Memaparkan catatan dengan label Kadar Inflasi dan Indeks Harga Pengguna. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kadar Inflasi dan Indeks Harga Pengguna. Papar semua catatan

Isnin, 27 Ogos 2012

TUMPASNYA PENGUASAAN ANWARINAS DI KAKI NASHRUDIN MAT ISA



USTAZ NASHRUDDIN MAT ISA namanya sehebat keperibadianya. Dalam. bahasa Melayu namanya bermaksud Penolong Agama.  Dalam Keberaniannya dan ketegasannya tiada tolok banding dalam kepimpinan ulama. Beliau berani melawan arus anwarinas dalam Pas berbanding pok nik hj hadi dan mat syabu yang lebih merelakan Pas  tunduk menjadi alat perkakasan Agenda politik peribadi Anwar Ibrahim dan Kit Sialan.  Beliau enggan mewarisi persengketaan peribadi pemimpin kepada generasi muda.

Hj Hadi dan Pok Nik begitu gerun kan Nashrudin Mat Isa sehingga menyelar beliau dengan mengatakan tidak hairan jika Nashrudin Mat Isa keluar PAS kerana tidak mendapat sokongan akar umbi. Realitinya puak parasit dan anwarinas dalam PAS yang sebenarnyadi tolak oleh akar umbi PAS. Sudah ramai merindui perpaduan di antara PAS dan UMNO.

PAS tidak mampu lagi menanggung kesilapan besar untuk memecat mana-mana pemimpin PAS kerana pengalaman pahit memecat Hasan Ali kerana mempertahankan akidah. Berapa lama lagi ahli akar umbi PAS akan menahan sabar dengan karenah parasit dan anwarinas dalam PAS yang menolak kepimpnan ulama?

Beliau berusaha mengubah sejarah perpecahan ummah Melayu Islam walaupun kelompok anwarinas dan setan bisu dalam PAS menentang beliau. Seperti Hasan Ali beliau tidak gentar di pecat atau di cemoh oleh golongan parasit PAS.

Beliau tidak mahu lagi PAS di anggap sebagai punca perpecahan ummah. Beliau mahu agar PAS mampu bersatu dengan UMNO. Ketegasan beliau menakutkan Hj Hadi dan kelompok anwarinas serta parasit PAS. Akar umbi PAS sudah menyatakan sokongan padu mereka kepada beliau dalam soal perpaduan dalam UMNO.

. Pada kali ini hasrat tersebut lebih kuat dan lebih besar berbanding sebelumnya. Tiada kekuatan pemimpin untuk menepis kekuatan hasrat dan suara majoriti umat Melayu Islam. Wang ringgit pun takkan mampu membungkamkan kekuatan tersebut. 

Khamis, 16 Ogos 2012

PUAK BUDU BANTU KHALID G DALAM ISU AIR.


Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) mempunyai pegangan saham 15% dalam SYABAS.Seorang wakil KDEB pula diletakkan dalam senarai Lembaga Pengarah SYABAS.Jadi,apa-apa sahaja di dalam SYABAS akan diketahui oleh Kerajaan Negeri Selangor,memandangkan KDEB adalah mata telinga Kerajaan Negeri Selangor.Apabila Pengarah KDEB,Suhaimi Kamaruzzaman mengeluarkan surat arahan kepada pihak ABASS pada tahun 2011 supaya mengurangkan pengeluaran air terawat daripada 145 juta gelen sehari kepada hanya 120 juta gelen sehari,tindakan ini menyebabkan berlakunya krisis air di kawasan Kajang dan Balakong,memandangkan ABASS mengendalikan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih yang membekalkan air terawat kepada kawasan-kawasan sekitar,termasuklah Kajang dan Balakong.

Justeru,apabila Penyelaras Barisan Nasional Selangor, Ir. Zain Mohamed bertanya apa justifikasi yang digunakan oleh KDEB untuk mengeluarkan surat arahan kepada ABASS penyekatan bekalan air terawat itu, Kerajaan Negeri Selangor yang banyak bercakap tentang SYABAS dan rasa tanggungjawab mereka sehingga perlu mengambilalih SYABAS, perlu memberikan penjelasan berhubung perkara ini.Tiga persoalan yang dibangkitkan oleh Ir. Zain Mohamed dalam kes ini wajar dijawab oleh Khalid Ibrahim dan Kerajaan Negeri Selangor.

1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya ingin mensabotaj rakyat Selangor dengan penyekatan berkenaan?

