Jumaat, 27 Mei 2011

LELONG! LELONG ! BANK LELONG ! SIAPA YANG KENA ?


ULANGTAYANG SEBAB CERITA BAGUS. Ibupejabat PKR bakal dilelong oleh pihak bank dan kemungkinan akan menjadi Ibupejabat parti KITA di bawah Zaid Ibrahim. Bendahari PKR William Leong PKR enggan mengulas lanjut setelah mengakui mengenai perlelongan tersebut.



1.  Melalui Malaysiakini, Bendahari PKR William Leong mengakui bahawa sewa bulanan ibupejabat PKR sudah lama tidak berbayar dan enggan mengulas lebih lanjut. Cerita selanjutnya ke pautan ini ANWARAIDC.COM dan portal MALAYSIAKINI.

2. Berikut adalah alasan yang diberikan oleh Bendahari PKR William Leong apabila di tanya kenapa PKR tidak membayar sewa dari awal.
Apabila ditanya mengapa PKR tidak berbuat demikian daripada mula, Leong berkata tindakan tersebut adalah untuk menjimatkan dana parti bagi 'operasinya'.
dipetik daripada Malaysiakini. 

3. Tarikhnya ialah Jun 9, 2011 ini bersamaan dengan tarikh yang diberikan oleh Ketua Pendaftar Persatuan Malaysia (ROS) sebelum ini bagi membatalkan pendaftaran PKR kerana gagal mematuhi perlembagaannya sendiri. Jadi, dakwaan mengenai konspirasi UMNO sebelum ini adalah TIDAK BENAR lah. Ini semua adalah masalah dalaman PKR sendiri.

4. Tidakkah ini bermakna bahawa PKR tidak mempunyai ahli berdaftar yang ramai sehingga PKR terpaksa berjimat cermat dalam perbelanjaannya? Kemana pergi semua wang sumbangan dan derma orangramai yang simpatetik termasuklah penyokong PKR selama ini? Lesap begitu sahaja? Ini amat serius sekali. 

5. Ahli PKR dan penyokong PKR wajib prihatin dan berhati-hati dalam hal ini, wang titik peluh anda, masa anda, pengorbanan anda dipersiakan oleh PKR. Ibupejabat pun PKR tidak mampu hendak urustadbir dengan baik inikan pula sebuah negara. Fikirkanlah.

Kemana pergi konsep Telus, Adil, Berwibawa dan Telus dalam PKR selama ini? Jual janji kosong sahajakah? Jelas, terlalu banyak perkara misterius berlaku dalam urustadbir PKR. Adakah ini hasil daripada Solat Hajat dan Tahlil mereka sendiri yang mahu dipertunjukkan KEBENARAN? Tidak perlulah penyokong dan ahli PKR menyelamatkan Ibupejabat mereka, nampaknya segala pengorbanan anda dipersiakan oleh PKR. TEPUK DADA TANYA IMAN.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...