Isnin, 12 November 2012

DEWAN ULAMA PAS TERPAKSA BERKECUALI KERANA TAKUTKAN DAP.

AKU NI KETUA DEWA ULAM PAS ......

Dewan Ulama PAS kin boleh di gelar Dewan Ular Dalam Semak PAS. Tidak layak lagi ahli-ahli dalam Dewan Ulama PAS bergelar ulama kerana mereka tidak berani mempertahankan akidah sebanyak dua kali. Bila Ketua Dewa Ulam PAS menyerahkan penafsiran kenyataan kebebasan beragama oleh Nurul Izzah kepada orangramai pada kali ini, itulah petanda kesemua fitnah mehnah mereka berbalik semula kepada mereka.Ini kali kedua Dewa Ulam PAS gagal mempertahankan akidah Islam kerana takutkan DAP dan PKR. 
Pas serah kepada orang ramai
Oleh RADHUAN HUSSAIN
pengarang@utusan.com.my
KUALA TERENGGANU 11 Nov. - Dewan Ulama Pas hari ini menyerahkan kepada orang ramai untuk menilai kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berhubung orang Melayu perlu diberi  kebebasan memilih agama.
Ketuanya, Datuk Harun Taib percaya rakyat sudah tahu menilai kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
Selain itu, beliau berkata, terserah kepada pertimbangan Nurul Izzah sama ada perlu menarik balik kenyataannya yang penuh kontroversi itu atau tidak.
Tegasnya, hanya Nurul Izzah sendiri yang tahu menilai keperluan untuk menarik balik kenyataan itu atau pun sebaliknya memandangkan anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu lebih mengetahui ketepatan sebenar fakta yang diluahkannya.
Jelas Harun, sekiranya Nurul Izzah rasa bersalah atas kesilapan kenyataan yang dinyatakannya tempoh hari, Naib Presiden PKR itu sewajarnya menarik balik kenyataan tersebut bagi mengelak timbul kekeliruan dalam kalangan umat Islam.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121112/dn_03/Pas-serah-kepada-orang-ramai#ixzz2Byxw92DK 
Makin teruk lah pakatam ahzb berpolitik. Berpolitik menuju ke alam barzakh saja.

PAS semakin tak berani nak menengur sekutu mereka samada DAP atau PKR. Budaya seperti ini tidak membantu keseimbangan kuasa politik. Peranan PAS cuma jadi pak angguk sahaja. Tapi kita hendak persalahkan siapa?

Pada 2008 sebahagian besar daripada kita sendiri yang memilih Pakatam Ahzab.

Kerajaan BN yang ada sekarang ini pun terlalu lemah semangat nak ambil sebarang tindakan tegas terhadap perlanggaran perundangan. Kalau ada pun tindakan di ambil ianya dilakukan dengan terlalu berhati-hati. Mereka mejadi terlalu konfiden dalam serba serbi. Dan ini amat merbahayakan kedudukan dan peluang BN untuk menang besar pada PRU 13.

Sebenarnya pada masakini rakyat tidak lagi mampu nak berharap kepada mana-mana parti politik yang sedang menggila mencari pengaruh undi sahaja. 

Kita cuma boleh berharap agar ahli politik cepat sedar dan insaf. 


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...