Ahad, 3 Jun 2012

JOM KE SINI RAMAI-RAMAI ADA KEJUTAN !



K-POK NIK .. BERSAMA PAKATAN MENUJU KE NERAKA JAHANAM,


Sejak penubuhannya PAS terlalu ralit dengan pelbagai janji-janji untuk menyaingi UMNO. Tapi tiada satu pun janji mereka tertunai. DAP pula terlalu asik mahukan negara ini di tadbir oleh kaum Cina yang mendokong cita-cita dan aspirasi berlawanan dengan MCA. PKR pula terlalu ghairah mahu menghapuskan UMNO kerana terlalu geram dan berdendam dengan kepimpinan UMNO yang telah menolak Anwar Ibrahim di atas sebab musabab kegilaan Anwar Ibrahim kepada amalan kaum Nabi Luth a.s. Begitulah serba sedikit gambaran budaya K-POK NIK yang di junjung tinggi oleh Pakatan melebihi Al Qur'an dan hadis baginda Rasulullah s.a.w.

PAS yang pada mulanya mahukan Hudud dan Negara Islam tertegak akhirnya dimaudu'kan oleh DAP melalui Anwar Ibrahim. Aibnya mereka bukan kepalang. Setelah memerintah Kelantan selama hampir 22 tahun sejak rampasan kuasa di jalanan pada 1978 (Anwar Ibrahim turut terlibat sama) barulah Pok Nik hendak buat lebuhraya ke syurga. Selama ini Pok Nik tak terfikir nak buat sebab Pok Nik fikir cukuplah dengan mengundi PAS sahaja mampu menjamin pengundi ke sorga. 

Selepas insiden anaknya dan gerombolan PAS melanggar undang-undang kerajaan Arab Saudi dengan berdemonstrasi BUSUK 3.0, Pok Nik menerima tempeleng melalui fatwa para ulama Arab Saudi yang mengatakan adalah salah bagi mana-mana parti politik menjanjikan sorga kepada pengundi. Akbatnya, Hj Hadi pada masa Himpunan Rimba Hijau di stadium Alor Star yang cuma dihadiri oleh kanak-kanak PASTI dan veteran PAS serta kerusi stadium yang sengaja diwarnakan hijau di mana gambar-gambar disuperimposedkan bagi nampak ramai mengatakan di hadapan Pok Nik:-
Pas memang tak boleh janji syurga, yang berhak jamin syurga hanya Allah. Nabi pun tak berhak janji orang masuk syurga, cuma Tuhan bagi tahu Nabi, jadi kita boleh tahu siapa yang beriman dan beramal soleh dan ikut Islam maka akan masuk syurga, itu saja. Kita tak boleh senarai, itu bukan hak kita," 
Kita berasaskan kepada resolusi pakatan pembangkang, mengikut Perlembagaan, Islam sebagai agama Persekutuan, hak bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan raja berperlembagaan.
"Ini yang kita dahulukan, kita tak mahu lebih daripada itu. Kita bergerak atas tapak itu, tak mahu gopoh," katanya.
Kenyataan Hj hadi amat bertentangan dengan resolusi Pakatan terutama Karpal Singh dan Lim Kit Siang. Malah berlawanan arus dengan Pok Nik. Disebabkan itulah Nizar Sosialis berkata, 'Himpunan pada hari itu adalah petanda kejatuhan PAS di semua peringkat!" ~~~ Amiiiiiin !!!!

KHALID G LETAK JAWATAN SEBAGAI MENTERI BESAR, AZMIN ESKREM KETAWA RIANG.

Kalau Letak Jawatan Kat Mana Nak Cekau Duit Bayar Hutang BIMB ????????

