Khamis, 29 Mac 2012

CIMB JANGAN MALUKAN UMNO SELANGOR & DS NAJIB & UMNO.

Sebagai menyambut kegusaran mengenai unsur-unsur parasit di dalam GLC seperti CMB yang disuarakan dua orang rakan bloger seangkatan yakni Papa Gomo dan Akar Umbi, hamba turut menyeru agar UMNO Malaysia dan UMNO Selangor perlu mengambil perhatian segera. Dari dulu lagi sebarang polisi kerajaan dar mana-mana pentadbiran kerajaan BN yang baik selalunya di sabotaj oleh kegiatan parasit yang menyusup masuk dalam jentera kerajaan, agensi kerajaan dan badan-badan GLC. Diaorg buat taik, UMNO dan BN dapat nama busuk. Kepincangan ini tidak boleh dibiarkan lagi. Sebaik-baiknya biarlah semua jentera kerajaan, agensi dan jabatan kerajaan serta badan-badan milik kerajaan dipenuhi oleh ahli-ahli parti sendiri. Kamonlah, ahli UMNO sendiri sudah 3.3. juta orang belum lagi ahli MIC , MCA , GERAKAN dan parti-parti komponen lain. Paling tidak pun 70% jawatan diisi oleh ahli parti. Pastikanlah yang mempunyai kelayakan dan pengalaman yang sesuai bagi mengisi jawatan-jawatan tersebut. Peranan dan fungsi jentera kerajaan bagi melaksanakan polisi pentadbiran BN. Mari kita membaca apa yang telah di tulis oleh Akar Umbi :-
Ada desas-desus mengatakan CIMB Shah Alam yang terletak di Bangunan UMNO Selangor akan berpindah. Alasan yang didengar ialah masalah parkir dan yang kedua, fengshui.
Kalau BN gagal di Selangor pada PRU13, rasanya gerenti CIMB akan keluar dari bangunan milik UMNO Selangor tersebut.
Jangan main-main, ini bakal jadi satu tamparan kepada PM Najib.
Untuk kepastian cuba-cubalah pegawai-pegawai UMNO Selangor bertanya pada kakitangan bank berkenaan.
Tanda-tanda CIMB buat kerjasama sosial (bukan bisnes?) telah pun terbukti awal tahun lepas.
 
baca seterusnya di sini AKAR UMBI

UMNO dan BARISAN NASIONAL tidak boleh lagi membiarkan puak Pakatanista mengambil kesempatan di atas kebaikan UMNO dan BARISAN NASIONAL. Dalam mana-mana program CSR GLC jika hendak sangatlah tunjuk tak pilh bulu buat je camnie ..dalam sepuluh program CSR , tiga buat kerjasama secara terhad dengan Pakatanista. tapi bila difikirkan balik lah buat apa beri peluang kepada Pakatanista nak tumpang tui kan? Pakatanista pun tak pernah menceritakan kebaikan UMNO dan BARISAN NASIONAL pun.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KALAU BUKAN YB UMNO GERENTI CALON PKR UNTUK PRU 13.

Agak lama jugak lah satu isu sensasi mengenai kononnya satu serbuan di buat pada jam 2.30 pagi di sebuah pusat maksiat dan kononnya seorang YB BN Melaka kantoi. Tapi tahukah anda tidak ada bukti kukuh mengenainya yang ditampilkan oleh para tukang fitnah pakatanista selain gambar sahaja ? Berikut adalah jawapan balas Rustam Ali KM Melaka mengenainya (errr harap-harap Rustam Ali sedar mengenai gambar yang dijadikan bahan asas kepada ramuan fitnah Pakatanista):-
KM Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mencabar pembangkang supaya menunjukkan bukti menunjukkan ada wakil rakyat BN diperiksa polis ketika serbuan di sebuah pusat hiburan hujung minggu lalu.
Beliau turut meminta media sekiranya menyimpan sebarang maklumat atau rakaman foto dan video yang menunjukkan wakil rakyat terbabit berada di pusat hiburan tersebut dalam serbuan jam 2.40 pagi itu.
"Saya tidak menerima sebarang laporan pun seperti apa yang didakwa pihak pembangkang dan setakat ini tiada laporan polis dibuat.
"Dakwaan itu hanyalah fitnah yang dilontar pembangkang. Mereka memang suka membuat fitnah, padahal sebelum ini pun pembangkang pernah menuduh kita sebagai kafir," katanya hari ini.-MK

Bila menjawab tuduhan dan fitnah Pakatanista kena berhati-hati nanti kalau tersilap cakap mampu dijadikan bahan oleh Pakatanista bagi ftinah lain pulak. Memandangkan di fesbuk gambar tersebut tersiar. Cuma tak dipastikan samada ianya adalah kaedah superimposed atau tidak.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Rabu, 28 Mac 2012

VIDEO BILA NALLAKARUPPAN DEDAH SEKSUAL ORIENTASI ANWAR BEN ISRAEL IANYA BERNILAI RM100 JUTA.

A HUNDRED MILLION RINGGIT  SEXUAL ORIENTATION.
NASIB KAU LAH LABU ..... ... 

