Ahad, 31 Julai 2011

AKHIRNYA SHUHARDI KEMBALI DARI ALAM BARZAKH.

Golden Dragon avatarAkhirnya Shuhardi bintang baru yang telah lama di cari oleh PDRM muncul. dalam satu sidang akhbar dan memberikan penjelasan mengenai 'kehilangannya' dan seperti yang anda boleh tanggapi penjelasan yang diberikan olehnya itu berskrip di mana jalan ceritanya adalah menyalahkan bloger seperti kami ini dan juga pihak polis di samping melindungi bloger pembangkang yang telah menyiarkan gambarnya sebagai arwah Baharuddin. Shuhardi tampil setelah sekian lamanya. Bukan dia tidak tahu pihak PDRM sedang mencarinya. Kenapa dia tidak menyerahkan dirinya ke balai polis yang berdekatan. Kenapa dia perlu membuat sidang akhbar terlebih dahulu dengan skrip yang sudah dijangkakan? Amboi, mentang-mentanglah pihak berkuasa bermurah hati membebaskan 6 orang tahanan EO dan mendapat sambutan adiwira. Adakah Shuhardi ini 'hanya berani' setelah melihat bagaimana 6 orang tahanan EO menjadi hero? Nampaknya, KDN amat pinter ! Berikut ialah petikan akhbar BERNAMA mengenainya.

KUALA LUMPUR 30 Julai — Shuhardi Md. Isa, lelaki yang didakwa berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan haram di ibu negara pada 9 Julai lalu, hari ini menafikan dirinya bersembunyi, melarikan diri dan enggan bekerjasama dengan polis.


Shuhardi yang ditemui pada satu sidang akhbar di sini, sebaliknya berkata, beliau tidak pernah menerima sebarang surat rasmi memintanya menghadirkan diri bagi membantu siasatan dari mana-mana balai polis.
"Bukankah polis lebih profesional dan tahu segala prosidur jika mahu seseorang itu memberi keterangan berhubung apa-apa kes? Saya tidak bersembunyi, datanglah ke rumah saya dengan tertib. Saya akan bekerjasama dengan mereka (polis),” katanya.

Shuhardi yang juga Setiausaha Agung Persatuan Usahawan Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop) menjelaskan, beliau terpaksa tampil memberi penjelasan berhubung kekeliruan kematian Allahyarham Baharudin kerana ia jelas menjatuhkan maruah dirinya.

"Saya masih hidup... yang meninggal Allahyarham Baharudin. Saya ingat perkara ini dah selesai dan saya tidak perlu tampil beri keterangan kerana ada blogger-blogger yang mengeluarkan gambar saya dengan mengatakan saya adalah Allahyarham Baharudin, telah meminta maaf kepada saya.

"Tapi semalam bila saya lihat komen Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang berkata saya dipercayai menyembunyikan diri, saya terpaksa mendedahkan perkara ini,” katanya.
Beliau berkata, polis sepatutnya menyiasat mereka yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai dirinya daripada menumpukan siasatan ke atas dirnya sendiri.

Beliau berkata, kekeliruan tersebut terlebih dahulu telah dijelaskan oleh anaknya menerusi laman facebook dengan menjelaskan bahawa gambar yang disiarkan bukanlah gambar Shuhardi yang pengsan dalam perhimpunan tersebut. 

Suhardi berkata, beliau bersedia memberikan kerjasama dengan pihak polis dan boleh dihubungi di talian 012-3900740. — Bernama 

Diperkirakan pada kali ini pakar strategis dan pembuat skrip pembangkang memang lembab bertindak. Ini adalah petanda bahawa pembangkang semakin goyang gerudi. Mereka sendiri pun sebenarnya sudah menjadi tidak keruan semenjak abang Nuor ada KES PRIMA FACIE MELIWAT BON**Tuuut* JANTAN dan sambung bicara pada 8hb Julai 2011 untuk membela diri. 

TEPUK DADA TANYA IMAN! 


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Xkan tak tau ada berpuluh2 blogger pembangkang alam maya ni..

artikel lama2...email lama2 berantai tu..macamana nak minta maaf..harkkah keldaian roket xnak mintak maaf jugak ke.. kalu tercedok dari blogger yg xbertgjawab

wan
buleh bukak komen tak

Jas Salleh berkata...

Komen dah di bukak ni ......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...