Khamis, 16 Ogos 2012

PUAK POLITIK GAMPANG BUDU AGIH TANAH RM250JUTA.

alt

SHAH ALAM 15 Ogos - Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed menyelar tindakan kerajaan negeri Selangor yang dikatakan tidak telus dalam pengurusan pentadbiran negeri.

Berhubung isu rampasan tanah Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) bernilai RM250 juta, Mohd Zin menegaskan berlaku penyelewengan yang dilakukan kerajaan negeri dibawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Kenapa tanah dirampas sedangkan ia pemilikan sah. Jika benar berlaku aktiviti perlombongan haram, kenapa tiada tindakan terhadap penceroboh? Setelah setahun baru nak ambil tindakan." katanya kepada pemberita dalam sidang media di Bangunan UMNO Shah Alam pagi tadi.

Tambahnya lagi, perkara tersebut membuktikan kerajaan negeri tidak bersungguh-sungguh dalam menangani isu tanah bernilai jutaan ringgit itu.

Beliau juga mempersoalkan tindakan rampasan tanah berkenaan seolah-olah Pengerusi KHSB bersepakat dengan kerajaan negeri untuk kepentingan peribadi.

"Ia perlu dijawab oleh kerajaan negeri dan KHSB. Kami percaya ada berlaku penyelewengan. Kemana hilangnya tanah bernilai RM250 juta?," tegas beliau.

Sebelum ini pada Februari 2012, Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor mengakui bahawa kerajaan negeri telah merampas tanah seluas 234ha bernilai RM250 juta di Gombak yang sepatutnya dimiliki oleh Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) atas alasan berlakunya perlombongan haram.

sumber KLPOS

PUAK BUDU BANTU KHALID G DALAM ISU AIR.


Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) mempunyai pegangan saham 15% dalam SYABAS.Seorang wakil KDEB pula diletakkan dalam senarai Lembaga Pengarah SYABAS.Jadi,apa-apa sahaja di dalam SYABAS akan diketahui oleh Kerajaan Negeri Selangor,memandangkan KDEB adalah mata telinga Kerajaan Negeri Selangor.Apabila Pengarah KDEB,Suhaimi Kamaruzzaman mengeluarkan surat arahan kepada pihak ABASS pada tahun 2011 supaya mengurangkan pengeluaran air terawat daripada 145 juta gelen sehari kepada hanya 120 juta gelen sehari,tindakan ini menyebabkan berlakunya krisis air di kawasan Kajang dan Balakong,memandangkan ABASS mengendalikan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih yang membekalkan air terawat kepada kawasan-kawasan sekitar,termasuklah Kajang dan Balakong.

Justeru,apabila Penyelaras Barisan Nasional Selangor, Ir. Zain Mohamed bertanya apa justifikasi yang digunakan oleh KDEB untuk mengeluarkan surat arahan kepada ABASS penyekatan bekalan air terawat itu, Kerajaan Negeri Selangor yang banyak bercakap tentang SYABAS dan rasa tanggungjawab mereka sehingga perlu mengambilalih SYABAS, perlu memberikan penjelasan berhubung perkara ini.Tiga persoalan yang dibangkitkan oleh Ir. Zain Mohamed dalam kes ini wajar dijawab oleh Khalid Ibrahim dan Kerajaan Negeri Selangor.

1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya ingin mensabotaj rakyat Selangor dengan penyekatan berkenaan?

2. Kenapa pula SYABAS yang dipersalahkan sedangkan masalah di Balakong dan Kajang berpunca daripada ABASS?

3. Siapa yang mengarahkan Suhaimi bertindak mengeluarkan surat arahan kepada ABASS?

Lebih memalukan lagi sekaligus menimbulkan pertanyaan lebih besar ialah,mengapa KDEB menggunakan saham 15% dalam SYABAS untuk dicagarkan kepada bank bagi mendapatkan pinjaman RM250 juta dan ke mana hala wang berkenaan dibelanjakan? Adakah itu sebenarnya punca yang menyebabkan Kerajaan Negeri Selangor dan Khalid Ibrahim bermati-matian mahu mengambilalih SYABAS bagi menutup lubang kejahatan mereka? Sehingga sekarang,Kerajaan Negeri Selangor dan Pakatan Rakyat masih belum dapat menjawab tentang 234 projek industri yang terpaksa ditangguhkan ekoran masalah air di Selangor.Malah Pakatan Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor yang terus-menerus mengatakan air bukanlah masalah di Selangor sebaliknya hanya isu ciptaan UMNO-BN,gagal menjawab isu ini dengan baik dan berkesan.

