Isnin, 21 Mei 2012

GARA-GARA ANUAR REFORMIS , KJ DIMALUKAN- PUTRAJAYA DIKAITKAN DENGAN HUB PORNO.

KJ : "Terdapat perbezaan di antara lidah rasmi parti dan penyokong parti. Lidah rasmi Pemuda Umno adalah Unit Media Baru Umno (UMB), "kata Khairy Jamaluddin. - Sinar Harian, 14 Februari 2012. Sebelah kanan adalah gambar yang diterbitkan di sebuah laman portal kendalian grup Lingkaran Spesisifk Api Dalam Sekam (Bloger Drypers di bawah asuhan Anuar Reformis)- yang turut memalitkan arang kepada namabaik UMB.

MENGEJUTKAN DAN SUNGGUH MENGAIBKAN KJ SELAKU KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA.  GARA-GARA SILAP PERHITUNGAN SALAH SEORANG EXCONYA YANG MENGEPALAI UMB, YANG MENJADIKAN ANUAR REFORMIS SEBAGAI PENASIHAT STRATEGIK UMB, KINI NAMA PUTRAJAYA DIKAITKAN DENGAN HUB PORNO.

Hamba tidak mahu KJ selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia diaibkan dan dimalukan sebegini gara-gara segelintir pepuak Lingkaran Spesifik APi Dalam Sekam, bloger Drypers dan pengasuh mereka Anuar Reformis. Tidak moleklah grup Lingkaran Spesifik Api Dalam Sekam mengaibkan dan memalukan ketua mereka dengan cara sebegini. Berikut di ambil dari blog Papa Gomo dan GWM , anda lihat sendiri bagaimana unsur-unsur seks dan kelucahan melampau ditonjolkan oleh grup Lingakaran Spesifik Api Dalam Sekam, ianya amat memalukan dan mengaibkan KJ dan Pemuda UMNO serta UMNO sendiri!











Artikel-artikel berunsur porno dan lucah menjadi artikel ngetops.. Apa sudah jadi ????

Perkara ini diketengahkan oleh seorang pelajar dari Australia yang telah mengirim emel kepada Papa Gomo. Ternyata apabila kami pihak pemerhati luar melakukan siasatan dakwaan pelajar tersebut adalah benar. 

Selaku rakan seperjuangan di dalam UMNO dan di alam siber, kami amat kesal dengan tindakan bloger Drypers dari grup Lingkaran Spesifik Api Dalam Sekam yang di asuh oleh Anuar Reformis. Nama Putrajaya secara tidak langsung dikaitkan dengan unsur lucah dan seks melampau dek karenah nakal mereka. Ini amat mengaibkan dan memalukan KJ, Pemuda UMNO dan UMNO sendiri. Anda lihat sendiri bagaimana banner HBN 2012 turut terpalit dalam keaiban yang sungguh memalukan ini.


Seharusnya Anuar Reformis dan EXCO yang bertanggungjawab mengepalai UMB menasihati penggendali PUTRAJAYA ONLINE agar tidak bertindak mempaparkan budaya lucah dan porno dalam laman rasmi yang membawa nama Putrajaya dan banner HBN. Bukankah pengasuh Anuar Reformis juga berkata bahawa Budaya Porno bukan Budaya UMNO? Jangan terikut cara bloger jalanan. Lagipun Anuar Reformis amat membenci sebarang unsur kelucahan melampau. Moleh benarlah jika semua artikel lucah, seks dan porno di buang dan pengendali laman tersebut diberikan kata-kata nasihat mutiara oleh beliau.... bukan budaya UMNO bab-bab lucah, seks dan porno nie.

Banyak cara lain untuk mendapatkan ranking dan jumlah pelawat yang ramai bagi mempromosikan laman tersebut. Buat Baik Berpada-pada Buat Porno Jangan Sekali.

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU

Ahad, 20 Mei 2012

ONE, TWO.. JUS .... I'M SOLIIIII .... BILA POLITIKUS CINA JADI TIKUS.

