Jumaat, 30 September 2011

KAK WAN JIJAH DIAM MASA KARPAL MEMBULI HJ HADI.

Yo..yo..yoo .. wassup King Singh?

Episod ini di pungut daripada sahabat bloger THE FLYING KICK (TFK). Dalam mesyuarat Pimpinan Pakatan 'Tipo' Rakyat tempohari Karpal Singh telah mengherdik Hj Hadi. Suara keras herdikan Karpal kedengaran sampai di luar bilik. Kebiadapan Karpal adalah manifestasi sikap DAP suka menghina bercampur kebencian perkauman ke atas ISLAM dan MELAYU. 

Karpal dengan lantang mengherdik Hj Hadi agar bersifat tegas sebagai Presiden PAS daripada hanya menjadi budak angguk kepada Pok Nik si Mursyidul Am.Huh. PAS ini milik siapa agaknya? Milik Presiden DAP yang juga tidak berkuasa daripada Setiausaha Agongnya sendiri atau milik Presiden PAS?

Tidak pula dilapurkan samada Hj Hadi membalas kebiadapan Karpal tersebut. Ok, anggap saja perkhabaran ini benar apakah maknanya? Bermakna PAS bukan rakan kongsi dan sekutu sekufu dengan DAP dan PKR.PAS hanya di anggap sebagai sebuah parti hamba abdi bertaraf 'Anjing' kepada DAP dan PKR. Sahihlah PAS ini mangsa buli kepada DAP dan PKR.Bayangkan PAS mempunyai bilangan ahli teramai daripada DAP dan PKR tapi hanya jadi hamba abdi kepada kedua parti tersebut. Bukan secara paksaan tetapi di atas kerelaan PAS sendiri. Tak malu ke?

Seperti dijangkakan PAS isyithar kemenangan mengikut amalan menipu diri sendiri.UMNO dipersalahkan. Mudahnya PAS berpolitik. Mulalah merebak sindrom UMNOFOBIA di fesbuk, twitter dan blog PAS. Kasihan sungguh PAS ini kerana lebih takutkan DAP dan PKR daripada kemurkaan Allah subhanahu wa ta'ala. Pok Nik yang cabul mulut, Hj Hadi yang kena herdik, Majlis Pimpinan Pakatan 'Tipo; Rakyat yang putuskan UMNO yang salah. Benar-benar desperado Lebai Malang PAS. 

Jom tanya komen kak Wan Jijah yang mungkin berdiam diri melihat Hj Hadi diherdik oleh Karpal Singh. Akaq .. apa komen akaq mengenainya?

Akaq masa tu tertidur lah dik ..... 
Akaq kan Presiden Boneka aje


TEPUK DADA TANYA IMAN!

KAK WAN JIJAH UMPAMA EMPANGAN AIR KERING.


Peta di atas menunjukkan lembangan Sungai Selangor yang menjadi sumber utama kepada perbekalan air di Selangor. Kawasan tadahan dan empangan air berada.

Sejumlah 33 empangan air/loji rawatan air beroperasi pada masa ini membekalkan air yang di rawat. D beli oeh SYABAS dan dibekalkan kepada seluruh pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.

Gambar satelit empangan yang sedang di bina. Di kenali sebagai SSD (Sungai Selangor Dam). Inilah kawasan ditandakan dengan warna hitam yang anda lihat di dalam peta di atas. Sebuah empangan yang bakal di bina seperti SSD yakni dikenali STD (Sungai Tinggi Dam).

SSP3 Layout
Kesemuanya ini adalah hasil perancangan pentadbiran BN terdahulu mempelajari krisis Air 1998. Pentadbiran DAP-PAS-PKR hanya meneruskannya sahaja tetapi nampaknya terlalu banyak penyelewengan dilakukan oleh mereka secara diam-diam dan berselindung di sebalik kempen ' KEMBALIKAN HAK AIR' walhal dalam setiap konsesi air kerajaan Selangor mempunyai minima 30% - 60% ekuiti dalam setiap syarikat konsesi. Itu ekuiti pegangan hak rakyat tau. DAP kecor air liur.

WTP
Loji Rawatan Air Bukit Badong Peringkat Satu.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KAK WAN JIJAH & PUTERA KATAK GUAN ENG


Amacam ? Ada iras-iras tak?

Kali ini kita membicarakan hal mengenai Putera Katak Guan Eng. dengan kak Wan Jijah. Apakah persamaan yang mereka berdua ada? Kak Wan Jijah selama ini mengimpikan sekur Putera Katak untuk membawanya pergi jauh dari seorang lelaki bernama Anwar Ibrahim tanpa menjejaskan kebahgiaannya sebagai seorang nenek dan ibu. Bagaimana pula dengan Putera Katak Guan Eng? 

Putera Katak Guan Eng hanya mahu 'melupakan' kenyataannya menghina Johor. Kenyataan yang membawa padah besar kepada kerjaya politik beliau sama seperti Mat Syabu. Keduanya mahu melupakan apa yang pernah mereka ucapkan. 

