Isnin, 12 November 2012

BILA CUKAI PINTU DIBAZIRKAN PAKATAM AHZAB SELANGOR UNTUK KEMPEN "ZON BERSIH' & "ZON HIJAU' YANG KARUT.

SALAH SATU CONTOH DI MANA AHLI POLITIK MENJADI TERLALU BODOH DAN EGOIS UNTUK MENGAKUI KEBODOHAN MEREKA SENDIRI DALAM BERPOLITIK.


Malaysia memang menghadapi masalah mempunyai terlalu ramai ahli-ahli politik yang dungu, bodoh dan egois dalam berpolitik. Terlalu sedikit di antara mereka yang mempunyai kecerdasan minda dan jauh sekali mempunyai impak positif kepada rakyat. Kebanyakannya adalah pemusnah dan bukan pembina. 

Ahli politik sepatutnya berkhidmat kepada rakyat dan sentiasa bermanis mulut dan berhati baik waima berlakun sekalipun. 


Mesti pandai berlakon dalam serba serbi. Sebab itulah di pertengahan kerjaya mereka, mereka menghidap pelbagai jenis penyakit pelupa dan mudah nyanyuk serta cepat melatah.

Di penghujung pula mereka selalunya meninggal kerana penyakit-penyakit kronik. Akhirnya mereka hanya di kenang di atas kejahatan yang mereka lakukan. 

Begitulah yang bakal menimpa pemimpin pakatam ahzab. 

Ehh kepada pemimpin UMNO /BN pula? Mereka bukan ahli politik tapi mereka adalah pentadbir-pentadbir yang kadangkala nampak bijak dan selalunya kurang bijak. Tapi dalam situasi di mana kita alami kekurangan akut dalam kepimpinan bijaksana, maka pentadbir-pentadbir yang ada dalam BN adalah pilihan yang terbaik. Sebab kita tak mempunyai pilihan lain. 

Sejak pakatam ahzab tergugat dengan kempen 1 Malaysia yang dilancarkan beberapa tahun lalu, pakatam ahzab turut mengambil pendekatan yang sama melalui kempen ZON HIJAU dan ZON BERSIH. Papaniklan yang membawa mesej-mesej di bawah sedar kepada rakyat. Tapi setakat itulah sahaja kepandaian yang ada pada pakatam ahzab yakni bermain dengan perkataan-perkataan sahaja dan idea-idea yang bertaraf cerita dongeng sang pari-pari.

Bagi pakatam ahzab tindakan mereka adalah betul kerana pentadbir-pentadbir BN melakukan perkara yang sama dalam kempen 1 Malaysia. Di dalam perlumbaan kempen-kempen bersifat bodoh dan bangang ke tahap membingungkan akhirnya Dana Awam menjadi mangsa.

Papan iklan yang dinaikkan oleh Pakatam Ahzab di bawah ini sudah tentulah di bawah kelolaan dan kendalian PBT yang ada. Pada logika akal kita dapat membayangkan perbelanjaan dan kos papan iklan ini di ambil dari kantung perbendaharaan PBT-PBT yang ada. Salah satu sumber utama PBT ialah kutipan Cukai Pintu. 
PEMBAZIRAN NYATA YANG DILAKUKAN PAKATAM AHZAB DI SELANGOR KE ATAS CUKAI-CUKAI PINTU.
Tujuan Cukai Pintu di kutip adalah untuk membiayai segala kos dan perbelanjaan penyelenggaraan harta awam dan perkhidmatan bermutu tinggi kepada rakyat. Malangnya kini Cukai Pintu di anggap wang mak bapak Pakatam Ahzab yang boleh dibelanjakan mengikut sesuka hati mereka.

Apa manafaatnya papan iklan tersebut kepada rakyat? Rakyat tak buta huruf dan rakyat tak boleh manafaatkan papan iklan itu untuk kerja-kerja membersih longkang-longkang dan pengutipan sampah sarap. Pembaziran yang berlaku pula tidak boleh di jana kembali pula. Apa yang boleh dijanakan melalui papan-papan iklan yang tolol seperti itu?

ZON HIJAU - kempen Himpunan Hijau ke Putrajaya.

ZON BERSIH - Kempen lapan tuntutan BERSIH. 

Belum lagi termasuk pelbagai kos dan perbelanjaan yang dibelanjakan oleh Pakatam Ahzab bagi memacakkan bendera-bendera bangang mereka di merata tempat. 

