Khamis, 27 Disember 2012

KE MANA HJ HADI MENYOROK SEKARANG ?


AMANAT HJ HADI pada 4.7.1981 sudah tak mampu lagi dinafikan kewujudannya oleh dap pas pkr. Memang jelas dan terang di dalamnya Hj Hadi mengkafirkan orang UMNO dan menjanjikan MATI SYAHID kepada sesiapa melawan UMNO. Bila berlaku tragede memali kerana AMANAT KERA-MAT nya itu, Hj Hadi tidak mengambil tanggungjawab. Sebaliknya mempersalahkan UMNO serta menipu rakyat dengan menabur minyak wangi ke atas kuburan mangsa-mangsa AMANAT nya. Selama 31 tahun umat Islam menjadi keliru dan kacau-bilau akibat AMANAT SETAN nya itu. Tak pernah sekali pun Hj Hadi menarik balik AMANAT SETAN nya itu. Tapi Pok Nik hadiahkan Ngeh dan Ngor 10, 526 ekar tanah dan berikan gelaran 'Kalipah' kat Guan Eng orang kafir harbi buat pada masakini. Dengan UMNO, Hj Hadi dan Pok Nik kafirkan mereka dan menjanjikan sorga serta mati syahid kepada pihak yang melawan UMNO yang kononnya sudah kafir kerana menegakkan Perlembagaan kafir. Memang dah nyanyuk tahap gaban dua ekor pemimpin PAS itu. 

Pok Nik dikatakan mencabar Hj Hadi mempertahankan Amanat Setan nya. Sebabnya mudah. Amanat Setan itu membawa Pok Nik menjadi MB Kelantan dan mampu menghadiahkan 10 526 ekar tanah kepada Ngeh dan Ngor. Dan kerana Amanat Setan itu juga, Pok Nik kata 'PAS sanggup terima bantuan setan". 


Amanat Hj Hadi sudah ada selama 31 tahun tanpa Hj Hadi merasa sesal dan kesal sedikitpun kerana amanat setan itu. Bahkan Pok Nik sepatutnya sebagai orang yang mengaku lebih pandai mengenai hukum-hakam daripada sekelian para ulama muktabbar dari dulu sampai sekarang, mereka berdua wajib memperbetulkan keadaan.

Malangnya mereka berdua masih terus-menerus mempertahankan kejahilan mereka sendiri. 


MAMPUKAH ANWAR IBRAHIM MENAFIKAN BUKTI-BUKTI TERBARU INI?


Rakan bloger AIDC telah mendedahkan bukti-bukti baru mengenai Anwa Ibrahim.
Sila baca selanjutnya di sini AIDC -ANWAR BISEKSUAL ???


AB HALIM TUAH MANGSA KEGANASAN POLITIK HOLIGAN JALAN PINTAS DAP PKR PAS KE PUTRAJAYA


Baru-baru ini, seorang rakan fesbuker Hamba menjadi mangsa keganasan politik holigan puak pakatama ahzab sasaulisma. Ceritanya begini, beliau adalah anak kariah surau di kawasan kejiranannya. Beliau mendengar ceramah seorang penceramah PAS yang menghina dan mengutok Seri Paduka ayahanda kepada Yang DiPertuan Agong. Beliau menegur perbuatan penceramah tersebut agar berhenti sahaja mengutok dan mencerca. Berlaku pertikaman lidah di antara beliau dengan penceramah pas berkenaan. Baca seterusnya kandungan polis repot oleh Halim Tuah di bawah ini.
























Dan sebagai balasan kepada teguran Ab Halim Tuah tersebut ini berlaku kepada beliau:- 


















Keganasan pas dap pkr tidak dinafikan lagi. Mereka menggunakan keganasan sebagai mengikuti fahaman REVOLUSI yang menjadi tonggak kepada ideologi Sasaulis Demokerat mereka. Mereka berpendapat keganasan yang mereka cetuskan adalah wajar dan munasabah bagi melawan apa yang mereka khayalkan sebagai 'Kezaliman' dan 'Penindasan' pihak yang mereka benci tanpa sebab. 

Mereka sanggup menipud an berbohong bagi menjustifikasikan keganasan amalan politik holigan yang mereka amalkan. Kemudian menyalahkan pihak lawan mereka di atas keganasan mereka. Lihat apa yang berlaku dalam insiden mereka merempuh sekumpulan rakyat ayng membantah secara aman kehadiran mereka di FELDA-FELDA dalam siri jelajah Oren. 



Tidak ada di dalam dunia ini mana-mana negara yang berideologi sasualis demokerat menjadi sebuah negara kebajikan dan demokrasi bebas nepotisma, kronisma dan rasuah. Lihat sahaja apa yang berlaku di Amerika Syarikat. Malah regim-regim Sasaulis Demokerat digulingkan di dalam Arab Spring yang di taja oleh Amerika Syarikat sebuah Negara Induk Sasaulis Demokerat di dunia !. 

