Isnin, 15 Julai 2013

PRK Kole Besout, Ke Mana Hala Ahli Politik Hendak Tuju ?

Ini adalah posting duti-free lah. Tidak memihak kepada mana-mana pihak. Hanya pandangan ambe manusia kerdil di antara 29 juta rakyat Malaysia yang risau melihat gelagat ahli politik yang sedang berkempen untuk meraih undi di Kole Besout. Jadi ambe tak menyentuhlah mana-mana peribadi calun. Kerana kedua-duanya adalah bangsa ambe yang beragama Islam, cuma berlainan parti politik sahaja. Pada perkiraan ambe, artikel ambe ni tidak akan menjejaskan dan memprejudiskan mana-mana kempen oleh kedua-dua belah pihak. Cuma ambe ajak semua berfikir dan mengambil iktibar sahaja. 

Kita semua tahu, adat politik ialah 'mesti menang' Kalau tak menjadi pemenang, kuranglah syarat menjadi ahli politik. Bagaimana hendak menang dan takrifan menang, itu bergantung kepada faktor-faktor yang hanya ahli dan pakar politik sahaja lebih arif mengenainya. Persoalannya, adakah dalam faktor-faktor yang dipertimbangkan oleh ahli politik dalam memperhitungkan kebarangkalian peluang kemenangan mereka di dalam PRK, kebajikan serta kehendak rakyat diberikan keutamaan?

Di dalam mana-mana pertandingan merebut undi dan sokongan untuk menang, ahli politik dengan licik dan bijak memanipulasikan emosi untuk mempengaruhi 'decision-making' kelompok pengundi agar memberikan kemenangan kepada mereka. Cuma bila menang, apa ahli politik lakukan dengan mandat yang diberikan? Ke gaung? Atau setakat memberikan khidmat nasihat kepada orangramai dalam bilik berhawa dingin mereka? Menghadiri kenduri-kendara dan solat berjemaah di masjid?

Kita perlu juga bertanya, ke mana hala ahli politik tuju dengan mandat yang diberikan? Jika jawapan kepada persoalan itu adalah kurang jelas dan tidak menepati kehendak serta aspirasi rakyat terhadap calun-calun, anda sendiri tahulah siapa yang anda perlu pilih bukan? Fikirlah semasak-masaknya dan jangan hanya membuat pilihan tanpa berfikir. Paling tidak berfikir sikitpun tak mengapa. Asalkan berfikir. Sebab, seboleh-bolehnya, ahli politik mahu menguasai fikiran anda dalam membuat pilihan.


Anda perlu mengambil tahu dan kalau boleh bertanya 'on the spot' kepada calun-calun bertanding. Ke mana hala mereka tuju dengan mandat yang diberikan? Ambe yakin, semua pengundi mahukan ahli politik mengikut rentak dan kehendak mereka dan bukan sebaliknya. Untuk itu, kita perlu menilai peribadi dan bahasa badan calun-calun semasa mereka di tanya soalan cepumas tersebut. Jika anda nampak riak wajah mereka macam 'blur' anda sendiri tahulah , kemana hala mereka tuju dengan mandat anda!

Pada hemat ambe, sewajarnya, hala ahli politik tuju dengan mandat yang diberikan ialah mempertahankan amalan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Islam sebagai agama Persekutuan. Di samping, membangunkan taraf sosio-ekonomi rakyat setempat. Dan juga mendidik rakyat setempat dengan satu kesedaran mengenai peri pentingnya politik kepada mereka. Dan membuka peluang-peluang kepada rakyat setempat untuk lebih berdaya saing dan memajukan diri mereka. 

Ambe juga yakin bahawa rakyat Kole Besout tidak mahu , hari ini undi, esok lusa, nama mereka pun dilupakan terus oleh ahli politik yang mereka berikan mandat. Atau, dek kerana mandat yang mereka berikan, tiba-tiba satu usul di Parlimen diluluskan untuk memberi laluan kepada peliwat menjadi Perdana Menteri. Atau, mana-mana akta melindungi agama Islam di tarik balik serta-merta. Atau tiba-tiba, fahaman sosialisma, komunisma, liberalisma dan pluralisma di terima masuk dalam kesepakatan politik. Sendiri mau berfikir dan sendiri mahu ingat kan.....