2. Kenapa pula SYABAS yang dipersalahkan sedangkan masalah di Balakong dan Kajang berpunca daripada ABASS?

3. Siapa yang mengarahkan Suhaimi bertindak mengeluarkan surat arahan kepada ABASS?

Lebih memalukan lagi sekaligus menimbulkan pertanyaan lebih besar ialah,mengapa KDEB menggunakan saham 15% dalam SYABAS untuk dicagarkan kepada bank bagi mendapatkan pinjaman RM250 juta dan ke mana hala wang berkenaan dibelanjakan? Adakah itu sebenarnya punca yang menyebabkan Kerajaan Negeri Selangor dan Khalid Ibrahim bermati-matian mahu mengambilalih SYABAS bagi menutup lubang kejahatan mereka? Sehingga sekarang,Kerajaan Negeri Selangor dan Pakatan Rakyat masih belum dapat menjawab tentang 234 projek industri yang terpaksa ditangguhkan ekoran masalah air di Selangor.Malah Pakatan Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor yang terus-menerus mengatakan air bukanlah masalah di Selangor sebaliknya hanya isu ciptaan UMNO-BN,gagal menjawab isu ini dengan baik dan berkesan.

Rani Osman,Pesuruhjaya PAS Selangor dalam kenyataannya sebelum ini menyatakan bahawa isu air tidak boleh digunakan oleh UMNO untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor. Kesilapan terbesar kepada Pesuruhjaya PAS Selangor yang banyak bercakap dengan lidah DAP! Isu air bukannya isu UMNO sebaliknya ia adalah isu rakyat tanpa mengira sebarang fahaman politik yang mereka anuti. Menyatakan bahawa isu air yang sedang menjadi masalah kepada sebahagian besar rakyat Selangor sebagai isu UMNO dan Barisan Nasional merupakan perkara paling celaka yang diusahakan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat. Pendedahan demi pendedahan yang dibuat menunjukkan Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Khalid Ibrahim sebenarnya yang menjadi celaka yang menyusahkan rakyat dan penduduk Selangor.

Masalah air tidak akan berlaku sekiranya Kerajaan Negeri Selangor tidak bermain politik dalam hal yang menjadi hak asasi penduduk dan rakyat Selangor.Bagaimanapun,Pakatan Rakyat lebih gemar menjadikan isu ini sebagai isu sensasi yang memperlihatkan bagaimana murahnya hati Kerajaan Negeri Selangor memberikan air percuma,walhal pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Selangor berhutang untuk memberikan air percuma.Kes Kerajaan Negeri Selangor dengan SYABAS masih lagi tergantung di mahkamah.Mungkin bagi para pemimpin Pakatan Rakyat, mereka boleh mendabik dada dan berbangga kononnya,Kerajaan Pakatan Rakyat sanggup bermati-matian dalam usaha memberikan air percuma kepada rakyat.Tetapi persoalan yang tidak pernah dijawab oleh Pakatan Rakyat ialah, bagaimana Kerajaan Pakatan Rakyat menjelaskan hutang-hutang berkenaan? Adakah dengan mengambilalih bank dan berarak di jalan raya dalam usaha mendesak bank yang Kerajaan Negeri Selangor berhutang, diserahkan kepada Selangor,sepertimana yang dilakukan terhadap SYABAS? Atau sebenarnya Selangor akhirnya menjadi sebahagian daripada ‘anak syarikat’ bank terbabit setelah gagal membayar hutang-hutang? Atau yang paling teruk, seperti diamalkan sekarang iaitu menaikkan cukai pintu dan tanah dalam usaha Kerajaan Negeri Selangor mengumpulkan semua dana bagi membayar segala hutang-hutangnya? Tidakkah semua tindakan tersebut akhirnya menjerumuskan rakyat dan penduduk Selangor kepada sesuatu yang lebih buruk berbanding sedikit kebaikan iaitu air percuma?

Sumber : Badut Rakyat

Ahad, 9 Oktober 2011

PUNCA KENAIKAN HARGA HARTANAH DI MALAYSIA.


Anda boleh melihat fakta-fakta semasa pemilikan rumah kediaman di Malaysia pada masakini. Lihat sebelah kanan.

Kadar rumah kediaman tidak didiami adalah 15.6%. Alasan diberikan adalah kerana rumah baru siap, baru di jual atau di sewa. Alasan yang begitu mencurigakan.

Salah satu keperluan penghidupan dan hak asasi manusia ialah memiliki rumah kediaman.Di dalam Bajet 2012 Membela Rakyat Mensejahtera Negara, insentif telah diberikan kepada rakyat untuk memiliki rumah kediaman. 


Lihat gambar di bawah ini.

