Memaparkan catatan dengan label Perhimpunan Terbesar Empayar Melayu Islam PAU 2012.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perhimpunan Terbesar Empayar Melayu Islam PAU 2012.. Papar semua catatan

Rabu, 26 Jun 2013

Membantah Titah Yang DI Pertuan Agong Adalah Tindakan Political Defiance DAP-PKR,



Apabila Yang Di Pertuan Agong (YDPA) bertitah dalam Parlimen semalam, di atas kapasiti fungsi dan tugas-tugas rasmi di bawah Perkara 53, Bab 1, Bahagian IV Perlembagaan, titah itu adalah arahan rasmi daripada seorang Ketua Utama Negara. Konvensyen Perlembagaan (amalan-amalan kebiasaan dan kelaziman yang diterimapakai tapi tak bertulis) tidak pernah mengatakan titah YDPA perlu diperbahaskan. Sebaliknya, konvensyen Perlembagaan menyebutkan, Menjunjung Titah YDPA. 

Jawatan YDPA adalah sebagai Ketua Utama Negara. YDPA adalah sebahagian penting dari Persekutuan. Tengok dan kaji Perlembagaan. Lihat bagaimana jawatan YDPA di bawah tajuk kecil 'Persekutuan' diletakkan terlebih dahulu dari semua badan-badan Persekutuan yang lain. Majlis Raja-raja adalah sebahagian penting Persekutuan. Realitinya, Persekutuan Malaysia terdiri dari badan-badan Persekutuan seperti berikut:-
  1. YDPA dan Timb YDPA;
  2. Majlis Raja-raja; 
  3. Badan Eksekutif;
  4. Badan Perundangan Persekutuan;
  5. Negeri-negeri;
  6. Badan Kehakiman;
  7. Badan Perkhidmatan Awam;
  8. Suruhanjaya-suruhanjaya;
  9. Suruhanjaya Pilihanraya. 
Jangan ikut teori A Dicey mengenai persekutuan. Kerana Malaysia mengunakan kombinasi semua model-model yang terbaik di dunia. Kita mempunyai sistem dan model tersendiri dan unik. Sistem kita ialah Raja Berperlembagaan dalam kerangka Persekutuan dalam model Parlimen Westminster. Perlembagaan kita tak sama dengan konsep Perlembagaan Di US dan konvensyen Parlimen kita tak sama macam Parlimen Westminster.

Mempertikaikan titah Ketua Utama Negara dan enggan memberikan kerjasama politikal serta patuh kepada Ketua Utama Negara, adalah tindakan Political Defiance DAP-PKR. DAP PKR perlu ingat, selaku anggota Badan Perundangan Persekutuan, semalam mereka sudah mengangkat sumpah jawatan ahli Parlimen. Antara lain disebutkan bahawa mereka akan mempertahankan Perlembagaan. YDPA adalah sebahagian Perlembagaan. Oleh itu mereka wajib patuh dan taat kepada titah YDPA selaku Ketua Utama Negara yang disebutkan di dalam Perlembagaan. 

Kita perlu waspadalah, setiapkali DAP PKR melakukan tindakan Political Defiance, itu kerana mereka mahu melemahkan kuasa-kuasa badan-badan Persekutuan lain untuk mereka menjadi lebih berkuasa dan berada di atas Perlembagaan Malaysia. Motif DAP PKR melakukan tindakan Political Defiance bukan untuk menumbangkan kezaliman dan regim diktaktor, tetapi untuk mereka menjadi sebuah regim diktaktor sepenuhnya. Adalah salah mengatakan jawatan YDPA selaku Ketua Utama Negara bagi Persekutuan adalah amalan feudalis. Ianya adalah amalan Persekutuan Raja Berpelembagaan, cara Malaysia. 

Selasa, 2 April 2013

#PRU13 - TUN DAIM , BN SAHIH MENANG 2/3 MAJORITI LAH

Tun Daim seorang Otai Politik dan bisnesman yang disegani oleh komuniti Cina Malaysia. Kata-katanya laku dan didengari oleh Taikun-taikun Cina Malaysia.
Beliau seorang pendiam tapi berbisa dan menyengat.
Beliau tak suka ambil tahu hal-hal peribadi oranglain kerana sikapnya yang privasi. Omputih kata Tun Daim jenis orang 'No-nonsense and Privacy Type'

Tun Daim dalam satu temuramah dengan suratkabar berbahasa Cina (30hb Mac 2013) mengatakan faktor calun MB Selangor adalah mustahak. Sumber artikel asal mengenai temuramah tersebut ialah mula di ulas oleh bloger Helen Ang. 