Bezanya. Mat Syabu tidak pernah mengakui kepada mana-mana sidang akhbar bahawa beliau tidak mempunyai keupayaan melompat-lompat seperti sekur katak. Hanya Guan Eng mengakui dalam sidang akhabr petang semalam bahawa beliau 'tidak mempunyai keupayaan sekur katak melompat-lompat dari satu negeri ke negeri yang lain. Mustahil, memandangkan beliau melompat dari Melaka ke Pulau Pinang dan seterusnya melompat lagi menaiki hirarki menajdi Ketua Menteri atas katak-katak DAP lain.

Katak ini spesis amfibia yang habitatnya berada di kawasan berair. Mungkin Khalid G boleh tunjukkan di mana habitat katak di empangan Sg Langat 2 yang masih belum siap pembinaannya akibat tamak dan rakus. Lagipun Khalid G kena bela banyak katak untuk panggil hujan dari pekan ke kawasan tadahan.

Memang hebat kisah doingeng Putera Katak Guan Eng ini. Tapi beliau masih tidak sehebat sekur lagi putera Kodok bernama Isham Rais yang dari Malaysia boleh melompat jauh sampai ke Belgium selama 21 tahun! Apakata Presiden Kak Wan Jijah dalam hal ini? Komen sikit kak Wan ....

Errrr .. apa soklan tu tadi dik??? Sori lah .. akaq sedang berangankan 
PUTERA KATAK akaq .....

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Khamis, 29 September 2011

JOM PEDULI! MANA YANG PENTING?


Anda semua perlu tahu bahawa dalam konsesi perkhidmatan air antara SYABAS dengan pentadbiran kerajaan negeri terdahulu. Fakta ini telah sengaja diselewengkan oleh pentadbiran sekarang di bawah Pakatan 'Tipo' Rakyat atas kepentingan politik sempit mereka sahaja.

Anda tentu pernah membaca mengenai isu yang sama diterbitkan oleh sahabat bloger hamba Gerakan Anti PKR dan Darul Ehsan Today. 

Sebenarnya, SYABAS hanya bertanggungjawab dalam perkhidmatan pembekalan air bersih (air sudah di rawat di loji-loji air yang bukan milik SYABAS tetapi milik gomen negeri) dari loji rawatan air sehingga ke pengguna sahaja. SYABAS bukan mendapat percuma air rawatan tersebut malah perlu membelinya, Ini termaktub di dalam perjanjian konsesi perkhidmatan air SYABAS.

Ramai yang mungkin bertanya soalan ini, apakah rasional dan justifikasi memberikan konsesi perkhidmatan air kepada SYABAS? Tidakkah jika perkhidmatan air yang dikonsesikan kepada SYABAS diambil alih oleh gomen negeri semula ini akan menjadikan tarif air jauh lebih rendah? Betul ke begitu?

Fikir beginilah, anda ada bahan mentah tapi anda kekurangan modal kerana kos yang tinggi. Anda tidak mampu menjualnya pada kos yang rendah. Jadi anda lantiklah mana-mana individu untuk tangggung kos tersebut kepada anda di samping anda turut menikmati keuntungan daripada penjualan tersebut. Tidakkah anda untung dalam urusniaga sedemikian? Begitulah juga dalam soal konsesi perkhidmatan air kepada SYABAS. Fikirkanlah.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

ISU HUDUD: TRANSKRIP PENUH SIDANG AKHBAR.


Ini di ambil daripada sahabat bloger Pak Din (Kamaluddin's blog).Sesi soal jawab antara media dengan Anwar Ibrahim selepas mesyuarat Drama Swasta Pakatan 'Tipo' Rakyat dalam isu Hudud. Nampak benor pembohongnya mereka semua!  

