Sabtu, 18 Mei 2013

ZAHID HAMIDI: TIADA AMARAN TUNGGU TINDAKAN TEGAS !

Gambar sumber- Utusan Malaysia Online. 

Satu perkara yang amat ditakuti oleh DAP dan PKR ialah KETEGASAN.
Itulah yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid Menteri KDN yang baru.

Pada kali ini, setelah sekian lamanya kita bersabar dengan provokasi dan tindakan membahayakan keselamatan awam daripada DAP dan PKR, sudah tiba masanya untuk kita BERTEGAS. 

KETEGASAN itulah yang menghambat kedegilan dan egoistik DAP dan PKR dalam kempen huru-hara mereka BLACKOUT dan HIMPUNAN 505. Andaikata KETEGASAN itu yang DAP dan PKR nantikan selama ini, maka mereka harus berfikir sejuta kali untuk bertindak balas. Dunia sudah menyaksikan KETEGASAN Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam insiden pencerobohan pengganas Kiram 3suku di Lahad Datu, Sabah. 

KETEGASAN yang dinanti-nantikan sejak sekian lamanya. Tindakan DAP dan PKR sudah melampaui batas-batas kesabaran. Sejak Isnin lepas, Tian Chua dan Sivarasa termasuklah Hishamuddin Rais serta Haris Ibrahim dan Anwar Ibrahim sendiri menyeru rakyat menolak keputusan PRU13. Mereka bertekad mahu menggulingkan kerajaan melalui keganasan jalanan. Suatu tindakan yang amat jelek dan bacol daripada mereka !

Petikan daripada rakan blog AIDC , menulis:-
Menurutnya, tiada sebarang kompromi dengan pihak tertentu khususnya pemimpin pembangkang yang sedang menghasut rakyat turun ke jalanan bagi mencetus rusuhan sekali gus menjayakan hasrat menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Saya tidak akan memberi amaran tetapi tunggulah tindakan tegas,” katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia bagi mengulas tindakan yang bakal diambil ke atas pemimpin pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang merancang mencetuskan huru-hara.
Isnin lalu, pemimpin pembangkang seperti Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) R. Sivarasa dan Tian Chua ketika berceramah dalam Perhimpunan Tragedi 13 Mei secara terbuka menghasut rakyat ke jalanan bagi menumbangkan kerajaan BN melalui kaedah rusuhan.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Kementerian Dalam Negeri yang diterajui kepimpinan baharu bersedia sepenuhnya memastikan kesejahteraan rakyat dan keharmonian negara kekal terpelihara dengan menguatkuasakan undang-undang sedia ada.
“Pencegahan itu lebih baik daripada penyelesaian, dan pencegahan awal itu lebih murah ‘harganya’ berbanding penyelesaian masalah. Saya akan guna pendekatan itu agar pihak kerajaan tidak disanggah dan mereka (pembangkang) juga tidak melakukan penyanggahan,” jelasnya.
Sementara itu, mengulas kecaman pembangkang selepas beliau meminta pihak tidak setuju dengan sistem pilihan raya Malaysia berhijrah ke negara republik jika menjadikan isu undi popular sebagai alasan, Ahmad Zahid berkata, pembangkang melenting kerana mereka cuba menipu rakyat.
“Orang yang makan cili memang akan terasa pedasnya, sebab itu pemimpin seperti Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng melenting dengan kenyataan saya, tetapi apa yang dinyatakan adalah hakikat dan sudah sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Naib Presiden Umno itu turut dilaporkan Mstar menjelaskan kenyataannya itu sengaja dibaca di luar konteks sebenar untuk mendapat kepentingan politik.
“Sebenarnya saya kata mereka yang tidak yakin dengan sistem politik kita untuk berhijrah ke negara yang mempunyai sistem yang sesuai dengan mereka.
“Saya tidak rasis…saya hanya berfikiran praktikal dengan apa yang saya katakan kepada kumpulan berkenaan supaya mereka boleh menterjemahkan pegangan politik mereka kepada realiti,” katanya.
Beliau menjelaskan bahawa Malaysia mengamalkan sistem Komanwel dan mereka yang fikir bahawa sistem di Amerika Syarikat atau negara lain lebih sesuai mereka boleh berhijrah ke sana.
Zahid Hamidi turut mengecam pembangkang yang mempertikaikan keputusan pilihan raya, namun mengakui keputusan di negeri yang mereka menang seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.
“Mereka mempertikaikan keputusan pilihan raya secara selektif,” katanya.
Kepimpinan DAP pula bermain wayang di sebalik tabir dengan menghasut para penyokong mereka menyertai BLACKOUT. Mereka sudah bersedia dengan senario-senario yang mereka jangkakan akan berlaku. 