Apabila politikus dan pemimpin politik yang mewakili kepentingan kaum Cina di Malaysia melakukan demo mendesak agar lebih banyak sekolah kebangasaan Cina di bina, ianya adalah suatu petanda bahawa ramai yang tak nak PRU pada tahun nie sebab kalau diadakan pada tahun ini, 100% pengundi akan beralih arah kepada kepimpinan DS Najib. Ramai yang tak nak DS Najib memperolehi mandat 100% daripada rakyat. Ramai mahu menumbangkan BN sebelum BN di uji dalam PRU 13. Kenapakah mereka begitu takut dan gentar? Dalam analisa pendek ini kita kupas sedikit sebanyak mengenainya.

Ramai pemimpin BN pada masa ini memegang jawatan di atas mandat rakyat di bawah Pak Lah pada 2004 dan 2008. Kebanyakannya masih bermimpi dan tidur lena. Malah ada juga yang bersengkongkol dengan pemimpin utama Pakatan untuk mengekalkan jawatan dan kuasa. Ini politik yea. Dalam politik ini macam-macam boleh berlaku. Benda yang anda tak terfikir juga akan berlaku. Semua pihak maklum bahawa pada PRU kali ini dan tiga PRU akan datang, rakyat akan terus mengekalkan sokongan kepada BN. Kenapa?

Setelah BN dan UMNO diperkukuhkan kembali melalui POLISI TRANSFORMASI di bawah kepimpinan DS Najib, membuka ruang dan peluang berinteraksi secara terbuka dengan rakyat tanpa sekatan dan halangan. Rakyat menjadi mesra kembali kepada kerajaan BN. Maka berlakulah pertembungan di antara idealisma REFORMASI dengan TRANSFORMASI. Ternyata setakat ini TRANSFORMASI jauh meninggalkan REFORMASI di belakang. Rakyat percaya TRANSFORMASI lebih berjaya dan praktikal berbanding dengan REFORMASI yang usang dan basi. Jika ini dibiarkan berterusan bermakna REFORMASI terbukti tidak relevan samasekali. Lalu apakah yang perlu dilakukan oleh pendokong REFORMASI? Lakukan sebanyak mungkin demonstrasi bagi menimbulkan keresahan di kalangan rakyat. Diharapkan ianya membawa hasil di mana PRU mampu ditangguhkan dan kerajaan di tukar melalui REVOLUSI jalanan. 

Demonstrasi di Kuantan yang dianjurkan oleh Dong Zhong ditunggangi oleh DAP dan disertai oleh pemimpin-pemimpin MCA bukan di atas kepentingan kaum Cina tetapi bagi meraih perbatuan politik. Kaum Cina rata-rata masih mudah dipengaruhi dengan sentimen berbanding dengan kaum India dan Melayu yang amat masak dengan penipuan politik Pakatan. Alasan hamba berkata begitu kerana jika Dong Zhong benar-benar memperjuangkan kepentingan kaum Cina sudah tentulah isunya ialah mendesak kerajaan mempercepatkan proses intergrasi melalui POLISI 1 SEKOLAH.

Bukannya mereka tak tahu mengenai JUS SOLI dan Dasar Pendidikan Negara serta hak-hak yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Mereka bukan manusia bodoh dalam pendidikan cuma tolol dalam tindakan sahaja. Demo tersebut adalah tindakan nakal segelintir politikus dan pemimpin politik Cina Malaysia yang hendak menjadi tikus. Kalu begitu, kita panggil sahaja Pied-Piper untuk mengaturkan tikus-tikus tersebut. Takpun panggil sahaja PBT untuk membersihkan tikus-tikus tersebut, bukankah Ronie Liu mampu membazirkan wang rakyat Selangor dengan membeli 50 biji kompaktor sampah bagi membantu kroni sampahnya?

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU

CACAI DRYPERS PAKATAN SEMAKIN GELISAH.


TIGA HARI LAGI, HIMPUNAN JUTAAN BELIA DENGAN PELBAGAI AKTIVITI AKAN BERLANGSUNG. SATU-SATUNYA ACARA KHAS DAN KHUSUS UNTUK PARA BELIA MALAYSIA. PENGIKTIRAFAN KERAJAAN KEPADA BELIA MALAYSIA. 