Perlumbaan-perlumbaan seperti inilah yang banyak merugikan rakyat jelata dan membazirkan Dana Awam.

Perkhidmatan yang sepatutnya dinaik taraf dan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik akhirya dibazirkan kepada kempen-kempen tolol kerana ketololan dan keegoan ahli politik sendiri. 

Selagi kita memberikan ruang, peluang dan kuasa kepada kelompok ahli politik tolol dan egois ini selagi itulah kita takkan mampu maju ke hadapan. 

Perlukah anda menaruh harapan kepada mereka yang tolol dan egois seperti kelompok Pakatam Ahzab ?




DEWAN ULAMA PAS TERPAKSA BERKECUALI KERANA TAKUTKAN DAP.

AKU NI KETUA DEWA ULAM PAS ......

Dewan Ulama PAS kin boleh di gelar Dewan Ular Dalam Semak PAS. Tidak layak lagi ahli-ahli dalam Dewan Ulama PAS bergelar ulama kerana mereka tidak berani mempertahankan akidah sebanyak dua kali. Bila Ketua Dewa Ulam PAS menyerahkan penafsiran kenyataan kebebasan beragama oleh Nurul Izzah kepada orangramai pada kali ini, itulah petanda kesemua fitnah mehnah mereka berbalik semula kepada mereka.Ini kali kedua Dewa Ulam PAS gagal mempertahankan akidah Islam kerana takutkan DAP dan PKR. 
Pas serah kepada orang ramai
Oleh RADHUAN HUSSAIN
pengarang@utusan.com.my
KUALA TERENGGANU 11 Nov. - Dewan Ulama Pas hari ini menyerahkan kepada orang ramai untuk menilai kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berhubung orang Melayu perlu diberi  kebebasan memilih agama.
Ketuanya, Datuk Harun Taib percaya rakyat sudah tahu menilai kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
Selain itu, beliau berkata, terserah kepada pertimbangan Nurul Izzah sama ada perlu menarik balik kenyataannya yang penuh kontroversi itu atau tidak.
Tegasnya, hanya Nurul Izzah sendiri yang tahu menilai keperluan untuk menarik balik kenyataan itu atau pun sebaliknya memandangkan anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu lebih mengetahui ketepatan sebenar fakta yang diluahkannya.
Jelas Harun, sekiranya Nurul Izzah rasa bersalah atas kesilapan kenyataan yang dinyatakannya tempoh hari, Naib Presiden PKR itu sewajarnya menarik balik kenyataan tersebut bagi mengelak timbul kekeliruan dalam kalangan umat Islam.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121112/dn_03/Pas-serah-kepada-orang-ramai#ixzz2Byxw92DK 
Makin teruk lah pakatam ahzb berpolitik. Berpolitik menuju ke alam barzakh saja.

PAS semakin tak berani nak menengur sekutu mereka samada DAP atau PKR. Budaya seperti ini tidak membantu keseimbangan kuasa politik. Peranan PAS cuma jadi pak angguk sahaja. Tapi kita hendak persalahkan siapa?

Pada 2008 sebahagian besar daripada kita sendiri yang memilih Pakatam Ahzab.

Kerajaan BN yang ada sekarang ini pun terlalu lemah semangat nak ambil sebarang tindakan tegas terhadap perlanggaran perundangan. Kalau ada pun tindakan di ambil ianya dilakukan dengan terlalu berhati-hati. Mereka mejadi terlalu konfiden dalam serba serbi. Dan ini amat merbahayakan kedudukan dan peluang BN untuk menang besar pada PRU 13.

Sebenarnya pada masakini rakyat tidak lagi mampu nak berharap kepada mana-mana parti politik yang sedang menggila mencari pengaruh undi sahaja. 

Kita cuma boleh berharap agar ahli politik cepat sedar dan insaf. 