Jangan kita salahkan KETEGASAN kerajaan dalam menangani kedegilan dan egois DAP dan PKR yang enggan menerima dan mematuhi perundangan negara. Kalau DAP dan PKR mempunyai bukti-bukti mengenai frod pilihanraya , kenapa mereka tak berani ketengahkan di dalam petisyen Pilihanraya?

Kenapa DAP dan PKR sengaja membuat ugutan dan kecaman terbuka kepada kerajaan Malaysia?

Apakah DAP dan PKR berfikir bahawa hayunan undi 97% pengundi Cina pada PRU13 membuktikan mereka mendapat sokongan penuh daripada rakyat untuk menggulingkan kerajaan melalu rusuhan dan keganasan?

Kalau sekadar bergantung kepada artikel-artikel fiksyen di dalam portal-portal pro DAP dan PKR, apara penyanggak DAP dan PKR wajib berfikir semula. Situasi di Malaysia tidak sama seperti di negara-negara Arab. 


GRANPA LIM-KENA-SODOM (LKS) DI TEMPELAK NGEH KOO HAM.

Di petik daripada laman MYKMU. 

Ngeh Kau Ham-peh berjaya membuktikan kepada kita bahawa DAP sebuah parti multi-ras yang rasis dan cauvinis. Sebelum ini kita begitu terhibur dengan latahan dan repekan granpa Lim-Kena-Sodom (panjang lah pulak , dipendekkan: Lim Sodomi) beriya menafikan DAP sebuah parti rasis dan cauvinis. Lim Sodomi melatah hebat dengan aksi lucu terhadap kenyataan Tun Dr Mahathir mengenai politik perkauman tegar amalan DAP. Lim Sodomi turut memekik-memekik bila 97% pengundi Cina melakukan undi mangkuk hayun di label sebagai Tsunami Cina.

Lim Sodomi bagaikan jatuh di timpa tangga bila Ngeh Kau Ham-peh pemilik franchise Oldtown White Coffee, menghentam dalam nada perkauman tegar tindakan pemimpin MCA Johor menerima lantikan EXCO.

Budak kopi-putih itu menulis di tewit , terjemahan harfiah,:-
"MCA tunduk kepada UMNO, kini tunduk kepada Sultan? MCA tak boleh buat apa-apa pendirian sendiri? Bagaimana hendak mewakili rakyat?". 
Budak kopi-putih itu cuba memberikan gambaran bahawa MCA tak layak mewakili kaum Cina kerana tunduk patuh kepada kehendak UMNO dan Sultan Melayu. Bukankah itu bermaksud DAP sebuah parti multi-ras yang sarat dengan amalan perkauman tegar?

Kenyataan Budak Kopi-Putih itu dipercayai merujuk kepada tindakan ADUN Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong menerima perlantikan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor baru-baru ini. 

Apa perlunya Budak Kopi-putih menghentam MCA menerima perlantikan EXCO negeri Johor?

Apa perlunya MCA menolak titah perintah Sultan Johor yang mahu perwakilan Cina ada dalam kerajaan negeri demi perpaduan kaum?

Tak masuk akal langsung tindakan Budak Kopi-putih tersebut.

ADUN BN dari MCA telah bertindak benar. Beliau menghormati kehendak Sultan Johor yang mahukan perpaduan kaum. Waima pada 29hb April, Majlis Tertinggi MCA menetapkan tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kabinet dan exco jika pengundi Cina menolak MCA. 