Bersesuaian dengan tema Hari Belia 2012, JADIKAN HARI ESUK LEBIH BAIK DARI HARI INI , Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya selama lima hari bermula dari 23hb Mei 2012 sehingga 27hb Mei 2012 di jangka akan menarik jutaan belia ke himpunan tersebut. Putrajaya dijadikan Medan Terbesar kepada belia Malaysia mempamirkan bakat dan minat masing-masing. 

Puak pakatan memandang Himpunan Jutaan Belia ini sebagai suatu ancaman yang amat serius dan menjadi salah satu punca kemerosotan sokongan anak muda kepada pakatan. Semakin hampir Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya semakin pakatan memperhebatkan serangan ke atas acara ini. Begitu lah cara pakatan mensabotaj anak-anak muda di Malaysia. 

Dengan 500 acara, 22 persembahan pentas, 1000 persembahan sepanjang 6km, apalagi yang belia Malaysia mahukan? Kita maklum belia Malaysia terdiri dari pelbagai latarbelakang , budaya dan agama. Semua acara yang bersesuaian disediakan untuk para belia.Baik kegiatan berkhemah, berniaga, muzik, tarian, kegiatan bersifat keagamaan.

Acara drift, berkhemah, berbasikal, bersukan dan larian serta acara sukan air turut ada. Bagi para belia Malaysia, anda sendiri perlu hadir ke Himpunan Jutaan Belai di Putrajaya untuk menyaksikan sendiri kemeriahan dan melibatkan diri dalam semua aktiviti kegemaran anda. 

Majlis Khatam Al Qur'an 

Program Kuliah Suboh 

Jadi apa anda mahu tunggu lagi?
Silalah hadir ke HBN 2012 di Putrajaya dari 23hb Mei-27hb Mei 2012

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU

YU WELKAM BLOGER APA 'BAYI SAWAN TANGIS' & ANUAR REFORMIS.

Jangan Tanya Diskusi Mereka Bertiga .. Nanti Bayi Sawan Tangis Tak Berenti Menangis Kena Bawa Jumpa Uncle Seekers Pula Untuk Merawatnya Lagi.

Hamba amat berbesar hati apabila bloger APA memuji-muji hamba di dalam blognya, Bukan mudah bagi seorang bloger tersohor dan ter-Wahid sepertinya untuk memuji orang lain. Apatahlagi untuk memberikan gelar-gelar yang menggambarkan mentaliti Bayi Drypersnya (Beliau amat merindui bapanya). Pengasuhnya pernah menulis mengenai Bayi Sawan Tangis tersebut (di antara bayi-bayi yang disayangi olehnya selain Bos Viagra):-
Pada mulanya saya mensyaki sesuatu yang tidak kena dengan rakan bloger langgar tembok – APA @  www.aku-tak-peduli.blogspot.com yang mula dengan mempamerkan gambar sedikit demi sedikit. Gimik apa yang APA mahu lakukan
Moral yang mahu saya dan mungkin APA pamerkan adalah – bila perasaan MARAH kita lemparkan – maka jawapannya pun adalah MARAH. Kita perlu tahu dan faham kerana sekiranya tidak kita akan sentiasa tersasar dari mengetahui langkah kerana kita tidak tahu senario.
Oleh kerana itu – katalah apa sahaja mengenai saya dan rakan blogger langgar tembok lain – kami mahu kepimpinan UMNO faham – sebelum melanggar dan tahu bahawa tindakan kita adalah untuk jangka masa panjang bukan pendek dan tidak memberi kesan besar. (yakni menjadikan UMNO sebagai KLON PKR)  (klik di sini ) 
Demikianlah rapatnya hubungan di antara bayi sawan tangis dengan pengasuhnya bernama Anuar Reformis graduan tak berijazah dari Universiti Bangsar Utama di bawah seliaan dan kelolaan Dr Isham Rais 'Tukar Lampin Bayi'. Bezanya ialah Anuar Reformis berjaya grad manakala bayi sawan tangis gagal lulus kerana tak cukup mata kredit kerana sering merindui bapanya.


Pengasuhnya berjaya diserapkan masuk ke dalam UMB oleh Bos Viagra yang bercita-cita untuk mengklonkan UMNO menjadi PKR Reformis. Terdapat dua orang lagi bayi sawan tangis yang bermasaalah di asuh dan di didik oleh pengasuh yang sama di bawah pengawasan Bos Viagra. 