Di Malaysia terdapat tiga jenis pembeli. Lihat sebelah kiri. Antara tiga jenis pembeli , dua jenis pembeli merupakan jenis pembeli yang banyak menyumbang kepada faktor kenaikan harga hartanah di Malaysia. Jenis Pelabur dan Spekulator banyak menutup ruang kepada jenis pembeli pertama.

Pihak bank lebih berminat meluluskan pinjaman pembelian kepada jenis pembeli pelabur dan spekulator. 


Pihak bank pun terlibat sama dalam kegiatan tersebut. Ini di dorong oleh faktor memperoleh keuntungan cepat tanpa perlu mengambil risiko. Pihak bank memperolehi dua kali keuntungan melibatkan diri dalam kegiatan pelaburan dan spekulator.


Seterusnya, perundangan pemilikan hartanah terlalu longgar. Ini menyebabkan pelabur asing bergiat cergas dalam pasaran hartanah di Malaysia. 


Pihak yang membuat keuntungan daripada pelabur asing ialah pihak bank dan pihak pemaju perumahan. 


Dilemanya ialah kerana pasaran hartanah adalah sektor perkhidmatan. Ianya melibatkan pelaburan asing secara langsung. Jika perundangan diperketatkan ini akan merundumkan sektor hartanah yang memberi implikasi kepada sektor pembinaan dan kewangan. 


Pada pandangan hamba, suatu keseimbangan perlu dilaksanakan dalam polisi awam dalam pasaran hartanah. Ini amat diperlukan sangat-sangat agar kepentingan rakyat biasa untuk membeli rumah tidak terjejas teruk di masa depan. 


Tidak berguna jika ada pengundi dan penyokong tetapi mereka tiada rumah kediaman. Tiada rumah kediaman sendiri bermakna mereka tiada ALAMAT TETAP. Tiada ALAMT TETAP bagaimana mereka hendak menjadi PEMILIH TETAP di satu-satu kawasan pilihanraya?


Menteri berkenaan tolong fikir-fikirkan mengenai perkara ini.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

Selasa, 24 Mei 2011

KENAPA PERSATUAN & DEWAN PERNIAGAAN WUJUDKAN HARGA INFLASI?

Berapa ramaikah di antara kita ini benar-benar memahami dan mengerti mengenai Takrifan INFLASI? Perjenisan INFLASI? Bagaimana INFLASI terjadi kesan INFLASI dan langkah-langkah pengawalan INFLASI? Apakah INFLASI ini mampu di kawal oleh kita sebagai KELOMPOK PENGGUNA/ PEMBELI BARANGAN & PERKHIDMATAN tanpa perlu mengharapkan sekelompok profesional berbayar gaji dalam perkhidmatan kerajaan untuk merasionalisasikan INFLASI yang selalunya merasionalisasi mengikut rasional mereka sendiri sehingga menyebabkan kerajaan di sabotaj.Kita perlu memahami secara umum mengenai Inflasi kerana dewasa ini terlalu banyak mitos mengenai inflasi diciptakan oleh Rejim Pakatan Toghut Satanisma-Beruk Jahat-Hitler-Zionis PASDAPKR
(A) TAKRIFAN INFLASI, KADAR INFLASI & INDEKS HARGA PENGGUNA 


1. Perkataan INFLASI di ambil dari bahasa Ingeris INFLATION dari kata dasar INFLATE. Perkataan yang hampir sama makna dalam Bahasa Melayu ialah PENGUCUPAN. Bukan KUCUP bermaksud CIUM. Perkataan lain adalah PENGECUTAN, PENGEMPISAN dan PENGECILAN. 

2. Dalam istilah bidang EKONOMI, ianya bermaksud  Paras Umum Harga Barangan dan Perkhidmatan Dalam Tempoh Suatu Jangkamasa. Apabila berlakunya kenaikan paras umum harga barangan dan perkhidmatan, setiap unit matawang membeli berkurangan untuk membeli barangan dan perkhidmatan. Ianya juga mencerminkan pengurangan kuasa matawang untuk membeli. Pengukuran utama bagi  INFLASI ialah KADAR INFLASI , kadar peratusan tahunan perubahan INDEKS HARGA atau dikenali sebagai INDEKS HARGA PENGGUNA [IHP] untuk pembacaan lanjut sila klik pautan ini KPDNKK- Nota Teknikal IHP.