Adakah anda mahu puak Pakatam Ahzab Sasaulis mengambilalih pemerintahan daripada BN kemudiannya bakal ditumbangkan oleh Amerika Syarikat seperti yang berlaku pada regim-regim Sasaulis Demokerat di negara-negara Arab yang terbabit di dalam Arab Spring?


Rabu, 26 Disember 2012

SEJARAH BERULANG KEMBALI DI KELANTAN.


48 tahun dulu yakni sekitar tahun 1964, Kerajaan PAS Kelantan tika itu pernah menyerahkan tanah hutan balak yang luasnya melebihi 300 000 ekar di Gua Musang kepada sebuah syarikat Timber & Mine Industrial Corporation milik tauke Cina dari Singapura kononnya untuk tujuan pembangunan.

Namun rakyat bukannya buta kayu untuk melihat hakikat sebenar pajakan tanah selama lebih 30 tahun itu tujuan utamanya tak lain dan tak bukan ialah untuk kegiatan pembalakan kayu kayan.

Rentetan daripada itu, timbul riak-riak kemarahan rakyat terhadap Kerajaan PAS Kelantan namun untuk beberapa ketika suara protes rakyat dapat dibendung dan dikekang daripada merebak lebih luas. 

Bagaimanapun apabila berlaku krisis kepimpinan PAS di negeri itu yang turut membabitkan isu pemberian tanah dan kawasan balak untuk kepentingan kroni, akhirnya rakyat bangkit secara besar-besaran mengakibatkan PAS jatuh terduduk di Kelantan pada 1978.

Kini, di era milenium selepas PAS memerintah Kelantan selama 22 tahun timbul lagi isu yang mirip seperti dulu.

Tika ini tanah seluas 10,526 ekar ataupun bersamaan 4,259.9 hektar di Gua Musang telahpun dipindah milik kepada syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd melalui pajakan selama sekitar 50 tahun.

Syarikat itu asalnya milik individu lain tapi kini menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Min. Dengan demikian, kedua-dua pemimpin yang mempunyai hubungan kekeluargaan itu berkuasa penuh ke atas tanah tersebut selama beberapa dekad seterusnya menikmati hasil bumi Kelantan sepuas-puasnya.

Gayanya saling tak tumpah seperti Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat secara sedar atau sebaliknya telah mengulangi skandal lama di mana tanah-tanah di Selatan Kelantan pernah jatuh ke tangan syarikat milik Cina Singapura dulu.

Dengan kata lain, PAS seperti sengaja menempah bala kemarahan rakyat yang tentu sahaja ia bakal diterjemahkan kepada kekalahan besar PAS di Kelantan pada PRU 13 kelak, mengulangi kembali kejatuhan PAS pada 1978 dulu.

Menariknya lagi tanah seluas 10,526 ekar ini juga dipercayai merupakan sebahagian kecil dari projek Ladang Rakyat yang meliputi keluasan melebihi 80,000 ekar tanah yang kesemuanya terletak di Selatan Kelantan.

Ladang Rakyat atau lebih tepat lagi digelar sebagai Ladang Air Mata Rakyat oleh penduduk Kelantan khususnya di Selatan negeri ini, diwujudkan konon untuk membangunkan ekonomi rakyat. Hakikatnya, hanya segelintir yang mendapat manfaat khususnya ahli dan penyokong PAS yang rapat dengan kepimpinan negeri.

Hasil bumi yang bernilai beratus juta ringgit lebih banyak mengalir kepada para kroni dan syarikat milik cina DAP dan Cina Singapura. Malang sekali rakyat negeri hanya mampu terlopong menangis mengenangkan nasib diri dikhianati Kerajaan Negeri yang hanya pandai menabur janji dicapati.

Rakyat marhaen yang berpuluh tanah meneroka tanah untuk mencari sesuap nasi sehingga sekarang gagal memiliki walau seekar tanah pun, namun pemimpin Cina DAP yang pernah menabur jasa menyokong perlantikan MB PAS bagi negeri Perak selepas PRU 2008 pula tersengih gembira menikmati laba keuntungan.

Jika langkah memberi tanah dan kawasan konsesi balak ini dilakukan oleh Kerajaan BN nescaya bergentayanganlah suara-suara bantahan dari pemimpin PAS dan sekutunya mempertikaikan kenapa tanah negeri yang diamanahkan oleh rakyat kini menjadi milik kroni BN, betul tak?

Namun bila ia dilakukan oleh PAS sendiri dan melibatkan pula kroni sekutunya dalam PR, lain pula halnya. 