Bayi-bayi sawan tangis ini diberikan kemudahan dan diberikan sepenuh kasih-sayang oleh pengasuh dan Bos Viagra berbanding dengan mana-mana ahli UMB lain. Dengan katalain, ahli-ahli UMB dianaktirikan oleh mereka berdua. Susah nak menjaga ramai bayai-bayi sawan tangis. Cukup dengan memelihara tiga orang bayi sawan tangis. Lagipun ketiga bayi sawan tangis tersebut memang mempunyai pelbagai masaalah sebelum menyertai UMB. Mereka terpilih masuk ke dalam UMB kerana mereka adalah bayi bermasaalah. Hanya mereka yang bermasaalah sahaja mampu menimbulkan masaalah. nak pukul tak boleh sebab mereka bayi.

Dalam mana-mana peperangan, kumpulan pengkhianat tetap ada. UMNO di ancam oleh kumpulan pengkhianat yang menyamar dan berpura-pura bersimpati kepada UMNO.Pengasuh, Bos Viagra dan tiga orang bayi sawan tangis adalah dalam kategori Lingkaran Spesifik Api Dalam Sekam. 

Pengasuh mereka memang terkenal dengan sikap dan budaya pemikiran reformasi Hisham Rais yang cenderung kepada pluralisma dan sekularisma. Adalah lebih senang dan tidak dicurigai sekiranya mengkritik dan menghentam serta membunuh karekter pemimpin UMNO jika berada dalam pasukan UMNO sendiri.

Mula-mula berlagak macam pengemis merempat untuk menarik simpati. Setelah simpati diperolehi, mereka membina pula keyakinan dan kepercayaan. Apabila semuanya sudah dalam genggaman barulah wajah-wajah sebenar mereka terbongkar. Ada banyak lagi pendedahan akan di buat terhadap kumpulan pengkhianat tersebut yang berusaha mensabotaj dan menjatuhkan pemimpin-pemimpin UMNO agar Bos Viagra boleh naik takhta. Modus Operandi mereka adalah sama seperti yang digunakan oleh Anwar Ibrahim sewaktu berada di dalam UMNO.

Mereka tidak pernah menghentam mana-mana pemimpin regim Pakatan sebaliknya sering memuji dan mendewakan regim pakatan. Bayi Sawan tangis selalu menghentam DS Najib, Pak Lah, DS Rosmah dan Raja Nong Chik serta Kak Ijat. Jadi untuk apakah UMNO membazirkan wang ringgit untuk mereka ini ? sedangkan ramai lagi ahli-ahli UMB yang lebih hebat dari mereka seperti Dr Novandri, Pisau, Mat Kilau Penang dan ramai lagi.

Papa Gomo adalah salah seorang sahabat baik hamba dalam Ikatan Persaudaraan Bloger Jalanan. Bloger GAP, Prapukari, AAKJ, Pas Beruk, DET, MEDAN INFO KITA, THE FLYING KICK dan ramai lagi juga adalah sahabat-sahabat baik hamba. Adat bersahabat ialah mempertahankan sahabat apabila sahabat kita di serang tanpa sebab. Manakala ADAT BERPENGASUH macam APA ialah menyerang bloger jalanan yang menjadi ancaman kepada Bos Viagra dan Pengasuhnya. Serangan dilakukan olehnya agar niat jahat dan perancangan licik mereka tidak dapat di hidu oleh mana-mana pihak yakni bagi menghilangkan kecurigaan dan syak wasangka terhadap mereka.

Seperkara lagi, mereka amat pandai berpura-pura, berlakun baik di depan dan menipu. Tidak hairan jika selepas ini mereka akan menyiarkan kisah-kisah 'skandal' hamba dengan bukti-bukti bergambar. ADA HAMBA KESAH PUN? Cuma Hamba musykil lah sebab gambo Mak Nyah manalah pulak nko amik nie brader?