Ahad, 11 November 2012

MENGEJUTKAN! SETIAP 3 ORANG RAKYAT MALAYSIA SEORANG ADALAH PENGGUNA FESBUK@NajibRazak


Ada beberapa perkara yang anda sebagai pengguna fesbuk perlu tahu dan ambil tahu. Hamba menemui  dengan beberapa malumat yang amat mengejutkan. Pengguna fesbuk di Malaysia adalah yang tertinggi sekali di dunia. Seorang rakyat Malaysia menggunakan fesbuk selama 9 jam sehari! Dan seorang pengguna Malaysia purata mempunyai seramai 233 orang kawan. Seramai 10 juta rakyat Malaysia adalah pengguna fesbuk menjadikan Malaysia di antara 20 buah negara yang paling ramai pengguna fesbuk.Bermakna setiap seorang dari tiga orang rakyat Malaysia adalah pengguna fesbuk! Sesuatu yang amat menakjubkan! Kepada ahli politik yang masih skeptikal mengenai keberkesanan media sosial seperti fesbuk fakta-fakta ini mampu membuka seluas-luasnya minda dan kepala hotak bebal mereka. 

Seperti yang kita ketahui, fesbuk telah membuka dua pejabat urusannya di Asia. Satu di jepun dan satu lagi? Di Malaysia! Di mana? Pejabat fesbuk terletak di Neo Damansara . Pejabat PKR juga bertempat di Damasara tidak jauh dari Neo Damansara.

The Curve Damansara sudah tentu menjadi tempat mereka lepak pada setiap hujung minggu.

Jadi tidak hairanlah kenapa ramai sahabat maya pro BN/UMNO sentiasa menghadapi kebocoran maklumat peribadi kerana kemungkinan besar ada di antara sahabat maya Pakatam Ahzab turut bekerja di situ atau mempunyai rakan taulan yang bekerja di situ. Kita sendiri tidak tahu bagaimana pemantauan oleh SKMM dan SSM ke atas syarikat-syarikat berkenaan. 



Pada 19hb Febuari 2010, fesbuk telah membeli keseluruhan ekuiti sebuah syarikat tempatan OCTAZEN SOLUTIONS. Kenapa? Menurut sumber maklumat TechCrunch (blog) OCTAZEN SOLUTIONS ialah sebuah syarikat tempatan yang begiat cergas dalam kejuruteraan pengumpulan data-data maklumat peribadi melalui media sosial dan emel. Kepakaran mereka mengumpul dan menskrap maklumat2 peribadi pengguna media sosial dari emel serta menerobos masuk ke dalam akaun-akaun pengguna di media sosial tanpa disedari oleh pemilik laman media sosial sudah amat terkenal. Kegiatan ini dikenali sebagai 'Informations and data scrappers". 
“Facebook just bought the web’s most talented and creative scrapers that have gotten around everyones rate limits and detection systems.” Said another person we spoke with this evening who is knowledgeable of Octazen’s product, 
“Facebook is so sanctimonious about protecting their own user data through Facebook Connect, but Octazen has been scraping user data for years off terms of service and then reselling it.”
One example – Octazen will sometimes collect and store user credentials directly, and sign into large social networks and other sites as if they were the user, say multiple sources. Then they’ll download the address book and social graph. A percentage of your friends on that service might be users of the service (now Facebook) paying Octazen, and you’ll be asked to friend them. But there’s a big question about what happens to the rest of the data as well, and if Octazen is storing a shadow social network in violation of terms of service to recommend user connections down the road. And they may look deeper at data than they should – at email header information, for example, to get a better understanding of who you communicate with the most.
But the most unnerving part of Octazen, say our sources, is the fact that they are very, very good at scraping data at scale without being detected. They may hit a service using lots of different IP addresses, for example, and remain undetected. Octazen could, they say, scrape very public sites like Twitter, where the social graph is on each profile, in a way that Twitter wouldn’t know it’s happening.
In 2007, for example, People were buying and running Octazen scripts to scrape contacts in a very sketchy way: So we use this toolkit from Octazen to scrape contact lists off of various sites. Our ever eager users (ab)used this feature so much that hotmail blocked us.” The poster found a way to access Hotmail’s API instead of just scraping to get the data, and Octazen responded, saying “Very nice indeed”
Produk OCTAZEN SOLUTIONS ialah seperti yang dinyatakan oleh da sumber di atas yakni melakukan kerja-kerja mengaut data-data pengguna tanpa fesbuk sedari. OCTAZEN SOLUTIONS juga menjual produk tersebut yakni Skrip Octazen

Jika diperhatikan maklumat di atas jelas lah kenapa BN boleh kalah teruk pada 2008! Kerana kesemua data pengguna internet di Malaysia sudah di korek dan di skrap mengguna Skrip Octazen. Termasuklah segala kandungan emel-emel kepada jentera-jentera pilihanraya.