Rani Osman,Pesuruhjaya PAS Selangor dalam kenyataannya sebelum ini menyatakan bahawa isu air tidak boleh digunakan oleh UMNO untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor. Kesilapan terbesar kepada Pesuruhjaya PAS Selangor yang banyak bercakap dengan lidah DAP! Isu air bukannya isu UMNO sebaliknya ia adalah isu rakyat tanpa mengira sebarang fahaman politik yang mereka anuti. Menyatakan bahawa isu air yang sedang menjadi masalah kepada sebahagian besar rakyat Selangor sebagai isu UMNO dan Barisan Nasional merupakan perkara paling celaka yang diusahakan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat. Pendedahan demi pendedahan yang dibuat menunjukkan Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Khalid Ibrahim sebenarnya yang menjadi celaka yang menyusahkan rakyat dan penduduk Selangor.

Masalah air tidak akan berlaku sekiranya Kerajaan Negeri Selangor tidak bermain politik dalam hal yang menjadi hak asasi penduduk dan rakyat Selangor.Bagaimanapun,Pakatan Rakyat lebih gemar menjadikan isu ini sebagai isu sensasi yang memperlihatkan bagaimana murahnya hati Kerajaan Negeri Selangor memberikan air percuma,walhal pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Selangor berhutang untuk memberikan air percuma.Kes Kerajaan Negeri Selangor dengan SYABAS masih lagi tergantung di mahkamah.Mungkin bagi para pemimpin Pakatan Rakyat, mereka boleh mendabik dada dan berbangga kononnya,Kerajaan Pakatan Rakyat sanggup bermati-matian dalam usaha memberikan air percuma kepada rakyat.Tetapi persoalan yang tidak pernah dijawab oleh Pakatan Rakyat ialah, bagaimana Kerajaan Pakatan Rakyat menjelaskan hutang-hutang berkenaan? Adakah dengan mengambilalih bank dan berarak di jalan raya dalam usaha mendesak bank yang Kerajaan Negeri Selangor berhutang, diserahkan kepada Selangor,sepertimana yang dilakukan terhadap SYABAS? Atau sebenarnya Selangor akhirnya menjadi sebahagian daripada ‘anak syarikat’ bank terbabit setelah gagal membayar hutang-hutang? Atau yang paling teruk, seperti diamalkan sekarang iaitu menaikkan cukai pintu dan tanah dalam usaha Kerajaan Negeri Selangor mengumpulkan semua dana bagi membayar segala hutang-hutangnya? Tidakkah semua tindakan tersebut akhirnya menjerumuskan rakyat dan penduduk Selangor kepada sesuatu yang lebih buruk berbanding sedikit kebaikan iaitu air percuma?

Sumber : Badut Rakyat

Rabu, 15 Ogos 2012

SATUKAN MELAYU INI MELALUI TIGA PERKARA.

 

BILAMANA KITA MULA MELUPAKAN DAN MENINGGALKAN KEPUAKAAN KEPARTIAN DAN KEPUAKAN, KITA AKAN MELIHAT DENGAN KEYAKINAN MATA KEPALA BAHAWA KITA SEMUA ADALAH SATU KETURUNAN SATU WARISAN KEILMUAN DAN SATU IKTIKAD KETUHANAN. 

Melayu itu tidak mampu ditakrifkan mengikut displin ilmu antropologi, sosiologi atau sains politik. 

Melayu itu ditakrifkan berdasarkan kepada keturunannya, warisan keilmuannya dan iktikad ketuhanannya. Tapi kita seringkali mencari selain dari tiga perkara itu menyebabkan kita seringkali teraba-raba mencari penyelesaian kepada kemelut yang melanda umat Melayu pada hari ini.