Ahad, 14 Julai 2013

222 Orang O.K.U Kini Berada Di Parlimen Malaysia.

Sebahagian besar majoriti 13 juta pengundi berdaftar kini merasa kesal kerana dibebani dengan 222 orang Orang Kurang Upaya di Dewan Rakyat. Pelbagai isu politikal, dari tak bertudung, arak, judi, kalimah Allah dan pemberian BR1M, menjadi topik utama 222 orang O.K.U di Parlimen Malaysia. Kesemua isu-isu berkenaan tidak membantu pun kebajikan kepada rakyat dan menambah baik taraf kehidupan rakyat. Seolah-olah, agenda membangunkan ekonomi dan menaikkan taraf kehidupan rakyat bukan keutamaan bagi mereka. 

Sepanjang masa Parlimen bersidang, tidak ada satu pun usul dan cadangan bernas daripada mana-mana 222 orang OKU membincangkan dan membahas usul yang memberikan manafaat kepada rakyat. Sebaliknya, seramai 89 orang O.K.U hanya bertanyakan soalan-soalan terbangang yang tak terbanding yang tidak menyentuh pun bagaimana hendak merancakkan ekonomi dan menstabilkan politik negara. Kesemua soalan yang dikemukakan oleh mereka hanya memberikan manafaat perbatuan politikal mereka. Sikit pun tak memberi manafaat kepada rakyat. Letih tengok gelagat 222 orang O.K.U di Parlimen hari ini. 

Mereka seolah-olah mempermainkan mandat yang kita berikan kepada mereka. Mandat yang kita berikan menjadi mereka begitu 'Kurang Upaya' untuk melaksanakan apa-apa agenda membantu rakyat. Mereka juga nampaknya gagal seratus peratus untuk mengawal tindak-tanduk penyokong mereka yang melampui batasan perundangan negara. Sikitpun mereka tidak ada rasa bersalah apa-apa menduduki kerusi Parlimen dengan mempersiakan mandat yang diberikan ke tahap maksimum. Sungguh memualkan.

Kita sering bertanya, apakah 222 orang yang memperolehi mandat daripada kita selaku rakyat kebanyakan, hanya tahu bertekak di atas isu-isu politikal tanpa mempunyai sikitpun daya fikir untuk menjaga kebajikan rakyat? Sedangkan kita dengan penuh kesedaran semasa memberikan mandat melalui peti undi, mahukan kehendak kita dibahaskan dan diberikan keutamaan oleh mereka. Malangnya, mereka sentiasa 'Terlupa' bahawa keberadaan mereka di Parlimen ialah kerana Mandat Kita. 

Sampai bilakah 222 orang anggota Dewan Rakyat akan sedar tanggungjawab dan tugas-tugas serta amanah yang mereka pikul kepada rakyat? Apakah semua mereka merasa selesa dengan berada dalam zon parkir khas untuk 'Orang Cacat' ? Semoga Allah Ta'ala membuka pintu-pintu hati mereka agar segera kembali ke pangkal jalan. Kalau mereka terlalu lama sesat di dalam hutan rimba politik, dibimbangkan mereka semua menjadi habuan kepada serigala dan harimau buas di dalam hutan. Akhirnya yang merugi adalah rakyat juga. 

Satu Kerugian Besar Bagi BN Dalam Isu Akta Hasutan.

Dengarkata, Akta Hasutan di pinda bagi memberi laluan kepada satu Akta lain. Jaminan diberikan bahawa perlindungan kepada empat perkara utama yang dilindungi dalam Akta Hasutan dikekalkan dalam akta baru. Tapi itu bukan isu yang ambe nak menulisnya mengenainya. Ambe nak memberikan pendapat ambe mengenai kesan dan impak kepada BN dalam isu Akta Hasutan. 

Di dalam Perlembagaan jelas menyebutkan Akta Hasutan bagi mencegah kritikan tak berasas kepada status Islam agama persekutuan, institusi Raja-raja berperlembagaan, bahasa Kebangsaan dan hak Istimewa Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak. Akta Hasutan ialah suatu akta perlindungan kepada Perlembagaan. Memindanya atau melakukan apa saja terhadap Akta Hasutan membawa natijah membuang perlindungan kepada Perlembagaan. 

