Khamis, 26 Mei 2011

HIKAYAT MDEWATARAYA NIK AJIH., DONGENG TERHEBAT DI MALAYSIA.


NIK AZIZ NIK MAT. Ahli PAS dakwa beliau adalah ulama warisatul anbiya' penuh keramat contoh pemimpin bersih kuat berjimat. Konon cerita, seorang yang hebat setan pun tunduk jadi teman rapat. Demikian mengikut ciptaan hikayat. Dunia dah hampir kiamat.






1. Kalau dikumpulkan kesemua cerita lisan, tulisan dan berbagai san lagi mengenai Nik Aziz Nik Mat makhluk asing dari planet Zargus pun naik pening membacanya. Kisah rekaan mengenai kehebatannya di tokok tambah seolah-olah Malaysia ini wujud disebabkan oleh Nik Aziz Nik Mat. 

2. Nik Aziz Nik Mat ini kalau di ajak berdebat di jamin dewan penuh sendat kerana konon hendak ambil berkat daripada Nik Aziz Nik Mat yang di dakwa keramat penuh berkat. Berbagai fatwa pelik dikeluarkan oleh Nik Aziz Nik Mat. Malah, cerita yang tidak pernah di dengar oleh nenek moyang kita dulupun, Nik Aziz Nik Mat mampu ceritakan. Nabi Muhammad s.a.w. jadi budak kampung nama Mat,. Begitulah keramat Nik Aziz Nik Mat.

3. Terkini, bila Ariffahmi disiasat oleh SPRM, Nik Aziz Nik Mat merayu agar beliau tidak dikaitkan dengan menantunya itu. Apa katanya? 
"Siasatlah dengan betul, tapi jangan kaitkan orang itu
(Abdul Ariffahmi) kerana (dia) menantu saya atau ada
hubungan kekeluargaan dengan saya, itu tak betul,” 
katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di 
Kampung Pulau Melaka dekat sini.
4. Dalam kenyataan di atas, kita dapat fahami maksud Nik Aziz Nik Mat dan menyelami isihatinya yang sanggup melakukan apasaja untuk mempertahankan kedudukan jawatan dan kepentingan duniawinya walaupun memutuskan silaturrahiim dengan menantunya. 
Katanya, beliau tidak mahu siasatan terhadap Abdul Ariffahmi 38, berhubung dakwaaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa semasa menantunya bertugas di PMBK, disensasikan oleh pihak lain untuk menjejaskan kredibiliti sebagai Menteri Besar dan Mursyidul Am PAS.





5.  Tidakkah dia juga melantik dan memilih menantunya memegang jawatan dalam PMBK? Dan rumah menantunya berada betul-betul berada di belakang rumahnya sendiri? Sudah pastilah orang yang melantik akan berkuasa penuh ke atas orang yang di lantik kerana sudah tentulah perlantikan itu kerana meletakkan kepercayaan kepada ornag yang di lantik untuk melakukan dan melaksanakan apa yang di suruh tanpa bantahan. 

6. Percayalah jika perkara ini di lihat dalam pertimbangannya akan menjejaskan jawatannya yang beliau sebut dalam kenyataan di atas, akan keluarlah FATWA PELIK untuk MENGHALALKAN apasaja perbuatan menantunya itu. Tengoklah nanti. 

7. Kalau pemimpin di luar negara , awal-awal lagi meletakkan jawatan sebagai tanda bertanggungjawab, tapi kalau pemimpin rejim Toghut Satanisma jangan harap mereka berbuat begitu sebaliknya akan menuding jari mempersalahkan KONSPIRASI POLITIK UMNO seperti mana yang diamalkan oleh Aljuburi. Semoga Allah SWT bukakan pintu hati Nik Aziz Nik Mat untuk bertaubat nasuha dan mengakui segala kesilapan dan kejahatan yang pernah dia lakukan




Bila lah Nik Aziz Nik Mat hendak sedar? Sudah terlalu banyak penyelewengan dan kesesatan yang beliau bawakan. Ramai ahli PAS sudah menyembah Nik Aziz Nik Mat. Termasuklah anak-anak muda yang masih naif. Didoakan agar sebelum ajal beliau tiba, datanglah hidayah kepada Nik Aziz Nik Mat memperbetulkan semula akidah dan setiap penyelewengan yang beliau lakukan. TEPUK DADA TANYA IMAN. 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...