Khamis, 29 November 2012

KERANA PAS MENIPU SELAMA 12 PRU, RAMAI YANG MURTAD KERANA KELIRU.




Oleh kerana pas begitu selesa dengan janji sorga pok nik dan menggangap murtad adalah ISU KECIL, kita dedahkan IMPAK , KESAN & NATIJAH kenyataan-kenyataan dan doa-doa kebinasaan serta TAKFIR (MEMURTADKAN ORANG ISLAM)  yang dilakukan oleh pemimpin PAS. KLIK DI SINI .


HARI KETIGA MELAYU ISLAM BERSATU BERHIMPUN, PEMIMPIN PAS HILANG TEOR DENGAN KARPAL SINGH.

RAJA GOBLOK PAS

Betul lah apa TPM TS Mahyuddin Yassin Timbalan Presiden UMNO kata dalam ucapan perasmian persidangan perwakilan Wanita, Pemuda & Puteri UMNO. Sisi dan wajah huduh perjuangan PAS menipu orang Melayu Islam selama 12 PRU terbukti jelas. PAS ini cakap je berdegar-degar cam langit nak runtuh tapi satu jasa pun takdak kepada kemajuan ikhtisas Islam di Malaysia. Selama 12 PRU PAS cuma menipu dan menipu dan terus menipu dan tak nampak nak berhenti dari menipu.

HAKIKAT SEBENAR PENIPUAN POLITIK PAS SELAMA 12 PRU 
Selepas PRU12, PAS nampak gah dan eksyen disebabkan oleh hayunan undi protes kesan dari kelemahan pentadbiran Pak Lah sejak 2004. Hari ini KPUM hanya mampu balun Pakatam Ahzab Sasaulisma dalam ucapan saja. Dari segi tindakan, KPUM masih fobia dan belum begitu bersedia menghantar bala tentera Pemuda gagah berani untuk berhadapan dengan kekuatan jentera PAS waima seluruh akar umbi PEMUDA UMNO sudah siap siaga dan bersedia bertempur. KPUM masih berkira-kira dan bercongak samada ianya memberikan laba politik kepada kerjaya politiknya yang sudah hambar dan tawar atau mampu melonjakkannya kembali ke persada kuasa seperti sebelumnya. Bak kata Tun Dr Mahathir lah beliau tak nampak KPUM adalah agresif dan sentiasa duduk dalam Zon Selamat. 

Pada hari pertama Melayu Islam Bersatu Bersidang, puak Budu cap R bikin kacau dan heboh.
Pada hari kedua Melayu Islam Bersatu bersidang, Pok Nik masuk sepital wad ICU kerana strok dan timbul kisah mengenai Arahan MPKB ke atas seorang pengusaha dandanan rambut. Beketurunan Cina. Akhirnya terpaksa memindahkan premis perniagaannya ke Johor. 
SETELAH DI DESAK DAN TERDESAK KERANA DI HENTAM OLEH DHPP & DAP, PEMIMPIN PAS YANG MELACURAN SEMUANYA SANGGUP JILAT KAHAK MEREKA SENDIRI DALAM ISU INI.
Sepanjang tempoh selepas PRU 12, PEMIMPIN PAS PUSAT terlalu banyak sangat BERKORBAN. Bukan berkorban untuk pertahankan AKIDAH & ISLAM tapi BERKORBAN prinsip menggadaikan MARUAH AGAMA ISLAM kerana menunjukkan kasih sayang yang tak berbalas kepada kafir Harbi DAP dan PKR Sasaulisma.

Selama inilah juga puak pas menimbulkan banyak keraguan dan syak wasangka di kalangan uamt Melayu Islam sehingga kefahaman ISLAM menjadi celaru dan keliru akibat gara-gara pas berpolitik dan mempersendakan ISLAM dalam ceramah-ceramah politik mereka.

Kepada puak-puak pas , cukup-cukuplah menipu dan berbohong mengenai dasar perjuangan politik kamu tu. Semakin lama semakin menyemakkan dan mengelirukan kefahaman umum mengenai AGAMA ISLAM.

TAHNIAH KPUM , BERI IKAN LEBIH BAIK DARI MEMANCING

 

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memang sebuah pertubuhan yang amat bertuah kerana mempunyai seorang Ketua yang mempunyai Tuah Badan. Dek kerana itu lah di atas keprihatinannya, beliau memikirkan sudah tibalah masanya menumpahkan dan mencalitkan Tuah Badan nya kepada pemilik-pemilik motorsikal yang belum mempunyai Lesen Memandu atas sebab kesempitan hidup kerana kurangnya Tuah Badan.

