Selasa, 4 Januari 2011

PRK TENANG SIRI 2: Calon PAS Milik Siapa? Mazlan Tak Berani Beb!


1. Calon Pilihan Utama PAS untuk bertanding di PRK Tenang dikhabarkan ialah seorang KETUA DEWAN MUSLIMAH PAS KAWASAN LABIS. Apa sebab? Mungkin kerana ketiadaan calon-calon lelaki PAS yang berani bertanding. Dah konpom kalah sebab tu hantar Muslimah. Muslimah PAS gak dapat malu nanti. Masih adakah rasa malu pada kepimpinan PAS ini? Sejauh ini takde. Lihat sajalah hal Adun Selinsing & Adun Perupok. Cakap je lebih nak hudud, bila diberikan peluang, Pok Nik kecot teloq nak jalankan Hudud.


2. Nama Muslimah itu ialah Puan Normala Binti Sudirman, bekas guru Pemulihan Khas, Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah Segamat Johor, meletak jawatannya pada Disember 2010.Graduan Maktab Perguruan Tuanku Bainun Pulau Pinang. Bekas orang gomen rupanya. Makan gaji dengan gomen. Anak peneroka FELDA Generasi ke 2. Aktif dalam ANAK [orang kanan MAZLAN ALIMAN]


3. MAZLAN ALIMAN taknak bertanding pulak mungkin kurang fofuler berbanding dengan bekas cekgu ni. Al maklumlah Mala tu cekgu [Mala itu panggilan manja] kemudian lama plak berkhidmat tentu Mala ramai kenalan berbanding Mazlan. Dah tentu PAS jangkakan bakal mendapat menarik pengundi atas pagar demi selamatkan maruah PAS daripada tercalar. Peduli hapa pun. Kalo sudah berani turun gelanggang bermakna sudah bersedia kena bantai dan kena kritik.


4. PAS berharap bila meletakkan calun bekas cekgu Mala ini, jika kempen agresif di buat oleh pihak Barisan Nasional; pengundi-pengundi atas pagar bakal mendapat persepsi salah terhadap Barisan Nasional. Telahan PAS ini bakal memakan diri mereka sendiri sebab Barisan Nasional punyai banyak pengalaman berhadapan dengan PAS.

5. Paling syok ialah Mazlan tak berani nak bertanding dan PAS juga tak berani nak letak calon lelaki, serik kot kena kitai masa di Galas tempohari. Adakah ini bermakna PAS mengakui dalam senyap bahawa kebanyakan saf kepimpinan lelaki PAS bergelumang dengan skandal seks? Kalo tanya Pok Nik dah tentu dia gunakan kuasa VETO nya untuk mengampunkan dosa-dosa calon lelaki PAS.

6. Tak berani PAS nak letak calon lelaki terpaksa letak calon Muslimah pada kali ni?



BERANI & BENAR
ALLAH BERSERTA UMNO/BN
INGAT UMNO INGAT ISLAM
RAKYAT DIDAHULUKAN
INGAT PAS INGAT ZINA
INGAT PKR INGAT DAJJAL AL MASIKH.

2 ulasan:

Melayu Pasir Gudang berkata...

Salam perjuangan.

mohon perkenan untuk menyiarkan semua artikel tuan dalam blog saya http://melayupasirgudang.blogspot untuk sama sama berjuang.

Jas Salleh berkata...

Boleh- apasalahnya. Sori bro lambat jawab sbb sebok InsyaAllah Ta'ala berjumpa di TENANG nanti

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...