Rabu, 15 Ogos 2012

SATUKAN MELAYU INI MELALUI TIGA PERKARA.

 

BILAMANA KITA MULA MELUPAKAN DAN MENINGGALKAN KEPUAKAAN KEPARTIAN DAN KEPUAKAN, KITA AKAN MELIHAT DENGAN KEYAKINAN MATA KEPALA BAHAWA KITA SEMUA ADALAH SATU KETURUNAN SATU WARISAN KEILMUAN DAN SATU IKTIKAD KETUHANAN. 

Melayu itu tidak mampu ditakrifkan mengikut displin ilmu antropologi, sosiologi atau sains politik. 

Melayu itu ditakrifkan berdasarkan kepada keturunannya, warisan keilmuannya dan iktikad ketuhanannya. Tapi kita seringkali mencari selain dari tiga perkara itu menyebabkan kita seringkali teraba-raba mencari penyelesaian kepada kemelut yang melanda umat Melayu pada hari ini.

Melayu itu juga tidak ditakrifkan mengikut kepuakan. 

Melayu itu juga tidak ditakrifkan mengikut kepartian.

Melayu itu juga tidak ditakrifkan mengikut dari mana asal negerinya. 

Bila kita merujuk kepada peruntukan Perlembagaan bagi takrifan Melayu adalah jelas kepada kita tiga perkara tersebut di sentuh dan ditekankan yakni keturunan, warisan keilmuan dan iktikad ketuhanan. 
Takrifan “Melayu” dalam Perlembagaan Persekutuan
1. MenurutPerkara 160(2), “Melayu” bermaksud seseorang yang
a. Menganut agama Islam - susur jalur ketuhanan 
b. Lazim bercakap bahasa Melayu- susur jalur keturunan
c. Mengamalkan adat istiadat Melayu-susur jalur warisan keilmuan,
Menjenguk kembali Rukun Negara ketiga perkara tersebut pun diulang-ulang semula:-

  1. Kepercayaan kepada Tuhan 
  2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara 
  3. Kedaulatan Undang-undang
  4. Keluhuran Perlembagaan
  5. Kesopanan dan Kesusilaan  
Bilamana Melayu bersatu kemakmuran dan keberkatan itu sampai menjalar melinpah ruah kepada yang lain. 

Bilamana Melayu itu berpecah kemalapetakaan dan kemudaratan sampai menjalar kepada yang lain juga. 

Kita tidak perlu tunggu 132 orang Ahli Parlimen Melayu untuk mengungkapkan dan memulakan salam perpaduan.

Kita juga tidak perlu tunduk kepada kemahuan dan aspirasi 90 orang Ahli Parlimen bukan Melayu jika kita hendak menyatupadukan Melayu. 

Kita sendiri boleh melakukannya dan menggerakkannya. Bagaimanakah caranya?

Anda tunggu sahaja. Apabila tiba masanya seruan itu datang maka beramai-ramailah menyahutnya. 

Sahutlah dengan satu suara satu tindakan sepertimana kita menyahut seruan azan oleh muazzin.

 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...