Ahad, 31 Julai 2011

INTEGRITI PEMBANGKANG DULU & SEKARANG. DULU BADUT SEKARANG SARKIS.

Golden Dragon avatar
31HB OGOS 1957. tarikh kita mengisytiharkan Merdeka dan memerintah sendiri negara mengikut acuan kita. Kita mencapai kemerdekaan melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang telah ditandatangani di antara sembilan orang Sultan-sultan Melayu dengan kerajaan British. Tidak ramai mahu membincangkan sebab musabab kenapa sembilan Sultan-sultan Melayu yang menandatangani Perjanjian yang membawa kepada kemerdekaan negara. Bagaimankah proses peralihan kuasa kedaulatan itu berlaku? Pernahkah golongan muda sosialis yang amat membenci UMNO bertanyakan hal ini? Tahukah anda bahawa sesi PERTAMA PERSIDANGAN PARLIMEN MALAYSIA ialah pada 11hb September 1959 bersamaan dengan hari Jumaat di mana antara pembangkang yang terkenal adalah arwah Dato' Onn bin Jaafar (Kuala Terengganu Selatan) Dr Burhanuddin Mohamed Noor Al Hilmy (Besut)  dan Ahmad Boestamam (Setapak). Parti Perikatan telah menguasai 2/3 majoriti dan pembangkang menguasai 1/3 mewakili 46% pemilih dari dua juta pemilih yang ada pada masa itu.. Bilangan kerusi Parlimen ialah 106.

Pembangkang diwakili oleh PAS, PPP dan Malayan Party dan 2 orang ahli Bebas. Sejak mula-mula Parlimen Malaysia bersidang sebagai sebuah badan legislatif yang mewakili kuasa-kuasa Yang DiPetuan Agong yang mewakili kuasa-kuasa Sultan-sultan Melayu di dalam MAJLIS RAJA-RAJA, komposisi pembangkang Malaysia tidak pernah berubah. Balik-balik fahaman yang sama dan gandingan yang sama. Sosialis, PAS dan Melayu yang tak sehaluan dengan UMNO. Sama sahaja seperti sekarang.

Kedua tokoh Dr Burhanuddin Mohamed Noor Al Hilmy dan Ahmad Boestamam merupakan idola pujaan golongan muda yang membenci UMNO. Tahukah mereka bahawa kedua tokoh idola mereka pernah makan gaji dan menerima elaun sebagai Ahli Parlimen? Malah kedua tokoh idola mereka terpilih untuk menjadi anggota JAWATANKUASA PEMILIHAN bagi deraf pertama PERATURAN MESYUARAT DEWAN RAKYAT dalam sidang kedua Parlimen pada 12hb September 1959 atas cadangan yang di buat oleh ayahanda kepada Perdana Menteri Malaysia sekarang ini.

Dalam ucapan tahniah kepada Tuan Speker yang pertama, Dato Onn bin Jaafar antara lain menyebutkan mengenai peranan yang dimainkan oleh pembangkang seperti berikut:-

"This House is not quite the same as the previous Legislature as we now have opposition which I believe will make for healthy debates. Speaking for myself I can give you an assurance. This is because I have heard of the apprehension in some quarters that the opposition is merely oppose. As a matter of fact it is not going to be so. The aim of the opposition is to offer constructive  criticisms. That is what I have in mind. However, although I have given this assurance it should not be thought  that I will always be at one with everything that is desired by the government". - Hansard Parlimen sesi pertama 11hb September 1959. 

Ada tiga perkara yang penting disebutkan oleh Dato Onn Jaafar mengenai peranan utopia pembangkang iaitu pertama DEBAT SIHAT, kedua KRITIKAN MEMBINA.dan ketiga KADANG-KADANG MENGIKUTI KEHENDAK KERAJAAN TAPI SELALU TIDAK MENGIKUT KEHENDAK KERAJAAN.


Pasca 2008, anda sendiri maklum mengenai apa yang pembangkang lakukan di dalam sidang Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri terutama di Perak dan di Selangor. Sila lihat gambar di bawah.



Tunjuk Perasaan oleh Pembangkang di Parlimen Malaysia.
Amacam ada gaya seperti SARKIS kan ??!!!

TEPUK DADA TANYA IMAN!

2 ulasan:

Dylan Faris berkata...

INILAH YANG BERLAKU SEKARANG DI MALAYSIA, BADUT2 YG PANDAI BLAKON..KAKI PBOHONG, MCM2 LAGI...

Jas Salleh berkata...

Yup bro Dylan!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...