Tun Daim menjawab banyak soalan-soalan yang ditujukan kepada beliau oleh wartawan berkenaan. Tun Daim memperjelaskan pendapatnya mengenai peluang cerah BN dalam PRU 13. (Ini sebagai menjawab soalan-soalan berkenaan yang ditanyakan oleh wartawan terbabit- kalau tak tanya Tun Daim pun tak sentuh)






















Mengenai peluang BN, Tun Daim menyebut BN mempunyai peluang amat cerah untuk menang lebih 2/3 majoriti. 

Selangor boleh jatuh ke tangan BN semula jika BN dapat mengemukakan calun MB Selangor yang boleh di terima ramai dan sesuai. Di Kedah, beliau berpendapat rakyat Kedah bersedia membantu Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar Kedah.

Manakala BN masih mempunyai peluang menawan Pulau Pinang tetapi sukar kerana mentaliti dan keadaan selesa para pengundi bandar di Pulau Pinang. Di Kelantan akan berlaku satu perubahan tampak yang berimpak besar. Di Perak, peluang BN adalah  lebih cerah sedikit berbanding DAP PKR PAS tapi akan berlaku pertandingan amat sengit.

Ini berdasarkan kepada kesilapan DAP PKR PAS yang begitu besar di negeri-negeri yang mereka tawan. Ketiga parti tersebut gagal total melaksanakan semua janji-janji mereka dalam manisfesto PRU12 lalu. Ini menyebabkan DAP PKR PAS di lihat sebagai tidak mempunyai kredibiliti oleh rakyat. 

Tun Daim menafikan YAB PM terlepas peluang keemasan membubarkan Parlimen seperti yang di jaja oleh pemimpin DAP. Beliau berkata pembubaran boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. 

Beliau turut menasihati pengundi-pengundi Cina Malaysia agar berhati-hati dan berfikir secara mendalam sebelum mengundi. 

"Apa yang anda dapat dengan menghukum BN?" soalnya.

Tun Daim juga yakin pada kali ini pengundi akan mengundi berdasarkan kepada tiga faktor utama iaitu menolak penyelewengan, ekonomi dan masa depan. 

Beliau turut menyindir Lim Kit SIang yang mahu bertanding di Johor Bahru dan berkata jika DAP mahukan perubahan, ianya sepatut bermula dari dalam DAP sendiri. Yakni menukar mana-mana pemimpin veteran DAP seperti Lim Kit Siang ke muka-muka baru. Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa kehadiran Kit Siang

"Lim Kit Siang sudah melebihi 70 tahun beliau sepatutnya memilih untuk bersara seperti saya" katanya.
Action Party claims to change, there should be more new faces, rather than only daily Lim Kit Siang it.
"Lim Kit Siang over 70-year-old to talk about change, he should be like me, choose to retire.
"Action Party want to change, they should bring new faces to replace the party leader, do not always Lim Kit Siang, Lim Kit Siang from 1969 as leader of the Action Party has forty years the Congress Party, MCA and UMNO years, it has changed a lot of leaders.
"They (Action Party) always stressed the need to change, but they themselves are immutable, Lim Kit Siang or Action Party leaders today. Tan Sri Daim said DAP promised the abolition of the toll station, but they (DAP) build a tunnel with a toll station, showing the contradictions of their policies . - terjemahan google
Nadanya sama dengan nada Tun Dr Mahathir semasa berucap di Johor baru-baru ini. Malah Tun Dr Mahathir menyeru semua pengundi agar menjadikan Johor sebagai Perkuburan kekal mematikan kerjaya ahli politik veteran seperti Lim Kit Siang.

Ucapan Tun Dr Mahathir itu telah mendapat reaksi marah kerana Lim Kit SIang terasa hati di sindir dan di perli pedas dan tajam. Lim Kit Siang mencabar agar Tun dr Mahathir bertanding di 

Mengulas mengenai kejadian di Lahad Datu, Tun Daim berkata ianya menjadi satu kelebihan kepada BN walaupun ia tidak di rancang oleh pihak itu.