Mak Nyah Yang Dikatakan Hamba ... Huh Hamba 300% Lagi Encem Lor .. Lainkali Letaklah Gambo Rio DiCapprio ...baru Mantap 

Nasihat Hamba kepada bloger Bayi Sawan Tangis ialah jika umur masih belum capai Akil Baligh yang sempurna, ukurlah kail sendiri samada cukup panjang untuk sampai ke dasar lautan yang paling dalam. Bak kata pepatah dan bidalan orangtuha Bani Jawi,' Yang pendek sejengkal tak usah menongkat tujuh petala langit. Lagipun untuk mengaibkan dan melawan hamba, Bayi Sawan tangis perlukan seribu orang Einstein.. itupun belum tentu dapat mengaibkan dan mengalahkan hamba seorang bloger jalanan. Bimbang nanti terpaksa pula hamba belikan sebotol Dettol dan sepasang sarung tangan untuk membawa bayi sawan tangis berjumpa Uncle Seekers di Janda Baik sebagai rawatan menghilangkan sawan tangisnya. Ha ha ha ha ha .....

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU 

Sabtu, 19 Mei 2012

REGIM PAKATAN SELANGOR ENGGAN SELSESAIKAN KRISIS AIR.

Rakyat Selangor kini mulai sedar bahwa harapan baru yang dijanjikan oleh regim Pakatan hanyalah sebuah janji manis yang tidak akan ditunaikan oleh regim pakatan. Regim pakatan lebih mengutamakan politiking daripada mentadbir negeri. Budaya politik samseng, politik ugutan dan politik kotor yang diamalkan oleh regim pakatan itulah Harapan Baru. Selangor semakin hari semakin menghampiri kemusnahan dan kesulitan di masa depan. Sumber asli yang ada tidak diuruskan dengan baik dan sering diabaikan oleh regim pakatan. Regim pakatan hanya boleh berbangga dengan pendengaran-pendengaran awam tanpa sebarang tindakan susulan yang menyelesaikan masaalah. Sandiwara ini adalah kosmetik bagi menutup kelemahan-kelemahan regim pakatan. 

Kelemahan ketara regim Selangor dalam banyak-banyak kelemahan regim pakatan amat terserlah dalam isu krisis bekalan air bersih,  penyusutan cepat simpanan bekalan air bersih, hasil pasir, konsesi kawasan pasir, harga rumah yang melambung tinggi, pusat maksiat dan hiburan yang tumbuh macam cendawan, masaalah gemgsterisma di sekolah-sekolah dan penjualan aset-aset bernilai tinggi tanpa sebarang penggantian yang lebih baik. Golongan peniaga yang berniaga di kompleks-kompleks PKNS kini menghadapi masaalah kenaikan kadar sewa tapak perniagaan secara mendadak.

Simpanan air bersih di Selangor sudah sampai ke tahap kritikal. Namun regim Pakatan buat bodoh sahaja. Khalid G asik menyalahkan kerajaan Pusat. Walhal, keengganan dan tindakan tidak bertanggungjawab regim pakatan mahu penstrukturan semula konsesi perkhidmatan air bersihlah punca kepada kemelut yang ada. Regim Pakatan enggan meneruskan apa yang telah dipersetujui oleh pentadbiran dahulu dengan kerajaan Pusat.

Cadangan Penstrukturan semula tersebut hanyalah alasan yang disengajakan oleh regim Pakatan bagi mensabotaj usaha-usaha kerajaan Pusat dengan pentadbiran terdahulu. Pembinaan empangan memakan masa selama dua ke tiga tahun. Ianya tidak boleh disiapkan dalam tempoh yang lebih pendek.

Akibat kedegilan dan kebodohan regim pakatan mempolitikkan isu air, rakyat Selangor kehilangan pelaburan baru sejumlah RM3,000,000,000.00 dan 2,600 peluang pekerjaan. Teguran dan nasihat Sultan Selangor turut diperlekehkan oleh regim Pakatan.Keluh-kesah rakyat hanya di tampal dengan pelbagai janji-janji kosong. Regim Pakatan di Selangor tidak bertanggungjawab.

Rakyat Selangor wajib bangkit menyuarakan pendapat mereka dan mendesak regim Pakatan kepada keputusan dan kehendak rakyat. Zaman ini bukan lagi zaman kerajaan negeri Selangor lebih tahu daripada rakyat.

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...