Apabila Nallakaruppan yang selama ini banyak mendedahkan mengenai salahlaku seksual Anwar Ben Israel di saman oleh Anwar Ben Israel ianya bernilai RM100 juta. Begitulah hebatnya pendedahan tersebut. Tapi begitu murahnya Anwar Ben Israel menilai dirinya sendirinya. Huh, kalau maruah hanya bernilai RM100 juta jika di tukar kepada USD pun baru berapa jek atau Euro atau Pound Sterling. Alahai takat RM100 juta nilai maruah Anwar Ben Israel. Lembu NFC pun nilainya RM250 juta.Habislah ko Raffzi dan Mak Lempira. Hancus korang. Nilai maruah pemimpin korang lebih murah daripada nilai lembu NFC. Patutlah korang beriya-iya meroyan pasal NFCORP dan lembu NFC. Sekarang barulah hamba faham kenapa. Selain daripada itu Nallakaruppan turut mendedahkan mengenai hubungan intim dan istimewa Anwar Ben Israel dengan Shamsidar. OOOOO .. patutlah dalam 'CeritaKakWan'  akaq Wan Jijah tulis:-

Akaq Fenin dengan Nallakaruppan nie ..
"Terfikir juga saya, sampai bilakah semuanya harus saya pendam sahaja?
Indah, manis, sedih, geram,
marah, kasihan, meluat dan jijik
semuanya ada. Ia adalah sebahagian daripada aturan Allah kepada kami sekeluarga dan saya
redha, cuma di sana ada tuntutan bagi kita sebagai hambaNya agar sentiasa berusaha
membuang segala kefasadan dan mengambil segala kebaikan. Saya adalah seorang wanita
biasa yang mempunyai keinginan dan impian tersendiri. Bezanya cuma, saya adalah isteri
kepada seorang lelaki bernama Anwar Ibrahim."
Sungguh mendalamnya kata-kata akaq Wan Jijah bila di analisa dalam konteks pendedahan salahl kelakuan seksual Anwar Ben Israel. Berat mata membaca berat lagi tanggungan emosi akaq Wan Jijah. Tapi silap beliau sendiri. Isteri mana yang mampu bertahan ooooiiiii ! 

Nallakaruppan turut di ugut oleh para pembodek dan penjilat tegar Anwar Ben Israel agar berhenti membuat pendedahan. Ok lah kita dengar apa Nallakaruppan hendak katakan dalam video ini, fikir guna kepala otak yang waras dan bukan kepala lutut atau kepala lembu sosialis.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

AL FATIHAH & TAKZIAH. 2 ORANG AJK PEMUDA UMNO HULU LANGAT MAUT DALAM KEMALANGAN.

Orang ramai termasuk Ahli Dewan Undangan (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz (kanan) membantu mengangkat mayat Khairul Hisham Janarudin

AL-FATIHAH & TAKZIAH kepada dua orang arwah AJK Pemuda UMNO Hulu Langat yang maut dalam kemalangan. Mereka ialah arwah Khairul Isham Janarudin dan Saifuddin Kandar. Petikan berita dari blog Kamaluddin Idrus, :-

PUTRAJAYA 28 Mac – Dua Ahli Jawatankuasa (AJK) Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Hulu Langat, Selangor maut manakala tiga lagi cedera, termasuk seorang parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas lalu merempuh sebatang tiang lampu di Persiaran Timur, berhampiran susur keluar Desa Pinggiran Putra di sini, hari ini.Mereka yang terbunuh ialah Khairul Isham Janarudin dan Saifuddin Kandar yang merupakan penumpang kereta berkenaan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, beliau menerima panggilan daripada salah seorang mangsa yang terselamat dalam kemalangan itu yang memaklumkan bahawa kereta yang dinaikinya terlibat dalam satu kemalangan ngeri.Katanya, mereka dalam perjalanan pulang ke Kajang selepas menghantar Ketua Penerangan Pemuda UMNO bahagian itu, Al Dita Aladin ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menunaikan umrah.

Keadaan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang rosak teruk akibat kemalangan di Persiaran Timur berhampiran susur keluar Desa Pinggiran Putra.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

PAKATANISTA MAHU BUBAR DUN SEBELUM 32HB JUN 2012 INI?


Kembali serius membantai Pakatanista dalam isu politik. Ok lah berita terbaru dengarnya dah heboh satu Malaysia pasal kenyataan Pengarah SPR. Sebagai menjawab soklan maut wartawan berkenaan hak pemilih yang mendaftar pada suku tahun pertama 2012      ( Jan - 31hb Mac 2012), Pengarah SPR berkata jika mereka mendaftar pada atau sebelum Ahad ini 31hb Mac 2012 , mereka layak mengundi jika PRU 13 diadakan pada bulan Jun tahun ini. Itupun bersyarat jika sekiranya tiada bantahan ke atas senarai pemilih yang melibatkan mereka. Petikan lapuran berita Bernama :-
PUTRAJAYA 28 Mac – Rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih sebelum Ahad ini berpeluang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), jika pilihan raya diadakan selepas bulan Jun tahun ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, daftar pemilih bagi suku pertama tahun ini akan berakhir pada 31 Mac dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun (DPT ST) 1/2012 dijangka diwartakan pada bulan Mei ini.
"Kalau (pemohon) tidak terlibat dengan bantahan, mereka layak mengundi,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, demikian apabila diminta mengulas sama ada rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi pada suku tahun pertama tahun ini layak untuk mengundi pada PRU-13 sekiranya pilihan raya umum diadakan pada bulan Jun dan ke atas. - BERNAMA
Jadi elok lah sangat kepada siapa yang belum mendaftar silalah mendaftar pada Ahad ini 31hb Mac 2012. Janganlah pulak bila sudah mendaftar taknak pergi mengundi. 

Andaikata lah PRU 13 pada Jun 2012 , Hamba gerenti dengan penuh yakin tanpa rasa was-was dan syak wasangka Pakatanista Regim Punah Ranah akan membubarkan semua DUN yang dikuasai oleh mereka secara serentak pada 32hb Jun 2012. Cuma dalam kalendar yang digunapakai oleh kita pada hari ini dan di mana-mana jua pelusuk dunia ini ada ke 32hb Jun 2012 ? Kalau takde, jangan nak ngada kata PRU 13 pada bulan Jun 2012. Hamboi !

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...