Tinggi, seksyen 178,179,180,181,182,182A dan 183. 

Anda wajib mengetahui bahawa mahkamah mempunyai dua bidangkuasa yakni sivil dan jenayah di Malaysia, mahkamah Majistret, Seskyen dan Mahkamah Tinggi merupakan mahkamah-mahkamah yang di sebut sebagai mahkamah perbicaraan. Setiap mahkamah mempunyai bidangkuasa khusus untuk membicarakan jenis-jenis kesalahan jenayah. Ada jenis kesalahan yang hanya boleh dibicarakan oleh mahkamah Sesyen dan ada yang hanya boleh dibicarakan oleh mahkamah Tinggi. 

Bagi kesalahan jenayah meliwat ianya boleh dibicarakan di bawah bidangkuasa mahkamah Tinggi. Oleh itu Bahagian XX seksyen 178 - 183 Kanun Acara Jenayah (dirujuk sebagai KAJ) adalah menjadi rujukan kepada kita untuk memahami prosedur kes (bukan membincangkan kes yang sedang berjalan).

Meliwat adalah suatu kesalahan jenayah di bawah KANUN KESIKSAAN. Apa yang berlaku ialah adanya beberapa peringkat di dalam perbicaraan kesalahan jenayah di bawah KAJ merujuk kepada Bahagian XX dan seksyen yang disebutkan sebelum ini. Boleh diringkaskan seperti berikut:-

1. Peringkat Kes Pendakwaan (Seksyen 179 & 180 KAJ) : Ini adalah peringkat permulaan perjalanan sesuatu perbicaraan jenayah di Mahkamah Tinggi. Di dalam peringkat ini, pendakwaan akan membuktikan bahawa pertuduhan terhadap tertuduh adalah benar dan bukanlah tidak berasas. 

Semua unsur-unsur kesalahan jenayah yang dipertuduhkan di dalam Kertas Pertuduhan perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Disinilah yang dikatakan samada pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan terhadap tertuduh secara prima facie (pada permukaan) 

Tertuduh pada peringkat ini mestilah berusaha untuk mencabar kesemua bukti keterangan yang dikemukakann oleh pihak pendakwaan . Ini adalah penting kerana untuk membuktikan bahawa ada keraguan munasabah ke atas bukti keterangan pihak pendakwaan. Jika tertuduh gagal mencabar bukti keterangan pihak pendakwaan ini bermakna pihak pendakwaan berjaya membuktikan KES PRIMA FACIE terhadap tertuduh.Namun begitu tertuduh diberikan peluang kali kedua di peringkat pembelaan untuk membuktikan bahawa ada keraguan munasabah ke atas KES PRIMA FACIE.

Kesan perundangan jika pendakwaan berjaya membuktikan Kes Prima Facie terhadap tertuduh ialah bermakna kesalahan jenayah yang dipertuduhkan di dalam kertas pertuduhan terhadap tertuduh dibuktikan berlaku & terjadi tetapi belum mencukupi untuk mahkamah menjatuhkan hukuman dan membuat keputusan sabitan kesalahan ke atas tertuduh. kerana mahkamah perlu menimbangkan pula keterangan pembelaan daripada tertuduh.

Beban pembuktian ke atas pendakwaan untuk membuktikan adanya KES PRIMA FACIE terhadap tertuduh ialah melampaui keraguan munasabah. Tinggi beban pembuktiannya.

2. Peringkat Kes Pembelaan dipanggil (Seksyen 181 KAJ) :  Pada peringkat ini tertuduh akan membuat pembelaan ke atas KES PRIMA FACIE yang telah dibuktikan pada peringkat Kes Pendakwaan. Tertuduh mempunyai peluang untuk mengemukakan perundangan, bukti keterangan dan memanggil saksi untuk membela diri. 