Dalam dunia ini semuanya ada peraturan dan undang-undang yang perlu dipatuhi. Kalau asik nak tunjuk ego dan angkoh macam DAP alamat tak ada satu benda pun akan terlaksana. Semuanya perlu bekerjasama dan mengambil tempat masing-masing. Kalau nak ikut kepala otak masing-masing sahaja akhirnya rakyat yang merugi. Kena berkorbanlah. Takkan majoriti Melayu yang asik nak berkorban manakala minoriti Cina asik nak menang sahaja. 



Jumaat, 17 Mei 2013

KETEGASAN 'JANTAN' KABINET BARU & NIK NADZMI MANGSA TERBARU ANWAR IBRAHIM.



Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri perlu melaksanakan transformasi dengan lebih agresif dan radikal sekiranya mahu terus memegang tampuk pemerintahan negara selepas PRU-14. Walaupun PRU13 sudah berlalu, dan BN telah berjaya memenangi sebanyak 133 kerusi parlimen, namun pola dan ‘mood’ luar jangka pengundi menunjukkan terdapat tanda-tanda yang ia akan menjadikan pilihanraya yang akan datang semakin mencabar dan mendebar.

Kabinet baru yang dilantik perlu memikirkan bagaimana untuk mengikis persepsi negatif yang dilemparkan terhadap kerajaan. Bukan sahaja soal pembangunan tetapi pengisian yang perlu dibuat di dalam pembangunan yang akan dilaksanakan itu perlu ditekankan.

Revolusi politik perkauman, keganasan, kebencian dan campurtangan asing perlu ditangani segera sebelum negara terjerebak di dalam kancah pergolakan. Pembangkang sebaik sahaja keputusan PRU13 diumumkan, mereka terus melaksanakan gerakkerja untuk menumbangkan kerajaan.

Siri-siri himpunan yang mendapat sokongan besar masyarakat bukan Melayu perlu dikekang dan pihak berkuasa perlu bertegas dengan dengan penganjur yang melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang.

Perkara ini jika dibiarkan, ianya akan menjadi suatu budaya dalam masyarakat dimana pada satu tahap ianya agak sukar dikikis. Negara-negara arab telah mengajar kita, perubahan pentadbiran negara melalui demontrasi jalanan tidak akan menjadikan sesebuah negara itu lebih baik.

Dikenali sebagai 'Arab Spring', negara-negara arab sehingga kini masih bergolak walaupun revolusi yang dibawa itu sudah beberapa tahun berlalu. Pemimpin-pemimpin mereka silih-berganti sehingga tiada kestabilan politik di dalam negara sekaligus menghancurkan ekonomi negara itu.

Adakah perkara yang sama yang kita mahu terjadi di dalam negara ini? Sudah tentu jawapannya tidak. Orang Melayu terkenal dengan budi bahasa dan orang cina tidak akan mampu melakukan demontrasi ini sekiranya tidak mendapat sokongan dari masyarakat Melayu.

Dalam hal ini, keputusan PRU13 yang lalu jelas menunjukkan majoriti Melayu masih sayang dan terus menyokong Umno yang dilihat berjaya mengekal kestabilan di dalam negara. Kerajaan yang naik melalui jalanraya akan tumbang melalui jalanraya juga. Sejarah telah membukti mereka tidak akan bertahan lama.

Kepada mereka yang mahu menjatuhkan kerajaan melalui demontrasi jalanan adalah sewajarnya memikirkan semula niat itu.

Kepada Anwar Ibrahim... BERSARALAH...


Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim ke hulu-ke hilir menganjurkan bantahan melalui 'Himpunan 505' yang kononnya menolak keputusan Pilihan Raya Umum 13 yang jelas tidak memihak mereka, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad  pula  didakwa kerana dituduh gagal untuk memberikan notis 10 hari behubung perhimpunan selepas pilihan raya di stadium Kelana Jaya, Rabu lepas.

Anwar sebaliknya lepas tangan apabila anak buahnya didakwa di mahkamah yang mana sekiranya Nik Nazmi dijatuh hukuman bersalah, beliau akan kehilangan kerusi DUN Seri Setia selain denda RM10,000.

Nik Nazmi bagaimanapun tidak mengaku bersalah apabila pendakwaan di bawah di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012, Seksyen 9 (1) PAA 2012, dibacakan kepadanya di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Apa jadi kepada Anwar? Sedangkan himpunan di seluruh negara adalah ideanya sendiri kerana majoriti pemimpin dalam Pakatan Rakyat menolak cara sedemikian untuk meluahkan bantahan.