Malah, apabila pindaan di buat ke atas Akta Hasutan, secara tidak langsung peruntukan Perlembagaan 'terpinda' melalui jalan belakang. Dan ini amat merbahayakan. Tanpa disedari satu Konvensyen Perlembagaan baru muncul. Yakni, boleh meminda peruntukan Perlembagaan melalui pindaan kepada akta yang berkaitan. Amalan ini mengatasi pula peruntukan spefisik mengenai pindaan Perlembagaan yang termaktub di dalam Perlembagaan. Ibarat kata pepatah, Keluar Mulur Harimau , Masuk Mulut Naga. 

Walaupun Tony Puah meminta bukti kadar jenayah naik mendadak kerana pemansuhan akta-akta pencegahan dan perlindungan, itu tak bermakna tiada kaitan di antara pemansuhan akta-akta berkenaan dengan kenaikan kadar jenayah. Malah apa yang Tony Pua kata adalah bercanggah dengan apa yang di dakwa oleh Gobind Singh Deo yang beriya-iya mendakwa, kadar jenayah naik bila 2,600 orang penjenayah tegar dibebaskan apabila akta darurat dimansuhkan. Mereka, DAP PKR , jugalah yang mendesak semua akta pencegahan dimansuhkan. Kenapa kini mereka bersikap hipokrit pula?

Adalah merbahaya amalan menjadikan perundangan sebagai 'Cip Tukarganti' bagi mencapai motif-motif politikal. Perundangan berfungsi sebagai peraturan yang mengatur dan mengawal penyalahgunaan kebebasan dan hak individu dengan individu, Serta hubungan di antara kerajaan dengan rakyat. Jika ini dijadikan sebagai 'Cip Tukarganti' dalam manover politikal bagi mencapai apajua motif politikal, perundangan akan kehilangan kedaulatannya. 

Seharusnya kesemua 222 anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta semua anggota-anggota Dewan Perundangan di peringkat negeri-negeri menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab dan menghormati kedaulatan undang-undang. Dan bukan menjadikan perundangan sebagai bahan komoditi untuk ditukar ganti dalam pasaran ekuiti kuasa politik. Itu sudah lebih la brader , takkan nak menjadikan negara sebagai sebuah negara anarki (tanpa kedaulatan undang-undang) ? ..... ..... ..... ......


Selasa, 9 Julai 2013

Phoenix Bangkit - Menentang Arus Amalan Ekonomi Fiskal Keynesian Tunjang Meritokrasi Mutlak.

Bila sebut pasal ekonomi, semua menjadi 'blur'. Termasuklah ambe sendiri. Pening kepala berfikir siangmalam nak mencari sumber-sumber pendapatan untuk memperolehi 'matawang bernilai' bagi menampung penghidupan. Model ekonomi ada macam-macam, ikut teori dan buku akademik lah. Rahsia-rahsia 'kejayaan' berlambak-lambak di pasaran, tapi satu pun tak praktikal. Sudah berbagai 'transformasi' dan 'reformasi' di cuba dan diamalkan. Tapi hasilnya? Entah, ambe pun tak nampak dan merasainya.

Bila bertanya pendapat-pendapat oranglain yang sudah berjaya, jawapan klise, "Belum ada rezeki tu. Berusaha nanti sukses lah'. Adakah kejayaan kita di mulut mereka atau berada dalam tangan kita sendiri? Ambe tengok pula faktor-faktor di sekeliling dan menilai pada kacamata ambe sendiri, adakah ianya mesra-pengguna atau sebaliknya? Menurut, laporan FMT 7 Julai 2013, memetik laporan daripada Setiausaha Agong Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Dato Nadzim Johan, karenah birokrasi perbankan, GLC termasuk PBT tidak menyediakan perkhidmatan yang mesra-bisnes kepada usahawan tempatan. Menurutnya lagi, pegawai-pegawai muda tidak tahu dan memahami tugas masing-masing. 