Tun Daim terkenal dengan ramalan tepat mengenai PRU12 lalu. Tak hairanlah pandangannya mengenai PRU 13 amat ditunggu-tunggu oleh semua pihak. 

Isnin, 3 Disember 2012

PENANGGUHAN PERHIMPUNAN MELAYU ISLAM BERSATU - PEMIMPIN PAS, DAP & PKR TERUS MEROYAN

 
 
Hari Sabtu lepas Perhimpunan Melayu Islam Bersatu ditangguhkanlah sehingga ke tahun hadapan. Hamba berpuashati dengan Semangat Adiwira dan Juang yang ditunjukkan dalam Perhimpunan. Sementelah lagi, Institusi UMNO dilaksanakan. Semoga menjadi wadah dan tempat melahirkan ramai Pemimpin Adiwira untuk Agama, Bangsa dan Negara. Jangan pulak jadi tempat membina Rangkaian Keroni dan Grup. 

Waima sebenarnya Pemimpin Adiwira adalah dilahirkan tapi usaha untuk 'melahirkan' barisan Pemimpin Adiwira perlu ada. Asahlah bakat-bakat semulajadi yang ada dalam diri pemimpin-pemimpin muda dan ahli-ahli muda UMNO. Mana tahu dalam pencarian tersebut anak seorang nelayan ka, pekerja kilang ka atau mat rempit pun sebenarnya ada Bakat Pemimpin Adiwira.

Reaksi para pemimpin Pakatam Ahzab sasaulisma DAP, PKR & PAS sudah dijangkakan. Mereka terus meroyan sasau melihat kebangkitan Melayu Islam Bersatu. Terutama pemimpin DAP rasis yang terus ketakutan berkata 'Melayu takkan hilang kuasa kalau undi pakatam ahzab sasaulisma'. Tapi dalam PRU Pakatam Ahzab tak bertanding pun. Yang bertanding adalah PAS, DAP & PKR di bawah simbol-simbol parti politik mereka sendiri.

Kita semua tahu 'Penyakit' Pakatam Ahzab sasaulisma ini. 'Penyakit' suka berbohong dna menipu benda yang takda dikatakan ada. Bila berjanji Tidak akan ditepati. Menolak semua jenis kebaikan. Menyemai sentimen-sentimen kebencian kaum dan agama. Menghalalkan segala yang diharamkan. Mengutuk dan mencerca pihak lain untuk menonjolkan diri mereka. Membawa Budaya Politik Populis. Tiada halatuju dan sentiasa berada dalam posisi 'Api Dalam Sekam'. Macam 'Bom Jangkamasa', bila-bila masa saja boleh 'Meletop'.

Para pemimpin pakatam ahzab sasaulisma selama ini mengaut kekayaan dan menindas rakyat melalui 'Kultus Persona' dan ' Politik Populis'. Masing-masing mahukan kemewahan dan kekuasaan melalui cara penipuan dan pembohongan.Pakatam Ahzab sasaulisma cuma ada slogan-slogan retorik politik sahaja. Tipu Kiri dan Tipu Kanan. Depa dok sapu di tengah-tengah jalan. Tak pernah kosisten dan menyatakan pendirian sebenar mereka. Malah pakatam ahzab sasaulisma sentiasa bergerak dalam bayang-bayang.

Kesepakatan yang mereka kata ada sebenarnya tidak ada dan tidak wujud samasekali. Hanya ada pada kertas dan pada slogan sahaja. Memang kesepakatam mereka tidak akan menjadi sebuah entiti politik seperti Barisan Nasional. Di bawah bayang-bayang Pakatam Ahzab Sasaulisma , DAP, PKR & PAS bertanding.

Ianya suatu Penipuan yang amat jelas ketara oleh dap, pkr dan pas kepada pengundi Malaysia. Pakatam Ahzab Sasaulisma menawarkan Pakej Penipuan kepada rakyat Malaysia. Bagi mengekalkan kelangsungan Pakej Penipuan itu, mereka akan terus-menerus mengutuk dna mencerca sana sini. Itu sahaja yang mampu menjadikan Pakej Penipuan mereka Relevan. 