Wartawan: Apakah bentuk penyelesaian yang telah dicapai di antara pendirian DAP dan PAS mengenai pelaksanaan undang-undang Islam (dan) apa bentuk tolak ansur yang dicapai oleh Pakatan Rakyat (kerana) Karpal (Singh) menyatakan dengan tegas bahawa DAP akan meninggalkan Pakatan Rakyat (berhubung isu hudud).
Anwar Ibrahim: Rakan-rakan saya yang lain boleh tambah (dalam hal ini). Sebenarnya tiada rujukan langsung ke atas perkara itu (pelaksanaan undang-undang/negara Islam). Satu-satunya perkara yang dirujuk di sini ialah soal berkaitan dengan dua enakmen lama iaitu di Kelantan (1993) dan Terengganu (2003). Semua pihak mengakui akan perbezaan ini dan juga perkara tersebut dan juga segalanya tertakluk kepada semangat konsensus (di kalangan pakatan) dan semangat perlembagaan persekutuan. Tidak ada kompromi dalam soal itu.
Wartawan: Jadi adakah ini bermakna mulai esok, PAS akan berkata “Ya kami tidak akan melaksanakan hukum hudud kerana ia tidak selari dengan aspirasi pakatan secara keseluruhannya?
Anwar: Biar saya jelaskan di sini bahawa kedua-dua enakmen yang saya sebutkan tadi telah ada tetapi masih perlu merujuk kepada Pakatan Rakyat kerana ia melibatkan soal meminda perlembagaan persekutuan. Jadi ia bukan lagi satu isu. Exco Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan juga hadir di sini yang telah menjelaskan pendirian Kerajaan Kelantan dan keperluan untuk melaksanakan hukum itu hanya boleh dilakukan selepas pindaan dilakukan ke atas perlembagaan persekutuan. Jadi itulah situasinya dan oleh yang demikian ia tidak relevan dengan soalan yang ditanya.
Wartawan: Jadi jawapannya ialah segala-galanya perlu menunggu pindaan ke atas perlembagaan persekutuan dilakukan terlebih dahulu yang bermakna memerlukan sokongan ahli-ahli Parlimen untuk berbuat demikian tetapi Datuk Seri menyatakan aspirasi PAS ialah untuk melaksanakan hukum hudud namun bergantung kepada konsensus untuk meminda perlembagaan terlebih dahulu?
Anwar: Ia memerlukan konsensus Pakatan Rakyat dan juga pindaan ke atas perlembagaan persekutuan dan pendirian DAP ialah mereka tidak di dalam posisi untuk menyokong cadangan itu. Ia adalah sangat jelas…terima kasih.
Wartawan: Untuk penjelasan…adakah ini bermakna Pakatan tidak boleh meneruskan undang-undang hudud kerana DAP enggan menyokongnya?
Anwar: Pakatan menghormati inisiatif dan aspirasi PAS (berhubung hudud) tetapi Pakatan perlu mencapai konsensus untuk meminda perlembagaan persekutuan terlebih dahulu.
Wartawan: Hari ini tidak capai konsensus itu?
Anwar: Pendirian yang dicapai hari ini amat jelas…DAP tidak setuju (hudud) manakala Keadilan dan PAS menghormati keputusan tersebut.
Wartawan: Jadi apa yang boleh menghalang PAS daripada menimbulkan isu ini lagi pada masa akan datang.
Anwar: Kenapa harus kita menafikan PAS daripada memperkatakan isu atau membincangkannya pada masa hadapan? Ini adalah proses demokratik, ini bukanlah Pakatan Rakyat yang dikawal oleh Umno. Kami sentiasa menghormati hak rakyat untuk mengemukakan sebarang cadangan, menanya soalan, membangkitkan sebarang isu tetapi akhirnya yang menentukan ialah semangat konsensus. Maksud saya untuk menafikan hak PAS untuk memperkatakan isu ini atau apa jua pendirian mereka adalah sesuatu yang tidak adil. Kita tidak boleh menafikan hak mana-mana pihak termasuk PAS, DAP atau Keadilan untuk mengemukakan apa juga pandangan. Dalam kes undang-undang syariah, kita tidak boleh menghalang PAS daripada mengemukakan pandangan dalam mesyuarat atau di luar mesyuarat sebab pendirian kita jelas…menghormati hak dan aspirasi PAS. Cuma ia terikat dengan apa yang kita sebut dasar bersama, semangat perlembagaan dan buku jingga.
Wartawan: Tetapi bercakap tentang proses demokratik, kenapa Pakatan mengeluarkan arahan larangan pemimpin pakatan daripada bercakap mengenai soal pembahagian kerusi dua minggu lalu?
Anwar: Ia bukanlah satu larangan yang serius…semua orang mengemukakan pandngan masing-masing tapi kita meminta agar ia selari dan konsisten dengan kedudukan yang telah diambil oleh parti dan semangat Pakatan Rakyat. Itu sahaja.
Wartawan: Apabila Datuk Seri menyebut tentang konsensus, apakah ini bermakna ketiga-tiga parti dalam pakatan perlu bersetuju?
Anwar: Konsensus tentang perlembagaan persekutuan, dasar bersama dan buku jingga.
Wartawan: Apakah pendirian mengenai soal hudud ini akan dikaji semula pada masa hadapan?
Anwar: Kita sentiasa boleh berbincang mengenai perkara ini dalam mesyuarat akan datang. Tidak ada apa yang patut menghalang kami daripada berbincang mengenainya. Datuk Seri Hadi Awang dan Datuk Takiyuddin yang mewakili Kerajaan Kelantan telah menjelaskan mengenai hudud.
Wartawan: Tapi Datuk Seri, perkara ini pertama kali ditimbulkan oleh Tok Guru Nik Aziz. Apakah Tok Guru dijelaskan mengenai keputusan bersama ini.
Anwar: Kita hormati pendirian Tok Guru Nik Aziz. Kita dengar…saya sendiri ada hubungi beliau, Datuk Seri Hadi Awang dan pimpinan PAS yang lain ada hubungi beliau dan beliau sendiri telah menghantar Datuk Takiyuddin mewakili kerajaan negeri untuk bantu jelaskan kepada kita…terima kasih dan selamat malam.
TQ PAK DIN! 
KALAU DAH ISU SEBESAR INI MEREKA BOHONG APATAH LAGI DALAM ISU KONSESI PERKHIDMATAN AIR DAN MENGENAI KRISIS AIR DI SELANGOR.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...