Khalid G nak letak jawatan Menteri Besar? Ha.. ha ...ha ... ha .... kamon lah mana ada mana-mana pemimpin Pakatan yang berani bertanggunjawab dan bertindak sebagai lelaki berhemah pun. Chua Soi Lek sanggup meletak jawatan apabila video aksi pornonya tersebar luas. Pemimpin MCA sanggup hadapi pertuduhan kes rasuah dalam skandal PKFZ. Kak Ijat pun meletak jawatan. Malah suami Kak Ijat rela dihadapkan ke mahkamah. Anwar Ibrahim enggan melepaskan jawatannya dan bersumpah muhabalah bila video aksi lucahnya tersebar. Sebaliknya menyalahkan UMNO plak. Begitu juga dengan ADUN Selinsing. Sehinggakan ADUN Selinsing menyumpah seranah NADI RAKYAT yang membongkarkan semula skandal seksnya dengan isteri orang. Badrul Amin pun enggan melepaskan sebarang jawatan walaupun di tangkap berkhalwat dengan isteri orang.Azmin eskrem lagi besh. Terus terkujat dan memarahi pecacai upahan sebagai buta dan tuli. Apabila suatu kejahatan pemimpin Pakatan didedahkan pemimpin Pakatan tak berani hendak memikul tanggungjawab. Sebaliknya mereka akan terus meroyan dan meroyan mengemis simpati dan belas kasihan orangramai agar memaafkan kejahatan mereka supaya mereka boleh melakukan kejahatan yang lebih besar daripada itu.

Ya tuan-tuan dan puan-puan, pemimpin Pakatan telah melakukan pelbagai kejahatan yang besar-besar di atas nama RAKYAT ! Contohnya ... Jambatan Rakyat ke sorga di Kelantan. Penstrukturan konsesi air Rakyat di Selangor. Merakyatkan ekonomi Selangor. Geran Selangorku. Koleksi Sampah Sarap pun di atas nama RAKYAT. Tapi berapa senkah anda dapat selain subsidi RM11.47 sen setiap bulan (kecuali penghuni rumah pangsa rakyat miskin bandar)? Pemimpin Pakatan merompak, melacur dan menjual nama RAKYAT pada setiap saat, minit dan jam selama empat tahun. 

Pemimpin Pakatan juga turut membelasah polis di atas nama RAKYAT. Memberontak di jalanan di atas nama RAKYAT. Menipu dan berdusta mengenai skandal Scorpene di atas nama RAKYAT. Makan hasil kahzanah negeri di atas nama RAKYAT. Menghalau penduduk kampung di atas nama RAKYAT. Membebaskan seorang peliwat di atas nama RAKYAT. Memburukkan nama negara di atas nama RAKYAT. Menghina para Sultan di atas nama RAKYAT. memurtadkan umat Islam di atas nama RAKYAT. Menjual Sorga dan neraka di atas nama RAKYAT. Hai.... berapa lama anda semua sanggup bersabar dengan kejahatan pemimpin Pakatan yang dilakukan di atas nama RAKYAT? Andakah TUAN kepada mereka atau mereka yang menjadi TUAN memperhambakan anda semua di atas nama RAKYAT?.

JAM 9.00 PAGI INI, PENDUDUK SS 7 AKAN MELAKUKAN BANTAHAN TERHADAP KEZALIMAN REJAM PAKATAN KERANA MERAMPAS HAK AWAM MENGGUNAKAN KOMPLEKS SUKAN KELANAJAYA. AYOH .... BERSAMA RAKYAT DI ATAS NAMA MEREKA SENDIRI DAN BUKAN DI ATAS KEPALSUAN SLOGAN KETUANAN RAKYAT DI MANA RAKYAT DIPERBODOHKAN OLEH TUAN-TUAN DALAM PAKATAN RAKYAT!

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU!
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU

Sabtu, 2 Jun 2012

NIZAR SOSIALIS AKUI PAS BAKAL MUSNAH.


Semasa PAS Kedah meraikan Agenda Pemberontakan secara Aman ke atas pemerintahan Islam di Malaysia melalui samaran Himpunan Rimba Hijau di Alor Star yang dihadiri oleh kanak-kanak sekolah dan veteran PAS,  Nizar Sosialis membuat satu kejutan yang amat manis buat semua pecinta keamanan. Dalam keterujaan Nizar Sosialis mahu menghapuskan semua orang-orang beriman di dalam UMNO dan menumbangkan kerajaan Islam, Nizar mengatakan bahawa pemberontakan secara aman melalui Himpunan Rimba Hijau ini menjadi titik tolak kepada kemusnahan PAS di semua peringkat. Nizar Sosialis yang sebelum ini hebat di kritik kerana sindrom amnesia selektif berkenaan pembelian enambelas plat nombor bagi kegunaan EXCO Perak semasa pentadbirannya terdahulu dan memberikan anugerah pemilikan 99 tahun kelihatan semakin terdesak mencari semula kepopularitinya semula.