Anda bayangkan senario jika hanya PKR atau DAP yang menang dalam PRU 13 nanti. Di mana Kesepakatan Pakatam Ahzab sasaulisma nanti ? Hakiki ini jugalah diperakui oleh Dr Zulkifly dalam suatu kenyataannya.

Bukankah lebih baik dan molek kita mengundi entiti yang sah dan berdaftar seperti Barisan nasional daripada terpedaya dengan Pakej Penipuan Dap PKR dan PAS dengan bayang-bayang kesepakatan yang tak wujud seperti Pakatam Ahzab sasaulisma?

Malah jika didapati mereka berkempen menggunakan bayang-bayang Pakatam Ahzab Sasaulisma, bukankah itu Suatu Kesalahan Pilihanraya?


Jumaat, 30 November 2012

PUAK PAKATAM AHZAB SASAULISMA NGAMOK MASJID DIBAIKI PADA HARI KEEMPAT MELAYU ISLAM BERSATU BERHIMPUN.



JUMAAT, 30/11/2012 bersamaan 16 Muharam 1434 Hijri.

Dah masuk hari keempat umat Melayu Islam Bersatu berkumpul di PWTC. Pengunjung semakin bertambah ramai. Gerai-gerai semakin meriah. Pakatam ahzab sasaulisma semakin sasau dan berjiwa kacau sehinggakan Anwar Berahim menjerit-jerit Daulat Rakyat sambil Bapa 13 Mei Kit Sialan tersenyum puas dendam hampir berbalas. Apapun malam semalam adalah 'Malam Permintaan Kaum Ibu' bagi para ibu yang bukan di bawah kibaran bendera Jepun (sendiri mahu faham).

Semalam, PWTC di gegar oleh suara DS Najib menyampaikan ucapan dasar Presiden. Menyuntik semangat dan memberikan semangat, kus semangat! Di sambut gegak gempita oleh para perwakilan dan calun wannabe. Bersemangat dan terus bersemangat. Moga-moga ianya bukanlah sama seperti 'Semangat Wali Jantan Malam Semahat'.

Lisan adalah Senjata lebih tajam daripada mata pedang dan mata pena. Lebih menghiris pilu dan lebih memilukan. Bak kata pepatah 'Kata Di Kota, Janji DiTepati' dan bukannya 'Manifesto Bukan Janji'.

Solat Hajat selepas solat fardhu Jumaat yang berlangsung sebentar tadi di PWTC menyaksikan bahawa amalan ibadah Islam oleh Melayu Islam Bersatu jauh lebih baik dan beradab sopan berbanding puak pas pakatan ahzab sasaulisma.

Photo: Student UM dan ahli pas berdemo tolak pembaikan masjid arRahman. Mereka ni berjemaah disini setahun 2 atau tiga kali. Yang tanggung masjid reput dan putus letriknya orang Lembah Pantai.Hari ini berlaku satu episod cemas di Lembah Pantai berhadapan dengan Masjid Ar Rahman yang sedang dibaiki. Puak-puak taksob sasaulisma ala Taliban tidak berpuashati masjid tersebut dibaiki. Mereka mahu masjid itu di buka walaupun merbahayakan keselamatan orangramai semasa kerja-kerja baikpulih dijalankan. Bagi mereka biar masjid roboh takpa asalkan mereka tidak 'miss-soru' memperalatkan masjid. Depa jenis manusia yang sukar nak gunakan akal dan otak. Tapi mereka lebih cekap menggunakan lidah dan emosi untuk tujuan kebinasaan sesama sendiri.

Seminggu yang lepas, sebuah binaan altar Hindu dalam kawasan rumah kediaman dirobohkan oleh kerajaan pakatam ahzab sasaulisma di Taman Seroja in Bandar Baru Salak Tinggi . Itu puak Kristian Sasaulisma yang jadi Eks-K.O Dr Xavier Jeyakumar kata pihaknya berkuasa merobohkan sebarang binaan altar keagamaan jika tidak diluluskan. Dulu kemain sebelum menjadi Eks-K.O. malaon itu juga dok hingar dan hasut kaum India memberontak jika mana-mana kuil dirobohkan atas alasan yang sama. Kini bila dah jadi Eks-K.O. Tidur suka-suka hatinya melarang dan menguatkuasakan undang-undang rimba ke atas penganut agama lain. Hipokrit puak pakatam ahzab sasaulisma sebeginilah yang memualkan dan menjemukan rakyat.