Tertuduh tidak mempunyai beban pembuktian yang berat melainkan cuba sedaya upaya untuk membuktikan kepada mahkamah bahawa adanya keraguan munasabah (untuk kali kedua diberikan peluang berbuat demikian) ke atas Kes Prima Facie tersebut cuma di peringkat ini tertuduh perlu membuktikan kepada mahkamah bahawa dia mempunyai pembelaan yang baik dan bukanlah pembelaan yang meremehkan, menyusahkan, mengaibkan, melengahkan dan mengalahkan (defeating ) matlamat mencapai keadilan (bukan Parti Keadilan).

3. Peringkat Pengulungan Hujah Oleh Pendakwaan (Seksyen 182 KAJ):  Setelah tertuduh menutup pembelaannya, pihak pendakwaan diberikan hak untuk membuat jawapan dalam Hujah Penggulungan ke atas keseluruhan kes untuk menyakinkan Mahkamah Perbicaraan bahawa tertuduh tidak mempunyai pembelaan yang baik dan gagal membuktikan ada keraguan munasabah ke atas KES PRIMA FACIE pihak pendakwaan. 

4. Peringkat Sabitan Kesalahan, Perlepasan & Menjatuhkan Hukuman (Seksyen 182A) :  Hakim Perbicaraan pada peringkat ini akan menimbangkan kesemua bukti-bukti keterangan di peringkat Kes Pendakwaan, pembuktian Kes Prima Facie dan Pembelaan tertuduh. Disinilah penentuannya samada Hakim Perbicaraan berpuashati berdasarkan kepada prinsip-prinsip pengadilan yang tidak berat sebelah dan memihak kepada mana-mana pihak, membuat pertimbangan samada pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesalahan tertuduh melampaui keraguan munasabah di semua peringkat perbicaraan. 

Jika Hakim Perbicaraan berpuashati pihak pendakwaan berjaya membuktikannya sedemikian, Hakim Perbicaraan akan mebuat SABITAN KESALAHAN terhadap tertuduh dan menetapkan hukuman yang setimpal. 

Hanya pada peringkat ini sahaja Hakim Perbicaraan dapat membuat sabitan setelah tertuduh diberikan peluang secukup adil saksama untuk membuktikan ia tidak bersalah.

Berdasarkan kepada peruntukan perundangan di dalam KAJ, pada masa ini , pertuduhan ke atas Anwar Ibrahim sudah dibuktikan oleh pihak pendakwaan cuma belum mencukupi untuk Hakim Perbicaraan membuat sabitan kesalahan dan menjatuhkan hukuman disebabkan Anwar Ibrahim mempunyai peluang kedua  di dalam peringkat pembelaan untuk mendapatkan sabitan tidak bersalah setelah ia menutup pembelaannya. 

Hakikatnya, Anwar Ibrahim diberikan dua kali peluang untuk dibebaskan daripada pertuduhan. Pertama kali semasa kes pendakwaan dan kali kedua pada masa pembelaan. Status perundangan pada waktu ini ialah pihak pendakwaan berjaya membuktikan KES PRIMA FACIE terhadap Anwar Ibrahim bermakna kesalahan meliwat dibuktikan berlaku tetapi belum mencukupi untuk sabitan kesalahan dan hukuman kerana ANWAR IBRAHIM DIBERIKAN PELUANG KALI KEDUA UNTUK MEMBUKTIKAN SEBALIKNYA. 


Tetapi selagi Hakim perbicaraan belum membuat sabitan kesalahan dan/atau membebaskan Anwar Ibrahim dari pertuduhan Kes Prima Facie, adalah benar di sisi perundangan untuk mengatakan bahawa Anwar Ibrahim ada KES PRIMA FACIE MELIWAT. 


Hanya setelah Hakim Perbicaraan membuat keputusan bahawa Anwar Ibrahim tidak boleh disabitkan kesalahan jenayah meliwat, pada waktu itu barulah kita boleh mengatakan ANWAR IBRAHIM benar-benar tidak melakukan liwat. Sekarang ini , kita boleh mengatakan bahawa Anwar Ibrahim didapati secara prima facie melakukan kesalahan meliwat di sisi undang-undang. Jangan marah lah.



TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...