Idea-idea kebajikan KPUM (Ketua Pemuda UMNO Malaysia) adalah idea-idea yang amat bernas dan mempunyai impak yang cukup kuat seperti komet jatuh ke bumi. Mampu melonjakkan kehidupan orang muda menjadi lebih baik dan terbaik bila mampu memliki lesen motorsikal dan membeli motorsikal pada harga diskaun. Selepas ini pekerja-pekerja kilang boleh berterimakasih kepada KPUM di atas idea bernasnya. 

Kita semua amat yakin dan begitu konfiden dengan perlaksanaan dan kebernasan idea KPUM tersebut. Kita akan melihat kemajuan ekonomi, politik, sosial dan pendidikan yang drastik melonjak naik bilamana anak-anak muda berjaya di bantu memiliki lesen dan membeli motorsikal pada harga diskaun melalui usul BL1M (Bantuan Lesen 1 Malaysia).

BL1M akan membantu pengedar dan agen motorsikal pelbagai jenama di Malaysia menambahkan jualan mereka. Manakala JPJ mampu membuat kutipan pembayaran lesen tertinggi serta Sekolah Memandu pula mampu meningkatkan bilangan pelajar. Pengendali-pengendali setesen minyak turut mendapat labanya nanti bila bilangan motorsikal makin bertanbah di jalanraya. Turut merasa labanya nanti adalah kedai-kedai aksesori dan 'repair' motorsikal. Kedai alat ganti motorsikal turut merasai BL1M. Kedai menjual tayar dan tiub juga turut mendapat laba. Pembekal kepada JPJ pun turut mendapat laba. Malah syarikat pemegang AES pun turut mendapat laba nya nanti.

Tak terkecuali pihak mahkamah majistret dan Jabatan Trafik PDRM serta pihak hospital turut merasai laba BL1M. Sudah tentulah dengan memudahkan lagi cara mendapat lesen motorsikal maka jam latihan akan dikurangkan. Tapi tak mengapa , yang penting ialah memastikan anak-anak muda terutamanya Melayu mampu memiliki lesen dan sebuah motorsikal. Lupakan mengenai pemilikan kereta sekecil Kancil atau MYVI.

Hebat memang Hebat gagasan KPUM untuk anak-anak muda di antara DUA MASA DEPAN !


Rabu, 28 November 2012

#twtupau2012 PRIVASI DYMM SULTAN PAHANG & ANAKANDANYA DICEROBOHI BLOGER SASAULISMA PAKATAM AHZAB, SILA AMBIL TINDAKAN @mohdsharkar @NajibRazak

PRIVASI KDYMM SULTAN PAHANG TELAH DICEROBOHI OLEH BLOGER PAKATAM AHZAB SASAULISMA DAN BAGINDA DI FITNAH.
 
AMENOWORLD sang bloger jalanan yang mempunyai masealoh Krisis Identiti sebab ameno tak tau samada jantinanya lelaki atau perempuan. Tapi yang pasti AW ni bloger jalang belaan Pakatam Ahzab sasaulisma. 

Dua artikel telah diterbitkan oleh sang bloger jalang itu memperlekehkan dan menghina DYMM Sultan Pahang di samping melakukan perbuatan tak senonoh dan biadap menceroboh PRIVASI DYMM Sultan Pahang dan anakandanya Putera Falaq.




Oleh kerana DYMM Sultan Pahang telah ketuk dan sekeh kenyataan nurul izzah (pet kesayangan AW) maka AW telah menceroboh privasi DYMM Sultan Pahang dan anakandanya Putera Falaq berumur 18 tahun. 

Hamba sendiri pun tak mempercayai apa yang di tulis oleh Amenoworld. Malah nampaknya pautan ke klip video yang disebutkan olehnya TIADA !

Jelas si bloger jalang amenoworld ni menipu dan berbohong tahap bang Non tak dapat servis 'anu-nya' dalam jamban ekslusif Azmin Ali.

Inilah kerja para bloger jalang pakatam ahzab sasaulisma. Demi mempertahankan kenyataan songsang Nurul Izzah dan politik sempit mereka, hilang rasa hormat kepada Raja-raja Melayu. Dicerobohi dan difitnah hal-hal privasi dan peribadi Raja-raja Melayu. 

Tentu anda masih ingat pembohongan dan fitnah mereka kepada DS Najib sehingga sanggup mengedit audio klip video dan gambar superimposed dengan Altantuya untuk menghina dan menipu rakyat jelata.