Pakatam ahzab sasaulisma memang akan mengamalkan diskriminasi agama. Ini kerana pakatam ahzab sasaulisma membawa Doktrin Kesamarataan agama dan Doktrin Kebebasan Teologi. Kedua doktrin setannirojim laknatullah ini menjadikan Sasaulis Religus seperti Dr Xavier Jeyakumar, Teresa Kok, Guan Eng, Pok Nik, Mat Syabu , Anwar Ibrahim dan Nurul Izzah menjadi sasau dan menyimpang dari semua ajaran-ajaran asal semua agama.

Jadi kita nak maju ke hadapan dan satu-satunya jalan maju ke hadapan ialah menolak sikap dan fahaman serta mentaliti puak-puak pakatam ahzab sasaulisma.

Khamis, 29 November 2012

KERANA PAS MENIPU SELAMA 12 PRU, RAMAI YANG MURTAD KERANA KELIRU.




Oleh kerana pas begitu selesa dengan janji sorga pok nik dan menggangap murtad adalah ISU KECIL, kita dedahkan IMPAK , KESAN & NATIJAH kenyataan-kenyataan dan doa-doa kebinasaan serta TAKFIR (MEMURTADKAN ORANG ISLAM)  yang dilakukan oleh pemimpin PAS. KLIK DI SINI .


HARI KETIGA MELAYU ISLAM BERSATU BERHIMPUN, PEMIMPIN PAS HILANG TEOR DENGAN KARPAL SINGH.

RAJA GOBLOK PAS

Betul lah apa TPM TS Mahyuddin Yassin Timbalan Presiden UMNO kata dalam ucapan perasmian persidangan perwakilan Wanita, Pemuda & Puteri UMNO. Sisi dan wajah huduh perjuangan PAS menipu orang Melayu Islam selama 12 PRU terbukti jelas. PAS ini cakap je berdegar-degar cam langit nak runtuh tapi satu jasa pun takdak kepada kemajuan ikhtisas Islam di Malaysia. Selama 12 PRU PAS cuma menipu dan menipu dan terus menipu dan tak nampak nak berhenti dari menipu.

HAKIKAT SEBENAR PENIPUAN POLITIK PAS SELAMA 12 PRU 
Selepas PRU12, PAS nampak gah dan eksyen disebabkan oleh hayunan undi protes kesan dari kelemahan pentadbiran Pak Lah sejak 2004. Hari ini KPUM hanya mampu balun Pakatam Ahzab Sasaulisma dalam ucapan saja. Dari segi tindakan, KPUM masih fobia dan belum begitu bersedia menghantar bala tentera Pemuda gagah berani untuk berhadapan dengan kekuatan jentera PAS waima seluruh akar umbi PEMUDA UMNO sudah siap siaga dan bersedia bertempur. KPUM masih berkira-kira dan bercongak samada ianya memberikan laba politik kepada kerjaya politiknya yang sudah hambar dan tawar atau mampu melonjakkannya kembali ke persada kuasa seperti sebelumnya. Bak kata Tun Dr Mahathir lah beliau tak nampak KPUM adalah agresif dan sentiasa duduk dalam Zon Selamat. 

Pada hari pertama Melayu Islam Bersatu Bersidang, puak Budu cap R bikin kacau dan heboh.
Pada hari kedua Melayu Islam Bersatu bersidang, Pok Nik masuk sepital wad ICU kerana strok dan timbul kisah mengenai Arahan MPKB ke atas seorang pengusaha dandanan rambut. Beketurunan Cina. Akhirnya terpaksa memindahkan premis perniagaannya ke Johor. 
SETELAH DI DESAK DAN TERDESAK KERANA DI HENTAM OLEH DHPP & DAP, PEMIMPIN PAS YANG MELACURAN SEMUANYA SANGGUP JILAT KAHAK MEREKA SENDIRI DALAM ISU INI.
Sepanjang tempoh selepas PRU 12, PEMIMPIN PAS PUSAT terlalu banyak sangat BERKORBAN. Bukan berkorban untuk pertahankan AKIDAH & ISLAM tapi BERKORBAN prinsip menggadaikan MARUAH AGAMA ISLAM kerana menunjukkan kasih sayang yang tak berbalas kepada kafir Harbi DAP dan PKR Sasaulisma.