Dan mangsanya adalah 'agas-agas' di bawah ini. Apa komen Nik Nazmi selepas di 'game' Anwar? Kasihan Nik Nazmi, sebab sayangkan bos, terpaksa korbankan diri sendiri menjadi kambing hitam.

Pemimpin PKR seperti N Surendran dan Latheefa Koya sebaliknya memarahi kerajaan kerana mengambil tindakan terhadap Nik Nazmi yang tidak memohon permit untuk himpunan tersebut, atas alasan ianya himpunan aman.

Marahlah Anwar, sebab itu semua agenda beliau. Bukan salah kerajaan dan pihak berkuasa kerana ia terletak di bawah bidang kuasa pasukan keselamatan. Habislah Nik Nazmi jika kerusi DUN beliau hilang. Adakah Anwar akan membantunya dalam kes tersebut?

Anwar mungkin tergelak besar kerana beliau terselamat daripada sebarang tindakan.

Malah, Anwar masih lagi akan meneruskan 'jelajah 505' untuk menyuarakan ketidak puasan hatinya kepada Barisan Nasional (BN) kerana menggagalkan usahanya untuk menjadi perdana menteri.

Siapa pula akan menjadi mangsa selepas ini? Adakah kepimpinan Pakatan yang lain bersedia menanggung akibat daripada tindakan Anwar dengan menjadi 'kambing hitam' untuk melepaskan Anwar?

Risiko kehilangan kerusi disandang seperti yang dilalui Nik Nazmi mungkin akan berulang sekiranya Anwar terus dengan agenda 'bodoh' untuk menentang keputusan PRU13. Anwar harus menerima nasihat Tan Sri Harussani agar redha dengan ketentuan Tuhan, kerana ianya adalah takdir Anwar.

WHAT ZAHID SAID MEANS HE IS STERN SERIOUS.


Well Said Mr Home Minister !

Our new Home Minister Dr Ahmad Zahid Hamidi said it right and blunt. What he said was what most peace loving Malaysians have in mind and would not express for several reasons.Zahid, as a Home Minister now is very direct and very blunt. People may say it was un-Malay to say it so outrightly but on the other hand, Anwar Ibrahim and several of his followers are Malays and they do not behave like Malays in opposing the ruling government.

Anwar and his friends’ actions thus far do not reflect any Malayness nor any Malaysian way which places respect as utmost important.

Their ways seem to put aside good manners and even respect, reflecting an uncivilized and unrefined ways of the barbarians.

Zahid said it correctly that if those who wanted changes through undemocratic ways and those who did not accept the voice of the majority should find other countries where they could live life their way.Zahid’s first statement as Home Minister reflects his firmness and this augurs well for the country since the oppositions themselves had many times, in fact thousands times cried that the police were soft and not firm.

With Zahid’s first statement, the oppositions should by now understand how serious he is in trying to put back credibility and honour in the country’s police force and law and order.The signal is already out and the oppositions should react positively rather than manipulating Zahid’s statement and trying to convince the population that Zahid is being arrogant.It is what they had wanted all along – someone at Home Ministry who can control the police and stand firm on points of law, stand tall and be respected.

Zahid just did that and is expected to do that until he is moved to other ministry if the Prime Minister sees fit.

But for now, Zahid stays and his first statement reflects what he will as long as he is the Minister.

Honest, firm and blunt is what the country needs for a Home Minister whose responsibilities include ensuring the country is free of subversive elements or elements that may lead of chaos and instability.

With Zahid’s first statement, peace loving Malaysians hope he will continue to be firm and blunt so that the country is rid of elements who are out to split the multi-racial and multi-religious ties that have been bonded since before Independence.

After all, in the current political scenario where the oppositions seem to take the laws lightly, it is now up to Zahid to tell them that enough is enough so that the ruling government can continue with its development agenda.

INSIDEN DI FORUM WACANA SINAR HARIAN - PENJELASAN DATUK YAZID OTHMAN.