Melayu itu juga tidak ditakrifkan mengikut kepuakan. 

Melayu itu juga tidak ditakrifkan mengikut kepartian.

Melayu itu juga tidak ditakrifkan mengikut dari mana asal negerinya. 

Bila kita merujuk kepada peruntukan Perlembagaan bagi takrifan Melayu adalah jelas kepada kita tiga perkara tersebut di sentuh dan ditekankan yakni keturunan, warisan keilmuan dan iktikad ketuhanan. 
Takrifan “Melayu” dalam Perlembagaan Persekutuan
1. MenurutPerkara 160(2), “Melayu” bermaksud seseorang yang
a. Menganut agama Islam - susur jalur ketuhanan 
b. Lazim bercakap bahasa Melayu- susur jalur keturunan
c. Mengamalkan adat istiadat Melayu-susur jalur warisan keilmuan,
Menjenguk kembali Rukun Negara ketiga perkara tersebut pun diulang-ulang semula:-

  1. Kepercayaan kepada Tuhan 
  2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara 
  3. Kedaulatan Undang-undang
  4. Keluhuran Perlembagaan
  5. Kesopanan dan Kesusilaan  
Bilamana Melayu bersatu kemakmuran dan keberkatan itu sampai menjalar melinpah ruah kepada yang lain. 

Bilamana Melayu itu berpecah kemalapetakaan dan kemudaratan sampai menjalar kepada yang lain juga. 

Kita tidak perlu tunggu 132 orang Ahli Parlimen Melayu untuk mengungkapkan dan memulakan salam perpaduan.

Kita juga tidak perlu tunduk kepada kemahuan dan aspirasi 90 orang Ahli Parlimen bukan Melayu jika kita hendak menyatupadukan Melayu. 

Kita sendiri boleh melakukannya dan menggerakkannya. Bagaimanakah caranya?

Anda tunggu sahaja. Apabila tiba masanya seruan itu datang maka beramai-ramailah menyahutnya. 

Sahutlah dengan satu suara satu tindakan sepertimana kita menyahut seruan azan oleh muazzin.

 

TERBAIK ! NIK AJIS & PUAK BUDU SERUPA DENGAN PENGKHIANAT TOK JANGGUT.


Menyingkap kembali sejarah untuk dijadikan pengajaran dan panduan berguna. Pepuak Budu cap Bule sering mengungkitkan sejarah Tok Janggut untuk menghentam UMNO dalam soal kemerdekaan. Di kutuk dan di cerca nya UMNO melalui sejarah Tok Janggut. Tapi tahukah bahwa perjuangan Tok Janggut ditewaskan bukan kerana kekuatan British tapi kerana berlakunya pengkhianatan oleh rakannya sendiri yang macam Pok Nik dan pepuak Budu Cap Bule. Jika tiada pengkhianatan itu sudah tentulah perjuangan Tok Janggut berterusan. Namun takdir Allah Ta'ala menentukan bahawa kemerdekaan Tanah Melayu ini haruslah dicapai melalui meja perundingan setelah tertumpahnya darah-darah pejuang kerana pengkhianatan. 

Dalam sejarah moden  pula kita menyaksikan dengan mata kepala kita bagaimana puak Budu UMNO 11 memecahbelahkan UMNO. Mujurlah kini mereka bertaubat. Tapi masih lagi wujud kelompok Budu baru jenis pengkhianat ini. Malah keturunan pengkhianat Tok Janggut masih boleh di kesan dan diketahui sehingga ke hari ini. Tidak mengejutkan jika didapati bahawa ramai keturunan tersebut kini berada di dalam PAS dan dalam kelompok Gampang Budu di dalam mana-mana parti politik serta  pegawai-pegawai kerajaan 

Notis yang dikeluarkan oleh pejabat Balai Besar pada 23 Mei 1915 yang menawarkan hadiah kepada sesiapa sahaja yang berjaya menangkap Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya samada dalam keadaan hidup atau sebaliknya. Bukan dikeluarkan oleh UMNO tetapi oleh pepuak Budu yang bersengkongkol dengan British sama seperti puak Budu PAS dan yang berada dalam mana-mana parti politik. Suka berkhianat. 