Kepimpinan Pusat PAS dan PAS Johor di cabar mengenakan tindakan tatatertib ke atas Nizar Sosialis. Sehingga ke saat ini kepimpinan PAS Pusat dan Johor masih mendiamkan diri. PAS perlu cepat sedar bahawa mereka sudah semakin jauh dari ajaran Islam. Lagipun sekutu persengkongkolan mereka sentiasa membuli PAS sehingga PAS tiada maruah dan harga diri lagi.

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU

Jumaat, 1 Jun 2012

KENAPA TMJ JOHOR DI SERANG SECARA TIBA-TIBA OLEH PAKATAN?

Tiba-tiba sahaja Nizar Sosialis menyebutkan mengenai pembelian plat nombor oleh TMJ. Angin takde dan ribut pun takde. Alih-alih Nizar Sosialis menyebutkan dalam twitternya mengenai pembelian no plat oleh TMJ. Kenapa? 
Apa sebabnya?
Siapa yang suruh?
Dari mana Nizar Sosialis tahu?
Ada sesiapa tahu?
Begitu terancang dan begitu teliti.
Kenapa TMJ dijadikan sasaran oleh Nizar Sosialis?
Nizar orang PAS.
Siapa orang kuat PAS di Johor?
Siapa pemimpin PAS yang di sebut-sebut sebelum ini sebagai calun Menteri Besar Johor?
Siapa pemimpin PAS yang rumahnya dan kenderaannya dikatakan di serang oleh molotov koktel?
Siapa pula pembocor maklumat di JPJ mengenai pembelian tersebut?
Kenapa PAS berminat dengan pembelian oleh TMJ?
Takkan pemimpin PAS tongong dan bahlol sangat mengenai kekayaan warisan turun-temurun kaum kerabat Sultan Johor?
Nizar Sosialis orang Perok .. yop!
Bukan orang Johor pun.
Tetapi kenapa Nizar yang sibuk pasal TMJ Johor?
Kenapa pemimpin PAS yang sedia ada di Johor tak berani nak keluarkan kenyataan tersebut?
Kenapa Nizar begitu berani mengusik TMJ ?
Ingat tak kisah Sultan Johor pernah menghalau proksi sebuah parti politik yang hendak merasuah baginda dengan wang tunai sejumlah RM3 juta?
Ingat tak selepas itu diletupkan sebuah kisah untuk memburukkan imej Sultan Johor?

Fikir sejenak. 
Puak Pakatan amat suka dan sentiasa mahu membangkitkan semula peristiwa-peristiwa hitam negara. 
BERSIH cuba membangkitkan semangat HARTAL 1948 dan Tragedi 13hb Mei 1969 serta ARAB SPRING.
Pakatan adalah copycat kepada semua perkara-perkara yang pernah mengegarkan negara.

Sebelum itu Rafizi keluarkan kenyataan menghina YDPA dalam kenyataanya menghentam BAFIA.
Sebelum itu Pakatan melaungkan KETUANAN RAKYAT yang sama dilaungkan di Sumatera Timur pada 1946 yang mengakibatkan para Sultan dan kaum kerabat mereka di bunuh secara beramai-ramai.
Lenyaplah tiga buah kesultanan Melayu di Sumatera Timur hanya dalam satu malam sahaja.

Krisis Perlembagaan pada tahun 1988 berpunca dari aduan seorang jurulatih hoki.
Kemudian DAP membuat gila mengenainya.
Ianya berpunca dari Johor.

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian. 
Pakatan mempunyai Agenda yang amat merbahaya dan terlalu merbahaya terhadap negara.
Kita boleh kehilangan MALAYSIA kerananya.

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...