Kini satu lagi perbuatan sasau mereka lakukan terhadap KDYMM Sultan Pahang !

Hamba mendesak agar semua pihak yang terbabit dalam gerakan sebaran ftnah ini terutama Amenowolrd dikenakan tindakan perundangan. Beserta dengan pihak pengurusan hotel yang berkenaan serta pihak yang memuatnaik video fitnah tersebut.

Kepada Amenoworld kali ini anda sudah melampaui batasan !



HARI KEDUA MELAYU ISLAM BERSATU BERHIMPUN, POK NIK MASUK SEPITAL.

SIDANG AKHBAR OLEH TIGA ORANG NAIB PRESIDEN UMNO MENGULAS UCAPAN TPM TS MAHYUDDIN YASSIN

Mengikut tradisi, Perhimpunan Wanita UMNO, Pemuda UMNO dan Puteri UMNO dimulai dahulu. Semalam, TPM Mahyuddin Yassin merasmikan ketiga-tiga perhimpunan tersebut. Ucapan TPM TS Mahyuddin Yassin menjadi topik perbahasan dan perbincangan di mana menyentuh mengenai tiga isu pokok. Pertama mengenai ketidakmampuan pakatam ahzab sasaulis mentadbir dan memerintah negara dan isu doa kebinasaan pas.

Pucuk pimpinan UMNO membuat keputusan tidak akan membalas doa pas atas dasar sesama Islam. Namun semalam TS Mahyuddin di dalam ucapan perasmian perhimpunan serentak Wanita, Pemuda & Puteri UMNO berdoa seperti berikut , doa yang Hamba amat sukai:-

"Maralah ke medan perang. InsyaAllah, berkat kesungguhan kita berjuang, berkat kebijaksanaan rakyat membuat pilihan, UMNO dan Barisan Nasional akan melakar kemenangan! Marilah kita sama-sama menadah tangan merafakkan doa:

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah!

Jadikanlah perhimpunan ini perhimpunan yang dirahmati
Janganlah engkau leraikan hati kami dari mentaatiMu
Satukanlah hati-hati kami di jalanMu

Ya Allah Ya Tuhan Kami!

Terimalah doa kesejahteraan buat sekalian kami
Jauhkanlah hati kami daripada menjahanamkan sesama sendiri
Kembalikanlah mereka yang tersasar ke jalanMu yang diredhai

Ya Allah

Bimbinglah kami di jalan yang lurus
Redhakanlah jalan perjuangan kami
Tetapkanlah kami di jalanMu Ya Allah

Ya Allah

Engkaulah Tuhan Rabbul Jalil
Engkau kurniakanlah ketabahan di setiap hati kami
Engkau kurniakanlah kekuatan di jiwa kami
Engkau perteguhkanlah daya juang kami

Dengan rahmatmu Ya Allah
Engkau kurniakanlah kemenangan buat kami

fai’za ‘azamta fatawakkal ‘alallah

Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd."

AMIIN !!!!

Semalam juga puak Budu cap 'R' turut melakukan onar bagi pihak pas. Punyalah biadap dan kurang ajor pepuak pas nie. Tak pernah nak menghormati Majlis pihak lain. Sentiasa mahu melakukan onar dan menunjukkan keras kepala gedebe mereka. 

Budaya Gedebe pas kelantan tak kan mampu selama-lamanya memertabatkan Islam dan mempertahankan Tauhid. Pemimpin UMNO Kelantan perlulah 'Slow-Talk' atau  'Budu-Talk' dengan puok pas deme. Sebabnya pepuak Budu ni hanya nak dengar cakap puak deme je. Cakap orang lain deme tak pakai.Tapi itu dah budaya mereka. Hanya mereka sendiri sahaja yang mampu mengubah sikap assobiyah terlampau mereka sendiri. 

Berdasarkan kepada maklumat sensasi terkini profil Tok Sidang Jendela Semasa Pok Nik dimasukkan ke wad hospital pakar HOSPITAL PAKAR PERDANA KOTA BHARU pada jam 6.30 pagi tadi kerana SAKIT JANTUNG (STROK):-

MB KELANTAN NIK AZIZ DI SERANG SAKIT JANTUNG JAM 6.30 MINIT PAGI,KINI BERADA DI HOSPITAL PAKAR PERDANA KOTA BAHARU KELANTAN.
Kita tunggu sajalah perkembangan seterusnya.

Satu perkara yang perlu diingati setiap penyakit itu adalah Kafarah Dosa dan ALLAH TA'ALA MAHA ADIL.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...