Rabu, 26 Disember 2012

KARPAL SINGH KO JANGAN EKSYEN, KO JADI PEGUAM & AHLI PARLIMEN ATAS NAMA & KUASA YANG DIPERTUAN AGONG..


Raja Sasaulis a.k.a. Karpal Singh esq. peguam kanan dalam Majlis Peguam. Orang yang tahu undang-undang Negara. Seorang pengamal undang-undang di bawah cap mohor Mahkamah Tinggi Malaya. Di bawah Hakim Besar Malaya dan Ketua Hakim Negara yang di lantik oleh Yang DiPertuan Agong. YDPA yang di pilih oleh Majlis Raja-raja. Profesion yang Karpal Singh ada sekarang hasil daripada restu YDPA memberikan Royal Assent kepada AKTA PROFESION GUAMAN. Malah, Karpal Singh menjadi Ahli Parlimen dengan bersumpah di bawah nama YDPA. Setiap apa yang Karpal Singh nikmati sekarang tetap ada kaitannya dengan anugerah dan kurniaan serta kuasa-kuasa Sultan-sultan Melayu. 

Sepatutnya sebelum Karpal Singh nak naik sasau dengan kuasa-kuasa Sultan menganugerahkan gelaran Datuk, beliau sendiri sepatutnya meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen. Menyerahkan kembali gelaran Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya. Dan menyerahkan semula taraf warganegaranya. Kerana semuanya itu beliau perolehi daripada kuasa-kuasa dan anugerah Sultan-sultan Melayu belaka..

Mentaliti Karpal Singh berkiblatkan ideologi sasaulis demokerat yang menginginkan sebuah badan legislatif dan eksekutif bercorak Kongresional dan Presidensial. Bagi menggantikan Model Parlimen Legislatif Raja Berperlembagaan dan sistem Eksekutif Jemaah Menteri.

Dalam sistem kerajaan yang kita ada sekarang Jemaah Menteri bertanggungjawab kepada Parlimen. Di pilih berdasarkan kepada MEMPEROLEHI KEPERCAYAAN MAJORITI AHLI PARLIMEN (DEWAN RAKYAT). Pada bila-bila masa sahaja AHLI PARLIMEN boleh membuat UNDI TAK PERCAYA kepada PERDANA MENTERI. Bila itu berlaku, bermakna berubahnya Status Quo Mandat Kuasa beralih daripada Perdana Menteri kepada Ahli Parlimen. 

Bila senario itu berlaku maka Perdana Menteri yang di lantik oleh ahli Parlimen menjadi BONEKA kepada kumpulan ahli Parlimen yang bersetongkol lagi bersyubahat..

Amat penting untuk rakyat dan pemilih berdaftar mengetahui bahawa kemenangan melebihi 2/3 majoriti untuk BN adalah penting bagi kestabilan politik dan ekonomi Malaysia. Kerana terbukti kesepakatan dap pas pkr tak mampu nak merealisasikan apa-apa matlamat pun. 




1 ulasan:

KAMUNTING CENTRAL berkata...

Salam Boss... Hebat blog boss.. Mohon dapat dipautkan blog teman http://kamuntingcentral.blogspot.com/ ke blog boss... Terima Kasehhh Boss..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...