Rabu, 28 Mac 2012

AL FATIHAH & TAKZIAH. 2 ORANG AJK PEMUDA UMNO HULU LANGAT MAUT DALAM KEMALANGAN.

Orang ramai termasuk Ahli Dewan Undangan (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz (kanan) membantu mengangkat mayat Khairul Hisham Janarudin

AL-FATIHAH & TAKZIAH kepada dua orang arwah AJK Pemuda UMNO Hulu Langat yang maut dalam kemalangan. Mereka ialah arwah Khairul Isham Janarudin dan Saifuddin Kandar. Petikan berita dari blog Kamaluddin Idrus, :-

PUTRAJAYA 28 Mac – Dua Ahli Jawatankuasa (AJK) Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Hulu Langat, Selangor maut manakala tiga lagi cedera, termasuk seorang parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas lalu merempuh sebatang tiang lampu di Persiaran Timur, berhampiran susur keluar Desa Pinggiran Putra di sini, hari ini.Mereka yang terbunuh ialah Khairul Isham Janarudin dan Saifuddin Kandar yang merupakan penumpang kereta berkenaan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, beliau menerima panggilan daripada salah seorang mangsa yang terselamat dalam kemalangan itu yang memaklumkan bahawa kereta yang dinaikinya terlibat dalam satu kemalangan ngeri.Katanya, mereka dalam perjalanan pulang ke Kajang selepas menghantar Ketua Penerangan Pemuda UMNO bahagian itu, Al Dita Aladin ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menunaikan umrah.

Keadaan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang rosak teruk akibat kemalangan di Persiaran Timur berhampiran susur keluar Desa Pinggiran Putra.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

1 ulasan:

Unknown berkata...

Al Fatihah, semuga roh mereka dicucuri rahmatNya. Ameen.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...