Juga tidak hairanlah data-data maklumat pengguna-pengguna fesbuk yang pro UMNO/BN sentiasa bocor kerana pihak Pakatam Ahzab lebih 'advanced' dan maju dari mana-mana grup sahabat maya pro UMNO/BN dalam bab membeli toolkit dan sebagainya bagi mengorek data-data peribadi dan maklumat peribadi.

Kita juga ingin tahulah apa pegawai-pegawai SKMM dan SSM akan lakukan tindakan selepas ini? 

Mengambil dan mengskrap data-data maklumat peribadi adalah satu kesalahan jenayah siber dan tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas mereka yang melakukannya. Ini adalah peluang terbaik bagi SKMM dan SSM mengambil tindakan ke atas penyangak-penyangak siber yang selama ini bekerja bagi pihak Pakatam Ahzab. Perlu dilakukan segera agar dapat memastikan kemenangan BN pada PRU 13 nanti!


SIAPA SEBENARNYA SITI MAEMANAH KASMAN?@NajibRazak

SITI MAEMANAH KASMAN PEMBANTU RUMAH (?) 25 TAHUN MEMBUAT DAKWAAN YANG HAMPIR SAMA SEPERTI ISU WANITA CINA BOGEL TERESA KOK DULU. KENAPA KALI INI MELIBATKAN SEORANG WARGA INDONESIA ?
SIAPA SEBENAR SITI MAEMANAH KASMAN INI?
DI MANA KAH LAPURAN PERUBATAN BELIAU?
BELIAU TAK NAMPAK PUN SEPERTI MANGSA TRAUMA PEMERKOSAAN PUN ..SELAMBA DERK JE WAJAHNYA MALAH MACAM BERBANGGA PULA BERGAMBAR.
Intergriti PDRM sekali lagi di ulah kan oleh satu gerak kerja tersusun daripada pakatam ahzab. Utusan Malaysia melapurkan:-
BUKIT MERTAJAM 10 Nov. - Seorang pembantu restoran warga Indonesia membuat laporan polis kerana mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks ketika ditahan di sebuah balai polis di sini semalam.
Mangsa, Siti Maemanah Kasman, 25, mendakwa dalam kejadian itu, dia ditahan oleh tiga anggota polis berusia lingkungan 20 hingga 30-an berdekatan sebuah pusat beli-belah di Perai semasa berada di dalam sebuah teksi, pada pukul 6.20 pagi.
Katanya, anggota tersebut yang memakai uniform lengkap memintanya menunjukkan pasport.
"Ketika itu saya hanya membawa salinan pasport sahaja dan salah seorang anggota polis tersebut memberitahu ia sudah tamat tempoh dan tidak sah.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121111/je_03/Wanita-dakwa-dipaksa-lakukan--seks-di-balai-polis#ixzz2BsgqwMH4 
Hamba malas nak ulas  panjang-panjang benda ni sebab dari penceritaan pengadu pun hamba dah boleh agak ianya suatu cerita rekaan semata-mata.Banyak perkara yang mengundang pelbagai persoalan kepada kebolehpercayaan pengadu.

Pertama, kenapa beliau boleh berada di dalam teksi di sebuah pasaraya ?
Seolah-olah beliau sengaja menunggu untuk di tangkap dan hanya membawa salinan fotostat pengenalan diri sahaja.

Kedua, kenapa beliau tak menghubungi majikan beliau serta-merta semasa beliau di tahan?

Ketiga, kenapa beliau tidak pergi ke hospital untuk pemeriksaan doktor?

Keempat, sebagai seorang yang mendakwa menjadi mangsa rogol, beliau tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda trauma pasca rogol yang sudah diterima umum dalam dunia perubatan. Malah beliau menunjukkan inisiatif yang sungguh luarbiasa bagi seorang mangsa rogol. Seolah-olah terlatih dan bertindak mengikut suatu susunan lengkap.
Kelima, di mana bukti video dan bukti-bukti sokongan lain?

Insiden ini berlaku di Pulau Pinang. Sebuah negeri di bawah tadbiran regim DAP laknatullah. Sebelum ini. Kalipiah Guan Neneng ada membuat tuntutan agar dibenarkan mempunyai pasukan Polis Negeri sendiri. 