Di atas adalah apa yang diputarbelitkan bagi menunjukkan pemimpin UMNO tak sporting dan suka mengamok tak tentu fasal. Dalam wacana tersebut yang hadir hanya dua orang pemimpin UMNO, yakni Sapudin Dolah dan Dato Yazid (dalam gambar yang di fitnah sebagai mengamok)

Apa yang sebenarnya berlaku pada sesi Wacana Sinar Harian tersebut?
Apakah benar Dato Yazid mengamok dan marah sepertimana yang tertera pada lapuran Sinar Harian?
Atau ianya satu kalihan dan laporan berat sebelah?
Antara yang hadir dalam Wacana tersebut ialah figura plastik anak angkat Tan Sri Khir Johari, Zairil Khir Johari dan bekas Ahli Parlimen Temerloh Sapudin Dolah yang kalah kepada PAS pada PRU13 lalu.
Berikut adalah penjelasan Datuk Yazid sendiri yang telah diterbitkannya di akaun fesbuk beliau mengenai insiden tersebut:-

SEDIKIT PENJELASAN DALAM WACANA SINAR HARIAN...
Sebenarnya saya tidak langsung dalam keadaan marah, jauh sekali emosi.. , cuma saya dihalang dari menjawab tuduhan dari wakil Pas dan DAP dalam forum yang berat sebelah itu ..saya baru jawab satu persoalan yang dituduh oleh wakil DAP anak angkat Khair Johari, Zaril, yang berkata kerajaan BN tidak langsung memberi kebebasan bersuara kepada media sejak berkuasa di negara ini, dan menghalang pembangkang dari berusara, sehingga pihak pembangkang kononnya terpaksa mengeluarkan pendapat ditepi-tepi jalan dan perhimpunan2 bersih..
Saya menjawab," betulkah pembangkang mengamalkan kebebasan bersuara.. sedangkan di Pulau Pinang, Utusan Malaysia dihalabg dari membuat liputan semua acara kerajaan negeri Pulau Pinang"..tetapi para pekerja Sinar harian dan Astro Awani yang memang kelihatan pro pembangkang itu menghalang saya dari terus menjawab tuduhan pembangkang itu...saya tahu kalau saya tidak terus bercakap menjawab tuduhan2 liar itu tentulah mereka tak akan memberikan peluang kedua utuk bertanyakan soalan..! itu belum lagi saya jawab tuduhan liar wakil Pas yang kononnya Kerajaan Negeri Trengganu zalim merobohkan rumah2 pengusaha ukiran tembaga, songket dll.
Kalau saya diberi peluang, saya akan mengemukakan fakta yang ada ditangan saya mengenai ratio kenaikan pangkat di Universiti Malaya yang lebih ramai bukan Melayu yang naik pangkat serentak baru-baru ini ..malangnya yang nak menjawab bagi pihak UMNO /BN hanya saya seorang, sedangkan bekas Timbalan Menteri Pengajaian Tinggi banyak main politik 'senyum' untuk tidak mempertahankan Umno dan BN, dan lebih mencari populeriti ditepuk oleh para budak2 pembangkang yang ada dihadapannya, bagi setiap kali beliau mengakui kononnya Umno/BN banyak buat silap sehingga kononnya "perlu bertaubat nasuha".. 
Jadi, saya sendiri menjadi bahan putarbelit tulisan pihak sinar harian, yang ternyata berat sebelah caranya itu.. Sahabat saya Dato' Jalil Ali penasihat editorial Sinar Harian, serta kerabatnya Astro Awani.. perlulah tengok budak2 tu sikit agar tau menghormati tetamu yang datang, lebih2 lagi dari warga media sendiri..tak perlulah rampas mike (mikrofon) orang tengah bercakap..padahal ia boleh di-censored kemudian kalau tak suka dengan jawapan saya yang mungkin boleh jejaskan imej pembangkang itu..! 
Tak perlulah 'budaya samseng' menular dalam majlis-majlis ilmu, dek pengaruh 'reformasi jalanan pembangkang' yang meraung dan menyorak liar pihak Umno/BN yang bercakap, apalagi yang datang itu adalah tetamu yang telah dijemput.Wallahu A'lam.
Kepada pembaca budiman kita perlu dengar kedua pihak.
Dan anda berpeluang membaca sendiri penjelasan daripada pihak Datuk Yazid.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...