Selama inilah juga puak pas menimbulkan banyak keraguan dan syak wasangka di kalangan uamt Melayu Islam sehingga kefahaman ISLAM menjadi celaru dan keliru akibat gara-gara pas berpolitik dan mempersendakan ISLAM dalam ceramah-ceramah politik mereka.

Kepada puak-puak pas , cukup-cukuplah menipu dan berbohong mengenai dasar perjuangan politik kamu tu. Semakin lama semakin menyemakkan dan mengelirukan kefahaman umum mengenai AGAMA ISLAM.

TAHNIAH KPUM , BERI IKAN LEBIH BAIK DARI MEMANCING

 

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memang sebuah pertubuhan yang amat bertuah kerana mempunyai seorang Ketua yang mempunyai Tuah Badan. Dek kerana itu lah di atas keprihatinannya, beliau memikirkan sudah tibalah masanya menumpahkan dan mencalitkan Tuah Badan nya kepada pemilik-pemilik motorsikal yang belum mempunyai Lesen Memandu atas sebab kesempitan hidup kerana kurangnya Tuah Badan.

Idea-idea kebajikan KPUM (Ketua Pemuda UMNO Malaysia) adalah idea-idea yang amat bernas dan mempunyai impak yang cukup kuat seperti komet jatuh ke bumi. Mampu melonjakkan kehidupan orang muda menjadi lebih baik dan terbaik bila mampu memliki lesen motorsikal dan membeli motorsikal pada harga diskaun. Selepas ini pekerja-pekerja kilang boleh berterimakasih kepada KPUM di atas idea bernasnya. 

Kita semua amat yakin dan begitu konfiden dengan perlaksanaan dan kebernasan idea KPUM tersebut. Kita akan melihat kemajuan ekonomi, politik, sosial dan pendidikan yang drastik melonjak naik bilamana anak-anak muda berjaya di bantu memiliki lesen dan membeli motorsikal pada harga diskaun melalui usul BL1M (Bantuan Lesen 1 Malaysia).

BL1M akan membantu pengedar dan agen motorsikal pelbagai jenama di Malaysia menambahkan jualan mereka. Manakala JPJ mampu membuat kutipan pembayaran lesen tertinggi serta Sekolah Memandu pula mampu meningkatkan bilangan pelajar. Pengendali-pengendali setesen minyak turut mendapat labanya nanti bila bilangan motorsikal makin bertanbah di jalanraya. Turut merasa labanya nanti adalah kedai-kedai aksesori dan 'repair' motorsikal. Kedai alat ganti motorsikal turut merasai BL1M. Kedai menjual tayar dan tiub juga turut mendapat laba. Pembekal kepada JPJ pun turut mendapat laba. Malah syarikat pemegang AES pun turut mendapat laba nya nanti.

Tak terkecuali pihak mahkamah majistret dan Jabatan Trafik PDRM serta pihak hospital turut merasai laba BL1M. Sudah tentulah dengan memudahkan lagi cara mendapat lesen motorsikal maka jam latihan akan dikurangkan. Tapi tak mengapa , yang penting ialah memastikan anak-anak muda terutamanya Melayu mampu memiliki lesen dan sebuah motorsikal. Lupakan mengenai pemilikan kereta sekecil Kancil atau MYVI.

Hebat memang Hebat gagasan KPUM untuk anak-anak muda di antara DUA MASA DEPAN !


Rabu, 28 November 2012

HARI KEDUA MELAYU ISLAM BERSATU BERHIMPUN, POK NIK MASUK SEPITAL.

SIDANG AKHBAR OLEH TIGA ORANG NAIB PRESIDEN UMNO MENGULAS UCAPAN TPM TS MAHYUDDIN YASSIN

Mengikut tradisi, Perhimpunan Wanita UMNO, Pemuda UMNO dan Puteri UMNO dimulai dahulu. Semalam, TPM Mahyuddin Yassin merasmikan ketiga-tiga perhimpunan tersebut. Ucapan TPM TS Mahyuddin Yassin menjadi topik perbahasan dan perbincangan di mana menyentuh mengenai tiga isu pokok. Pertama mengenai ketidakmampuan pakatam ahzab sasaulis mentadbir dan memerintah negara dan isu doa kebinasaan pas.