Orang ramai sibuk mempertikaikan kenapa tanah tersebut dibiarkan menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, tapi dipusingnya cerita bahawa penganugerahan tanah tersebut bukannya satu rahsia dan tujuannya pula konon untuk pembangunan. Spin mengalahkan pusingan gasing.

Dulu dan sekarang sama sahaja, tabiat PAS tidak pernah berubah dengan sikapnya yang gemar menggadaikan tanah pusaka dan harta rakyat dengan menganugerahkan tanah balak dan pajakan hak milik selama berpuluh tahun kepada orang luar dengan berselindung disebalik alasan pembangunan. 

PAS dan skandal tanah hutan balak berpisah tiada, kerana kemahiran PAS dalam urus tadbir negeri hanyalah dalam bab pembalakan sahaja untuk mendapatkan sedikit hasil bagi kantung Kerajaan Negeri dan selebihnya hasil yang lebih besar untuk mengenyangkan perut kroni dan diri sendiri. 

Lain-lain idea untuk kemajuan rakyat langsung zero, tak tercapai dek akal fikiran pemimpin PAS. 

Usahlah pemimpin PAS terus berangan-angan untuk terus mendapat mandat di Kelantan pada PRU akan datang. 22 tahun PAS memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang ini lebih banyak hasil bumi dan kekayaan negeri mengalir ke tangan yang lain berbanding manfaat untuk anak pribumi sendiri. 

Suka atau tidak, PRU 13 ini majoriti besar rakyat negeri Kelantan nekad sepenuh hati untuk mengajar PAS erti keperitan dengan menghadiahkan bala kekalahan besar kepada parti hipokrit dan paling munafik itu nanti. 

Sejarah kejatuhan PAS di Kelantan pada 1978 pasti berulang kembali. Dek kerana tanah dan balak PAS semakin lupa diri, kerana skandal tanah dan balak juga PAS akan menyembah ke bumi. 


KARPAL SINGH KO JANGAN EKSYEN, KO JADI PEGUAM & AHLI PARLIMEN ATAS NAMA & KUASA YANG DIPERTUAN AGONG..


Raja Sasaulis a.k.a. Karpal Singh esq. peguam kanan dalam Majlis Peguam. Orang yang tahu undang-undang Negara. Seorang pengamal undang-undang di bawah cap mohor Mahkamah Tinggi Malaya. Di bawah Hakim Besar Malaya dan Ketua Hakim Negara yang di lantik oleh Yang DiPertuan Agong. YDPA yang di pilih oleh Majlis Raja-raja. Profesion yang Karpal Singh ada sekarang hasil daripada restu YDPA memberikan Royal Assent kepada AKTA PROFESION GUAMAN. Malah, Karpal Singh menjadi Ahli Parlimen dengan bersumpah di bawah nama YDPA. Setiap apa yang Karpal Singh nikmati sekarang tetap ada kaitannya dengan anugerah dan kurniaan serta kuasa-kuasa Sultan-sultan Melayu. 

Sepatutnya sebelum Karpal Singh nak naik sasau dengan kuasa-kuasa Sultan menganugerahkan gelaran Datuk, beliau sendiri sepatutnya meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen. Menyerahkan kembali gelaran Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya. Dan menyerahkan semula taraf warganegaranya. Kerana semuanya itu beliau perolehi daripada kuasa-kuasa dan anugerah Sultan-sultan Melayu belaka..

Mentaliti Karpal Singh berkiblatkan ideologi sasaulis demokerat yang menginginkan sebuah badan legislatif dan eksekutif bercorak Kongresional dan Presidensial. Bagi menggantikan Model Parlimen Legislatif Raja Berperlembagaan dan sistem Eksekutif Jemaah Menteri.

Dalam sistem kerajaan yang kita ada sekarang Jemaah Menteri bertanggungjawab kepada Parlimen. Di pilih berdasarkan kepada MEMPEROLEHI KEPERCAYAAN MAJORITI AHLI PARLIMEN (DEWAN RAKYAT). Pada bila-bila masa sahaja AHLI PARLIMEN boleh membuat UNDI TAK PERCAYA kepada PERDANA MENTERI. Bila itu berlaku, bermakna berubahnya Status Quo Mandat Kuasa beralih daripada Perdana Menteri kepada Ahli Parlimen. 

Bila senario itu berlaku maka Perdana Menteri yang di lantik oleh ahli Parlimen menjadi BONEKA kepada kumpulan ahli Parlimen yang bersetongkol lagi bersyubahat..

Amat penting untuk rakyat dan pemilih berdaftar mengetahui bahawa kemenangan melebihi 2/3 majoriti untuk BN adalah penting bagi kestabilan politik dan ekonomi Malaysia. Kerana terbukti kesepakatan dap pas pkr tak mampu nak merealisasikan apa-apa matlamat pun. 




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...