3. INFLASI ada 2 jenis iaitu INFLASI HARGA dan INFLASI MATAWANG. Kita sedang menghadapi INFLASI HARGA iaitu paras umum harga barangan yang semakin menaik.Jadi apabila kita menceritakan dan berkata mengenai KADAR INFLASI  sebenarnya kita membicarakan mengenai pengukuran paras umum harga barangan dan perkhidmatan mengikut INDEKS HARGA PENGGUNA bagi suatu tempoh tertentu. Ianya boleh berubah sekelip mata samada semakin menaik atau semakin menurun. 

4. Di Malaysia, KADAR INFLASI di ukur berdasarkan kepada INDEKS HARGA PENGGUNA bagi harga runcit 460 jenis barangan dan perkhidmatan (Pengelasan barang dan perkhidmatan kepada 12 kumpulan berpandukan kepada UNITED NATIONS CLASSIFICATION OF INDIVIDUAL CONSUMPTION ACCORDING TO PURPOSE [COICOP]) yang berasaskan kepada penyiasatan perbelanjaan isi rumah bagi tempoh-tempoh tertentu.

5. Kita mempunyai 2 jenis kelas pengguna iaitu (a) Pengguna Bandar dan (b) Pengguna Luar Bandar. Kedua-dua kelas pengguna ini mempunyai perbezaan ketara dari segi pembelian barangan dan perkhidmatan, gaya hidup dan pendapatan. 

APA KITA TELAH FAHAM MENGENAI INFLASI, KADAR INFLASI & INDEKS HARGA PENGGUNA?

1. Kita cuma faham bahawa ianya berkenaan dengan paras umum harga runcit 460 barangan dan perkhidmatan yang dikelaskan dalam 12 kumpulan mengikut COICOP berdasarkan kepada penyiasatan perbelanjaan isirumah 2 jenis kelas pengguna iaitu Pengguna Bandar dan Pengguna Luar Bandar bagi suatu tempoh masa. 

2. KADAR INFLASI & INDEKS HARGA PENGGUNA tidak pernah mencerminkan sebab-sebab harga runcit barangan dan perkkhidmatan dinaikkan dan/atau diturunkan kerana ianya hanya melibatkan kumpulan pengguna dan tidak melibatkan kumpulan pengeluar, pemborong dan peruncit barangan dan perkhidmatan yang menawarkan serta menjual barangan dan perkhidmatan kepada kelompok pengguna,

3. Kelompok pengeluar, pemborong dan peruncit inilah yang menetapkan dan memanipulasikan harga runcit barangan dan perkhidmatan kepada pengguna. Faktor ini tidak diambilkira dalam INDEKS HARGA PENGGUNA yang tidak dicerminkan dalam KADAR INFLASI. 

4. KADAR INFLASI hanya mencerminkan pola harga runcit barangan dan perkhidmatan dan reaksi tabiat membeli pengguna membeli barang dan perkhidmatan yang berkaitan dalam suatu jangkamasa. Ianya tidak langsung menyentuh kumpulan pengeluar, pemborong dan peruncit. 

5. Dirumuskan pernyataan bahawa KADAR INFLASI boleh diturunkan jika pengeluar, pemborong dan peruncit menghentikan amalan pengambilan keuntungan berlebihan adalah BENAR! Fikirkan, jika pengeluar, pemborong dan peruncit mengekalkan harga barangan dan perkhidmatan pada kadar mendatar pada jangkasama tetap , contoh 20 tahun 30 tahun, 50 tahun, yang mampu di beli oleh kelompok pengguna yang besar, ini akan dicerminkan dalam INDEKS HARGA PENGGUNA seterusnya digambarkan dalam KADAR INFLASI berada di paras yang sama pada tempoh jangkamasa tersebut. 

6. Namun apakah itu mungkin tanpa mengambilkira faktor-faktor yang mempengaruhi KOS PENGELUARAN dan KOS PENGURUSAN yang turut berubah mengikut keperluan semasa . Kita perlu ingat MEKANISMA HARGA BARANGAN DAN PERKHIDMATAN dipengaruhi KOS PENGELUARAN, KOS PENGURUSAN dan KADAR KEUNTUNGAN yang secara umumnya dinilaikan seperti berikut:-

Harga Barangan = Kadar keuntungan  + Kos Pengeluaran + Kos Pengurusan bagi setiap unit barangan

Harga barang X = 60% + YZ/ unit.

Itulah pentingnya GST, kerana GST mampu menurunkan / mendatarkan / menstabilkan kos pengeluaran dan kos pengurusan untuk satu jangkamasa panjang bagi pengawalan harga barangan dan perkhidmatan yang mana akan memberikan impak besar kepada KADAR INFLASI dalam pola menurun. Ada faham ka? TEPUK DADA TANYA IMAN.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...