 

Pada hari ini kita sendiri menyaksikan bagaimana PAS Kelantan bertindak sama seperti pengkhianat kepada Tok Janggut. Dewan OOOlamak PAS pun sudah menjadi setan bissuu'. Inilah bahayanya dan ancaman kepada segala usaha perpaduan umat Islam di negara ini. 

GEMPAR ! DS NAJIB JUMPA ULAMA TERSOHOR & OIC AKAN SELESAIKAN ISU UMAT ISLAM.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendengar penerangan daripada seorang ulama Arab Saudi, Sheikh Dr. Abdullah Hamad Al Jalaly (kanan) semasa pertemuan beliau dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa OIC di Mekah, semalam. Turut hadir Mufti Masjidilharam, Sheikh Dr. Sulaiman Al Salumi (kiri) dan Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa.

Sebelum ini puak komunis 'Blacks-Out!" Pakatam menaburkan fitnah jijik mengenai pemergian DS Najib dan isteri ke Mekah. Kata mereka, DS Najib dan isteri nak meNajib dan inunjuk-nunjuk. Ternyata pemergian DS Najib & isteri ke Mekah rupanya telah dirancangkan terlebih dahulu untuk menghadiri Sidang Kemuncak Luarbiasa OIC yang di panggil oleh Raja Abdullah Abdul Aziz. 

Mesyuarat membincangkan dua permasaalahan kontemporari uamt Islam yakni masaalah perang saudara di Syria dan masaalah pergadohan antara umat Islam Rohingya dengan kaum Rakhine di Myanmar. 

Utusan Malaysia melapurkan:-
Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Sidang Kemuncak Luar Biasa Ke-4 Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) selama dua hari yang bermula hari ini sebagai pertemuan istimewa dan tepat pada masanya.
Perdana Menteri berkata, mengambil semangat Ramadan serta berlangsung di kota suci, Malaysia berharap OIC dapat merumuskan keputusan penting berkaitan permasalahan umat Islam yang berlaku ketika ini terutama melibatkan Myanmar dan Syria.
Katanya, mesyuarat yang dipanggil oleh Raja Abdullah Abdul Aziz itu memerlukan ketegasan OIC untuk mengambil langkah lebih positif bagi menangani permasalahan umat Islam di Syria dan Myanmar.
''Perbalahan yang serius sedang menimpa rakyat Syria yang memerlukan OIC mengambil tindakan lebih tegas, bukan sahaja tindakan politik tetapi tekanan dan tindakan tertentu untuk menyelamatkan keadaan di Syria," katanya kepada wartawan Malaysia di sini malam tadi.
Syria, salah sebuah daripada 57 negara anggota OIC kini sedang bergelut dengan peperangan antara pihak kerajaan pimpinan Bashar Assad dan pemberontak. Ramai penduduk awam terbunuh dalam konflik tersebut.
Ditanya mengenai kemungkinan Syria disingkirkan dari OIC seperti yang dilakukan oleh Liga Arab, Perdana Menteri berkata, perkara itu akan diputuskan kemudian dalam mesyuarat yang akan berlangsung mulai malam ini.
''Setakat ini mood dalam persidangan nampak menjurus kepada pendirian yang hampir sama dengan Liga Arab," katanya.
Perdana Menteri berkata, kemelut yang melanda umat Islam di Myanmar dan Syria tidak boleh dibiarkan berlarutan.
Sementara itu, menjawab soalan dalam satu temu bual khas dengan stesen televisyen Huda TV, Perdana Menteri berkata, Malaysia setakat ini telah menghantar pasukan khas untuk membantu pelarian etnik Rohingya akibat keganasan yang meletus di Rakhine.
Pada masa sama, Malaysia akan meneruskan tekanan politik serta mendapatkan penglibatan pertubuhan hak asasi manusia untuk memainkan peranan lebih penting.
Katanya, OIC perlu bertindak sebagai satu suara yang mewakili masyarakat Islam seluruh dunia. - Utusan