Sambil memberikan contoh-contoh yang ada, beliau berkata sesetengah pegawai muda nak mengajar usahawan yang lebih berpengalaman bagaimana hendak berniaga. Seterusnya, pinjaman mikro memberikan syarat pembayaran 'advance' tiga bulan, kos peguam, kos perkhidmatan dan macam-macam lagi yang menyusahkan usahawan Melayu. Pinjaman SME pun dikenakan caj deposit 10 peratus. Ada yang memohon lesen daripada Kementerian Pendidikan terpaksa melalui pelbagai kesukaran. Sesetengahnya, sudah menyewa premis selama dua tahun tapi masih belum memperolehi lesen kerana masalah teknikal mengenai aliran wang tunai. Paling ketara mengenai masalah yang dihadapi oleh pembeli rumah. Rumah tak siap tapi sudah perlu membayar kepada bank ansuran bulanan. 

Kemudian ambe tengok pula dalam kes terbaru di mana MPKj melarang dan tidak meluluskan permohonan untuk membuka pasar Ramadan. Peniaga nasi lemak di denda RM 1000 dan seorang pengusaha Melayu di denda RM50,000.00 oleh PBT di bawah regim komunis DAP PKR. Seterusnya, tengok pula keangkuhan Guan Eng dulu dan kini yang menolak DEB. Ini berlaku di mana-mana dalam negara kita.

Bila ambe tengok dalam lipatan sejarah ekonomi negara, ambe dapati orang Cina mendahului orang Melayu dalam ekonomi selama 213 tahun. Ekonomi Melayu dilemahkan oleh kuasa-kuasa imperialis Eropah selama 446 tahun sejak 1511. Ambe tengok juga bagaimana sebuah bank seperti Bank Bumiputera Berhad di telan dan ditukar menjadi CIMB (Cina India Melayu Bangla).

Ambe juga tengok bagaimana Tun Dr Mahathir dengan polisi ekonominya (bukan Keynesian, bukan Classic, bukan Adam Smiths) mampu membawa keluar negara dari kemelut krisis kewangan pada 90an dulu. Tun Dr Mahathir guna kaedah dan pendekatan ekonomi realistik dan pragmatik. Jadi amat jelaslah sekarang bahawa polisi-polisi ekonomi Keynesian, Adam Smith dan Classical hanya membunuh yang lemah dan membantu kelompok meritokrasi yang dah sedia kaya-raya. 


Isnin, 8 Julai 2013

Polisi Ekonomi Keynes Ethos & Co Perlu DiUbahsuai Segera !

Keynes waima seorang tokoh ekonomi dengan idea-idea ekonomi yang nampak cun dan berinovasi, tapi sebenarnya, racun yang membunuh amalan demokrasi. Kerana Keynes bukanlah membawa pembaharuan ekonomi, tapi membawa dogma dan credo politikal berasaskan sosialisma Fabian. Beliau menganalisa model ekonomi yang wujud dalam negara demokrasi dengan tujuan memusnahkan demokrasi. Jika diteliti dengan halus dan 'open-minded' , anda akan dapati teori Keynes jika dipraktikkan, akan mengujudkan satu kondisi kondusif mentalkinkan demokrasi. Kerana, tiada satu model demokrasi di dunia ini pada waktu ini. mampu bertahan bila sistem ekonominya punah-ranah dan lemah.

Tun Dr Mahathir dilaporkan oleh Utusan Malaysia, berkata bahawa sistem Meritokrasi Mutlak / Tunggal hanya menjadikan yang kaya bertambah kaya dan yang miskin tetap miskin. Beliau menegaskan, betapa perlunya diberikan peluang yang sama kepada mereka yang tak mempunyai merit. Kelompok yang tak mempunya merit kerana faktor-faktor tertentu. Kelompok berkenaan perlu diberikan peluang juga untuk berjaya.

Tun Dr Mahathir juga menekankan bahawa kekayaan negara perlu di kongsi bersama dan bukan menjadi hak mutlak golongan meritokrasi. Menurutnya, orang yang kurang berjaya bila diberikan peluang terbukti mampu mencapai kejayaan yang mengagumkan. Ambe setuju benar dengan pendapat Tun Dr M. Ya la sapa sangka kan, petai, jering dan durian mampu menjadikan orang kaya-raya. Apatahlagi kalau secawan kopi. Betul tak? Bagaimana nak menjadi orang yang berjaya dengan secawan kopi? Tunggu lah...... 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...