Khamis, 10 Februari 2011

KULTUS MAHADEWATARAYA PAS 3: Waraq atau Tidak Waras?



Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. sadaqallohu-adzhiim.



1. 1950 - 1959: Disember, 1951, tarikh yang diterimapakai dalam sejarah sebagai tarikh kelahiran PAS.Hanya 3 tahun saja selepas kelahiran UMNO pada 1948. Ini bermakna PAS lahir pada tahun-tahun kritikal MALAYA merintis jalan kemerdekaan, Tapi dimanakan Mahadewataraya Nik Ajis pada masa itu? Adakah dia turut serta dalam perjuangan awal menuntut kemerdekaan atas platfom PAS? Dia hanya muncul sekitar tahun 1970 dan mengetuai Bughah terhadap Menteri Besar Kelantan pada 1977 semasa dia mengetuai DEWAN ULAMA' PAS pada masa PAS di bawah kepimpinan Datuk Mohd. Asri.

2. Menurut kacamata tukang-tukang fitnah PAS, sejarah PAS bermula semenjak tertubuhnya HIZBUL MUSLIMIIN. Siapakah HIZBUL MUSLIMIIN ini ? Siapakah yang menubuhkannya? Apakah benar PAS tertubuh hasil dan kesinambungan Hizbul Muslimiin? Mari kita kupas. 

3. Hizbul Muslimiin merupakan Sayap Agama bagi PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU MALAYA [MALAY NATIONALS PARTY singkatan MNP] kerana terpengaruh dengan tulisan-tulisan SYED SHEIKH AL HADI berkenaan idea-idea kaum Muda yang dicetuskan oleh IKHWANUL MUSLIMIN DI MESIR di bawah SYED QUTB dan SYED MUHAMMAD ABDUH.

4. Ditubuhkan pada 13hb Mac 1948 di Gunung Semanggol dan diketuai oleh Abu Bakar Al Baqir. Manakala PKMM ditubuhkan oleh Dr Burhanuddin Al Helmi yang berkelulusan dalam bidang FALSAFAH DAN SASTERA di UNIVERSITI ALIGARH, INDIA. Pendidikan agamanya tidak disempurnakan oleh nya disebabkan beliau tidak suka kaedah pembelajaran ' SISTEM TADAH' aliran tradisional yang diamalkan di sekolah-sekolah agama. Beliau menjadi Yang DiPertua PAS selepas Dato' Dr Haji Abas Alias. Tidak dapat diketahui apakah jenis gelaran 'DOKTOR' yang digunakan oleh Burhanuddin Al Helmi ini. 

5. Kita dapat melihat dengan begitu jelas, PAS ditubuhkan oleh golongan berfahaman NASIONALISMA yang terpengaruh dengan aliran MUDA IKHWANUL MUSLIMIIN. Persoalan menarik ialah latarbelakang tokoh-tokonh awal PAS ini semuanya bukan alim ulama' pun tapi tokoh-tokoh NASIONALIS BERHALUAN KIRI.

6. Kita senaraikan di sini nama-nama tokoh awal PAS berdasarkan sumber-sumber PAS terutama melalui penulisan Subky Latif dalam Harakah [ orang PAS lain main ceduk sumber ini juga]:-

6.1.  Syed Sheikh Al Hadi          bukan alim ulama' 
6.2   Dr Burhanuddin Al Helmi   Bukan seorang alim ulama' tapi seorang aktivis politik 
                                                berhaluan kiri
6.3  Abu Bakar Al Baqir             juga bukan ulama tersohor 
                                                dan tidak mengikuti mana-mana mazhab
6.4   Tuan Haji Ahmad Fuad       Hanya bekas Pengerusi Badan Agama UMNO.
6.5.  Dato Haji Dr.Abas Alias     Doktor gomen yang menguruskan jemaah haji .. 
                                                adeh bukan alim ulama'
6.6.  Datuk Mohd Asri               Ahli Politik sepenuh masa dan bukan seorang alim ulama'

Kesimpulannya, tokoh-tokoh PAS ini tidak jauh berbeza dengan tokoh-tokoh awal UMNO pun. Kesemua tokoh-tokoh awal PAS merupakan mereka yang bergiat cergas dalam politik dan ketokohan mereka dalam bidang agama hanya kerana mereka aktif dalam politik dan dianggap oleh pengikut-pengikut mereka sebagai alaim ulama' kerana mengetuai sebuah Parti yang dinamakan Parti Islam Se-Malaya. Ini lebih kepada konsep KULTUS di mana berlaku pemujaan berlebihan oleh pengikut kepada pemimpin. Kepada peminat setia, simpatetis dan ahlul bahlol PAS, korang janganlah terasa hati dengan analisa ini. Jika korang naik marah ingatlah sesungguhnya Setan itu berlari-lari dalam urat aliran darah anak Adam a.s.

Bersambung ......

DAHULUKAN RAKYAT
BERANI DAN BENAR
INGAT PAS INGAT ZINA PAEDHOPILIA CINTA CURANG TIPU MC
INGAT PKR INGAT DAJJAL AL MASIKH
INGAT DAPIGS INGAT KOMUNIS CAUVINIS RASIS TEGAR 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...