NAJIB Tun Razak mengadakan sidang media selepas pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Sidang Kemuncak Luar Biasa Ke-4 Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Mekah, semalam. Turut hadir Tokoh Ulama Arab Saudi, Sheikh Dr. Abdullah Al Jalali (kanan) dan Mufti Masjidilharam, Sheikh Dr. Sulaiman Salumi (kiri). - BERNAMA

DS Najib dilapurkan kerajaan Malaysia sanggup memberikan komitmen tinggi dengan menghantar pasukan khas bantuan kepada umat Islam Rohingya. Selain dari itu, OIC akan bertindak sebagai satu suara dalam semua masaalah umat Islam. Di samping itu Malaysia akan meneruskan tekanan politik dan mendapatkan penglibatan pertubuhan hak asasi manusia untuk memainkan peranan yang lebih penting bagi menangani masalah umat Islam Rohingya.

Dalam pertemuan dengan para ulama tersohor, DS Najib berbangga kerana ulama-ulama tersohor di sini menyanjung tinggi peranan Malaysia untuk memperjuang dan menjaga kepentingan Islam sama ada dari segi akidah dan perekonomian semasa, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, mereka menganggap Malaysia sebuah negara yang berjaya memperjuangkan Islam. ‘‘Saya berasa bangga bahawa mereka yang begitu terkenal dalam bidang masing-masing dan mempunyai pengaruh di sini menganggap Malaysia berjaya memperjuangkan Islam untuk diiktiraf sebagai model negara Islam," katanya kepada wartawan Malaysia di sini.
Lima ulama yang turut hadir ialah Sheikh Dr. Abdullah Al Jalali dari Al Qassim Province, Arab Saudi; Mufti Masjidilharam, Sheikh Dr. Sulaiman Salumi; Ketua Hakim Mahkamah Mekah, Sheikh Saleh Al Duwaish; Pengerusi dan ahli lembaga pengarah 13 saluran tv Al Majd dan Al Huda dan Sheikh Dr. Abdul Rahim Mulazadah yang juga Penasihat Wessel Tv Channel London. Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Najib menyifatkan pertemuan seperti ini dapat menterjemahkan prinsip beliau serta kerajaan bahawa ulama dan umarak perlu memupuk hubungan yang baik bukan sahaja di dalam tetapi di luar negara supaya dapat memberi kebaikan kepada Islam dan umatnya.
‘‘Mereka juga berbesar hati dari segi lawatan peribadi ke Malaysia dengan melihat perkembangan yang amat positif dalam usaha Malaysia memerangi kemiskinan terutama kejayaan yang dicapai oleh Felda sebagai bentuk pembangunan dalam usaha pembasmian kemiskinan," katanya.
Di samping itu, ulama-ulama berkenaan juga melihat Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama tetapi telah dapat menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan.
‘‘Daripada situ (Islam sebagai agama Persekutuan), kita dapat melaksanakan dasar-dasar untuk meninggikan syiar Islam dan tuntutan Islam tanpa menafi hak orang bukan Islam menganuti agama masing-masing," katanya.
Pada pertemuan itu juga beliau menjelaskan pegangan Malaysia kepada konsep wasatiyyah sejak dulu hingga sekarang selari dengan kehendak Islam di mana kesederhanaan inilah yang dapat membawa kemakmuran kepada negara.
‘‘Mereka juga menghargai bahawa di peringkat enakmen negeri telah mentafsirkan Islam sebagai Sunnah Waljamaah yang dengan ini kita dapat mempertahankan kesucian Islam dan dengan itu tidak berlaku kemungkinan timbul apa-apa unsur yang boleh membawa konflik atau kerosakan akidah," katanya. - Utusan
Mau bernanah telinga puak Lebai Budu dengan berita ini. Tuan Syeh AL juburi Ketua Umum PKR dah tak laku ke di pasaran ulama tersohor sekarang? Sebab Tuan Syeh Al Juburi senyap sunyi je tak bercakap sepatah haram pasal umat Islam Rohingya.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...