Pucuk pimpinan UMNO membuat keputusan tidak akan membalas doa pas atas dasar sesama Islam. Namun semalam TS Mahyuddin di dalam ucapan perasmian perhimpunan serentak Wanita, Pemuda & Puteri UMNO berdoa seperti berikut , doa yang Hamba amat sukai:-

"Maralah ke medan perang. InsyaAllah, berkat kesungguhan kita berjuang, berkat kebijaksanaan rakyat membuat pilihan, UMNO dan Barisan Nasional akan melakar kemenangan! Marilah kita sama-sama menadah tangan merafakkan doa:

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah!

Jadikanlah perhimpunan ini perhimpunan yang dirahmati
Janganlah engkau leraikan hati kami dari mentaatiMu
Satukanlah hati-hati kami di jalanMu

Ya Allah Ya Tuhan Kami!

Terimalah doa kesejahteraan buat sekalian kami
Jauhkanlah hati kami daripada menjahanamkan sesama sendiri
Kembalikanlah mereka yang tersasar ke jalanMu yang diredhai

Ya Allah

Bimbinglah kami di jalan yang lurus
Redhakanlah jalan perjuangan kami
Tetapkanlah kami di jalanMu Ya Allah

Ya Allah

Engkaulah Tuhan Rabbul Jalil
Engkau kurniakanlah ketabahan di setiap hati kami
Engkau kurniakanlah kekuatan di jiwa kami
Engkau perteguhkanlah daya juang kami

Dengan rahmatmu Ya Allah
Engkau kurniakanlah kemenangan buat kami

fai’za ‘azamta fatawakkal ‘alallah

Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd."

AMIIN !!!!

Semalam juga puak Budu cap 'R' turut melakukan onar bagi pihak pas. Punyalah biadap dan kurang ajor pepuak pas nie. Tak pernah nak menghormati Majlis pihak lain. Sentiasa mahu melakukan onar dan menunjukkan keras kepala gedebe mereka. 

Budaya Gedebe pas kelantan tak kan mampu selama-lamanya memertabatkan Islam dan mempertahankan Tauhid. Pemimpin UMNO Kelantan perlulah 'Slow-Talk' atau  'Budu-Talk' dengan puok pas deme. Sebabnya pepuak Budu ni hanya nak dengar cakap puak deme je. Cakap orang lain deme tak pakai.Tapi itu dah budaya mereka. Hanya mereka sendiri sahaja yang mampu mengubah sikap assobiyah terlampau mereka sendiri. 

Berdasarkan kepada maklumat sensasi terkini profil Tok Sidang Jendela Semasa Pok Nik dimasukkan ke wad hospital pakar HOSPITAL PAKAR PERDANA KOTA BHARU pada jam 6.30 pagi tadi kerana SAKIT JANTUNG (STROK):-

MB KELANTAN NIK AZIZ DI SERANG SAKIT JANTUNG JAM 6.30 MINIT PAGI,KINI BERADA DI HOSPITAL PAKAR PERDANA KOTA BAHARU KELANTAN.
Kita tunggu sajalah perkembangan seterusnya.

Satu perkara yang perlu diingati setiap penyakit itu adalah Kafarah Dosa dan ALLAH TA'ALA MAHA ADIL.


Selasa, 27 November 2012

PUAK SASAULISMA 'R' TUMPANG GLAMER DI PERHIMPUNAN TERBESAR MELAYU ISLAM BERSATU SEBENTAR TADI..

Photo: MUKA MANGKUK PAKATAN YANG BUAT PROVOKASI BODOH DI KUBU UMNO !!! FREE JE KENA HALAU !!! POK NIK AJAR BERADAP KA biaDAP ??? BODOH !!!

TERKINI:- Puak Sasaulisma 'R' nak tumpang glamer di Perhimpunan Terbesar Melayu Islam Bersatu. Sungguh biadap dan kurang sopan mereka ini. Majlis orang pun tak dihormati. Tak di undang datang tapi nyibuk buat rapat umum tunjuk bangang dan sasau mereka. Mujurlah segera ditangani oleh pihak keselamatan PWTC. Selepas ini agaknya apalagi cubaan sasau oleh puak pakatam ahzab bagi menggangu kelancaran perhimpunan terbesar Melayu Islam Bersatu? Sekarang ini anda faham kenapa anda perlu menolak pakatam ahzab sasaulisma? 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...