Khamis, 30 September 2010

PROFIL DUN 45 GALAS.

DUN 45, Galas dalam jajahan penuh Gua Musang, pintu masuk ke Kelantan dari arah selatan. Jumlah penduduk lebih kurang hampir 100,000 orang. Majoriti adalah Melayu Islam. Daerahnya GALAS, BERTAM & CIKU Mukim-mukimnya ialah BATU PAPAN, BANDAR GUA MUSANG, GUA MUSANG, KETIL, PULAI, RENOK,BERTAM, LIMAU KASTURI.ULU NEGGIRI & RELAI. 

Bandar Pusat Pentadbirannya ialah BANDAR BARU GUA MUSANG. Pejabat Jajahan ialah di Bandar Gua Musang. Di situ juga terletak MAJLIS DAERAH GUA MUSANG. Di Kelantan, wilayah pentadbirannya dipecahkan kepada JAJAHAN, DAERAH & MUKIM. Berbeza sedikit daripada pecahan wilayah pentadbiran yang diamalkan di negri-negeri lain yakni DAERAH, MUKIM & KAMPUNG.

Pusat penamaan calun  kemungkinan seperti biasa ialah samada di Dewan Majlis Daerah Gua Musang, ataupun bertempat di Pejabat Jajahan (Pejabat Daerah Gua Musang).

Tidak banyak maklumat yang boleh didapati daripada laman web Pejabat Tanah & Jajahan Gua Musang berbanding dengan laman web Majlis Daerah Gua Musang. Maklumat-maklumat yang diperolehi dari kedua-dua laman web pun amat sedikit. Gambaran profil, geografi, taburan penduduk , kegiatan ekonomi serta kegunaan tanah tidak diberikan secara terperinci. 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...