Selasa, 24 Mei 2011

KENAPA PERSATUAN & DEWAN PERNIAGAAN WUJUDKAN HARGA INFLASI?

Berapa ramaikah di antara kita ini benar-benar memahami dan mengerti mengenai Takrifan INFLASI? Perjenisan INFLASI? Bagaimana INFLASI terjadi kesan INFLASI dan langkah-langkah pengawalan INFLASI? Apakah INFLASI ini mampu di kawal oleh kita sebagai KELOMPOK PENGGUNA/ PEMBELI BARANGAN & PERKHIDMATAN tanpa perlu mengharapkan sekelompok profesional berbayar gaji dalam perkhidmatan kerajaan untuk merasionalisasikan INFLASI yang selalunya merasionalisasi mengikut rasional mereka sendiri sehingga menyebabkan kerajaan di sabotaj.Kita perlu memahami secara umum mengenai Inflasi kerana dewasa ini terlalu banyak mitos mengenai inflasi diciptakan oleh Rejim Pakatan Toghut Satanisma-Beruk Jahat-Hitler-Zionis PASDAPKR
(A) TAKRIFAN INFLASI, KADAR INFLASI & INDEKS HARGA PENGGUNA 


1. Perkataan INFLASI di ambil dari bahasa Ingeris INFLATION dari kata dasar INFLATE. Perkataan yang hampir sama makna dalam Bahasa Melayu ialah PENGUCUPAN. Bukan KUCUP bermaksud CIUM. Perkataan lain adalah PENGECUTAN, PENGEMPISAN dan PENGECILAN. 

2. Dalam istilah bidang EKONOMI, ianya bermaksud  Paras Umum Harga Barangan dan Perkhidmatan Dalam Tempoh Suatu Jangkamasa. Apabila berlakunya kenaikan paras umum harga barangan dan perkhidmatan, setiap unit matawang membeli berkurangan untuk membeli barangan dan perkhidmatan. Ianya juga mencerminkan pengurangan kuasa matawang untuk membeli. Pengukuran utama bagi  INFLASI ialah KADAR INFLASI , kadar peratusan tahunan perubahan INDEKS HARGA atau dikenali sebagai INDEKS HARGA PENGGUNA [IHP] untuk pembacaan lanjut sila klik pautan ini KPDNKK- Nota Teknikal IHP.

3. INFLASI ada 2 jenis iaitu INFLASI HARGA dan INFLASI MATAWANG. Kita sedang menghadapi INFLASI HARGA iaitu paras umum harga barangan yang semakin menaik.Jadi apabila kita menceritakan dan berkata mengenai KADAR INFLASI  sebenarnya kita membicarakan mengenai pengukuran paras umum harga barangan dan perkhidmatan mengikut INDEKS HARGA PENGGUNA bagi suatu tempoh tertentu. Ianya boleh berubah sekelip mata samada semakin menaik atau semakin menurun. 

4. Di Malaysia, KADAR INFLASI di ukur berdasarkan kepada INDEKS HARGA PENGGUNA bagi harga runcit 460 jenis barangan dan perkhidmatan (Pengelasan barang dan perkhidmatan kepada 12 kumpulan berpandukan kepada UNITED NATIONS CLASSIFICATION OF INDIVIDUAL CONSUMPTION ACCORDING TO PURPOSE [COICOP]) yang berasaskan kepada penyiasatan perbelanjaan isi rumah bagi tempoh-tempoh tertentu.

5. Kita mempunyai 2 jenis kelas pengguna iaitu (a) Pengguna Bandar dan (b) Pengguna Luar Bandar. Kedua-dua kelas pengguna ini mempunyai perbezaan ketara dari segi pembelian barangan dan perkhidmatan, gaya hidup dan pendapatan. 

APA KITA TELAH FAHAM MENGENAI INFLASI, KADAR INFLASI & INDEKS HARGA PENGGUNA?

1. Kita cuma faham bahawa ianya berkenaan dengan paras umum harga runcit 460 barangan dan perkhidmatan yang dikelaskan dalam 12 kumpulan mengikut COICOP berdasarkan kepada penyiasatan perbelanjaan isirumah 2 jenis kelas pengguna iaitu Pengguna Bandar dan Pengguna Luar Bandar bagi suatu tempoh masa. 

2. KADAR INFLASI & INDEKS HARGA PENGGUNA tidak pernah mencerminkan sebab-sebab harga runcit barangan dan perkkhidmatan dinaikkan dan/atau diturunkan kerana ianya hanya melibatkan kumpulan pengguna dan tidak melibatkan kumpulan pengeluar, pemborong dan peruncit barangan dan perkhidmatan yang menawarkan serta menjual barangan dan perkhidmatan kepada kelompok pengguna,

3. Kelompok pengeluar, pemborong dan peruncit inilah yang menetapkan dan memanipulasikan harga runcit barangan dan perkhidmatan kepada pengguna. Faktor ini tidak diambilkira dalam INDEKS HARGA PENGGUNA yang tidak dicerminkan dalam KADAR INFLASI. 

4. KADAR INFLASI hanya mencerminkan pola harga runcit barangan dan perkhidmatan dan reaksi tabiat membeli pengguna membeli barang dan perkhidmatan yang berkaitan dalam suatu jangkamasa. Ianya tidak langsung menyentuh kumpulan pengeluar, pemborong dan peruncit. 

5. Dirumuskan pernyataan bahawa KADAR INFLASI boleh diturunkan jika pengeluar, pemborong dan peruncit menghentikan amalan pengambilan keuntungan berlebihan adalah BENAR! Fikirkan, jika pengeluar, pemborong dan peruncit mengekalkan harga barangan dan perkhidmatan pada kadar mendatar pada jangkasama tetap , contoh 20 tahun 30 tahun, 50 tahun, yang mampu di beli oleh kelompok pengguna yang besar, ini akan dicerminkan dalam INDEKS HARGA PENGGUNA seterusnya digambarkan dalam KADAR INFLASI berada di paras yang sama pada tempoh jangkamasa tersebut. 

6. Namun apakah itu mungkin tanpa mengambilkira faktor-faktor yang mempengaruhi KOS PENGELUARAN dan KOS PENGURUSAN yang turut berubah mengikut keperluan semasa . Kita perlu ingat MEKANISMA HARGA BARANGAN DAN PERKHIDMATAN dipengaruhi KOS PENGELUARAN, KOS PENGURUSAN dan KADAR KEUNTUNGAN yang secara umumnya dinilaikan seperti berikut:-

Harga Barangan = Kadar keuntungan  + Kos Pengeluaran + Kos Pengurusan bagi setiap unit barangan

Harga barang X = 60% + YZ/ unit.

Itulah pentingnya GST, kerana GST mampu menurunkan / mendatarkan / menstabilkan kos pengeluaran dan kos pengurusan untuk satu jangkamasa panjang bagi pengawalan harga barangan dan perkhidmatan yang mana akan memberikan impak besar kepada KADAR INFLASI dalam pola menurun. Ada faham ka? TEPUK DADA TANYA IMAN.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...