Kita juga tahu pkr mempunyai pusat latihan di Utan Kayu Jakarta Timur Indonesia. Kita juga tahu mengenai ledakan isu berkaitan warga mah-amah Indonesia yang bekerja di Malaysia. kita juga tahu sentimen pro pkr di Indonesia yang sebelum ini pernah membakar bendera Malaysia dan melemparkan tahi manusia ke kedutaan Malaysia. Malah pegawai-pegawai kedutaan Republik Singapura pun turut terlibat dalam BERSIH.

Kita juga tahu pakatam ahzab berada dalam keadaan defensif apabila timbul isu berkenaan kenyataan kebebasan beragama oleh Nurul Izzah dan isu penjualan aset dua kali oleh regim Guan Neneng.

Kita juga tahu Irene Fernandez mahu mengadakan demo 'Keganasan Polis' tidak lama lagi. 

Kita juga tahu Pakatam Ahzab sedang berkira-kira hendak mengadakan demo di JPN atas isu 'Taraf kerakyatan Penduduk Tetap etnik India tak lama lagi. 

Kesemuanya ini bila kita cantum satu persatu kita mendapat satu gambaran konspirasi terancang oleh pakatam ahzab pada skala besar.

Selepas ini pakatam ahzab akan memalu genderang pancaragam band mereka dalam kesemua isu-isu yang disatukan bagi menggugah ketenteraman awam dan negara. 

Adakah anda mahu terpedaya lagi atau pada kali ini bangkit dan memberikan amaran kepada Pakatam ahzab?


Sabtu, 10 November 2012

BERITA GEMPAR! CABANG PKR KUALA KRAU PAHANG DI TUTUP!

SUMBER BERITA ASAL DI AMBIL DARIPADA BLOG WZWH.

Pada 6hb November 2012 lalu di blog milikmya http://lubokkawah.blogspot.com/2012/11/terbukti-pak-long-adalah-seorang.html Hj Suhaimi Said Ketua Cabang PKR Kuala Krau Pahang telah mengeposkan
entri berkenaan hasratnya untuk meletak semua jawatan dalam PKR seperti berikut :-
Dengan sikap buruk Pak Long itu tidak memungkinkan saya dapat memberikan sebarang kerjasama lagi kepada Sekretariat PKR Pahang, dan saya teruslah meminta Setiausaha PKR Cabang Kuala Krau memanggilkan satu Mesyuarat Jawatankuasa Cabang untuk saya meletakkan jawatan 
Anita Karim selaku Setiausaha PKR Cabang Kuala Krau telah pun menghantar Notis Mesyuarat JK untuk 18.11.12 itu, tetapi pada petang ini beliau memanggil beberapa Orang Jawatankuasa yang penting seperti Timbalan Ketua, Naib Ketua dan sebagainya untuk perbincangan terlebih awal.
Azmi Zainon pula menalipon saya mengatakan bahawa jika saya letak jawatan, semua AJK PKR Kuala Krau akan turut sama meletakkan jawatan pada 18.11.12 itu.
Memandangkan keadaan-keadaan ini, saya merasakan saya sudah menjadi orang yang sudah tidak bertempat di PKR pahang.  Oleh itu saya membuat keputusan untuk meninggalkan semua jawatan saya didalam parti diantaranya Ketua PKR Cabang Kuala Krau, Naib Pengerusi 1 PKR negeri Pahang, Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat dan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat.
Hj Suhaimi Said merupakan salah seorang pemimpin PKR Pahang yang amat cergas dan aktif menggerakkan dan memperluaskan pengaruh PKR di kawasan-kawasan FELDA di Pahang dan penempatan orang asli di Pahang.

Pengalaman politiknya adalah luas. Beliau pernah menyertai UMNO. Ketegasan pendirian beliau amat terkenal dan amat jarang beliau menarik balik sebarang niat beliau untuk melakukan sesuatu tindakan jika telah berkecil hati. 

Jadi kita nantikan sahaja pengumuman daripada Hj Suhaimi Said pada 18.11.2012 ni. Kita maklum PKR sememangnya mempunyai banyak masalah dalaman yang begitu kronik dan tak mampu lagi diberikan ubat penawar hatta dengan wang berjuta ringgit sekalipun. 

Puak PKR ini memang terkenal dengan sifat tamak dan tikam belakang sesama sendiri. Lebih-lebih lagi bila dekat PRU 13 semuanya bercita-cita hendak menjadi calun waima tak layak pun. Tapi dalam PKR beruk pun mampu dicalunkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...