Ahad, 31 Julai 2011

OUCH ! MAK LEMPIRA 'RED-HANDED?'

Golden Dragon avatarOUCH ! Uhu ! Alamak ! Pada mulanya skandal menggenparkan mengenai Mak Lempira Zuraidah Kamaruddin Ahli parlimen Ampang dari Parti PornoKR yang sedang hangat diperkatakan di kalangan loger pro kerajaan tidaklah saya hiraukan sangat. Beliau merupakan salah seorang ahli politik pembangkang yang saya tidak gemari langsung, tidak ada kelas tersendiri, tidak ada kredibiliti, tiada kewibawaan dan tiada bakat menjadi pemimpin. Sepanjang saya mengikuti ceramah-ceramah politiknya di dalam kempen-kempen PRK yang lepas, saya dapati Zuraidah Kamaruddin lebih banyak mengilai dan syok sendiri terlampau. Tiada apa pun yang boleh dibanggakan mengenai buah fikirannya. Beliau cuma efektif sebagai seorang pencetus huru hara sahaja. 

Namun, skandal yang dikaitkan dengan beliau pada kali ini benar-benar membuatkan perasaan ingin tahu itu semakin mendesak. Bukti-bukti bergambar yang merakamkan aksi-aksi beliau sedang menunggu 'Budak Permainan' sungguhlah mengejutkan berkali-kali. Terfikir juga di fikiran, adakah tekanan bebanan sebagai seorang ahli Parlimen pembangkang menjadi punca ramai ahli politik pembangkang terjerumus mencari ketenangan dan kedamaian dalam bentuk melempiaskan naluri semulajdi pembiakan manusia?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

UCAPAN KEPADA BANG NUO SEMPENA RAMADAN AL MUBARAK.

Golden Dragon avatarASSALAMUALAIKUM WBT kehadapan (tiada berani hendak tunjuk belakang) bang Nuo, memandangkan bulan Ramadan Al Mubarak sudah hampir menjelang dan kebetulan Kes Prima Facie bang Nuo meliwat si Saifol akan bersambung bicara dalam bulan kemuliaan umat Islam, bulan di mana umat Islam berpuasa menahan nafsu gelora pada terbit fajar shodiq sehingga tenggelam matahari di ufuk, kami kumpulan yang anti bang Nuo meminta agar bang Nuo 'behave properly'. 


Kami juga menuntut agar bang Nuo berhenti tutup mulut bang Nuo yang amat celupar itu sepanjang bulan Ramadan ini. Kami juga menuntut agar Bang Nuo turut menutup akan segala mulut-mulut sekutu-sekutu bang Nuo tidak kira samada beragama Islam atau tidak agar menghormati bulan Ramadan termasuklah juga akan segala jejuak pencacai upahan bang Nuo. 

Sekiranya bang Nuo termasuklah semua sekutu-sekutu dan jentera fitnah bang Nuo menjaga betul-betul tertib puasa dan tidak celupar serta menabur fitnah rekayasa sepanjang bulan Ramadan ini maka kami akan membalasnya dengan dengan kadar berpatutan. 

Kami juga menuntut agar bang Nuo kurang-kurangkanlah aktiviti menghasut dan bersifat tawaddu' pada bulan Ramadan Al Mubarak ini. Perbanyakkan istighfar dan ingati mati. sesungguhnya orang yang bijak ialah mengingati mati dan orang yang paling kuat ialah orang yang penyabar. 

Kami juga menuntut agar bang Nuo betaubat nasuha bersungguh-sungguh dan muhasabah diri, Janganlah pulak bang Nuo berlakun sakit apendiks. Cukup-cukuplah lakunan bang Nuo, tak best pun selalunya overacting terlebih. Sudah-sudahlah menipu dan berbohong kepada rakyat. Muaklah dengan pembohongan bahlol bang Nuo.

Kami menuntut bang Nuo memBERSIHkan segala kekotoran dalam hati bang Nuo itu, takkan SPR je yang nak bersih kan? Berusahalah mensucikan hati bang Nuo yang sudah hitam legam pekat zulmat dengan pelbagai nafsu ammarah yang bukan sahaja mencelakan diri bang Nuo dan keluarga bang Nuo tetapi juga rakyat jelata. Masih tidak cukupkah huru hara dan jalan kebinasaan yang bang Nuo cetuskan selama ini?

Kami menuntut agar bang Nuo menghentikan terus POLITIK KOTOR amalan bang Nuo dan kembali ke pangkal jalan. Masih belum terlambat buat bang Nuo. Sebarang demonstrasi, perarakan, perhimpunan dan ceramah-ceramah yang menjadi paltfom bang Nuo kutuk sana sini, fitnah sana sini dan maki hamun sana sini ikut suka hati bang Nuo dihentikan terus. Hadapilah semuanya dengan kesabaran. Lembutkan hati, kepala dan anggota sulit bang Nuo yang selama ini dok keras mengalahkan batu granit.

Kami menuntu agar kedamaian dan keharmonian yang selama ini di kocak dan di ganggu oleh bang Nuo dikembalikan semula kepada rakyat jelata agar sambutan Ramadan dan 'Aidil fitri dapat dirasai semula sepertimana pada masa tahun-tahun kedamain belum dirobek-robek oleh kerakusan bang Nuo.Bang Nuo terimalah hakikat yang bang Nuo tidak layak jadi pemimpin. Eloklah bang Nuo perbaiki diri sendiri dan jaga cucu-cucu bang Nuo.

Kami juga menuntut bang Nuo buat kesekian kalinya menjadi suami yang baik, tawaddhu' dan waraq kepada kak Wan Jijah yang selama ini dahagakan kasih sayang seorang suami yang macho dan tidak buat hal macam-macam. Bang Nuo kena kesiankan kak Wan Jijah. Selama ini bang Nuo abaikan perasaan dan hati kak Wan Jijah. Habiskanlah usia emas bang Nuo dengan kak Wan Jijah dengan ketenangan dan nikmatilah kehidupan sebagai suami isteri yang sebenarnya. 

Kami juga menuntut bang Nuo memohon maaf kepada secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia di atas kejahatan yang bang Nuo lakukan selama ini. Bang Nuo kena akui setiap satu kesalahan bang Nuo. Janganlah masih nak berlaku egois dan pentingkan diri sendiri. Buangkanlah semua sifat-sifat mazmummah bang Nuo itu, Lagipun bang Nuo, rumah sudah kata pergi kubur sudah kata mari, takkan tak nak insaf-insaf lagi.. Bak kata Karpal Singh .. " Anwar Ibrahim has done enough trouble for this country .. Anwar Ibrahim harus bertaubat!"

Sekian, terimakasih.

MOHON MAAF JIKA TERSINGGUNG.KERANA TIADA PANDAI KAMI BERBOHONG.
WALAIKUMUSALAM
Akhir Sya'aban nak masuk Ramadan.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

WAN JIJAH PUN TIDAK SEHEBAT WANITA INI.

Golden Dragon avatarApa ada pada Wan Jijah pun ? Setakat menjadi seorang yang dinobatkan oleh pentaksob suaminya sebagai isteri setia lagi mithali tetapi apabila diajukan dua persoalan pokok, dia menjadi tidak keruan. itu baru dua persoalan pokok yang amat mudah yakni dimanakah Anwar pada masa kejadian kes prima facie meliwat Saifol dan dimanakah jam Omega? Berbanding dengan seorang wanita ini. walaupun bertalu-talu dan di asak dari pelbagai arah sudut, namun dia nampak bersahaja. Apa yang penting bagi wanita itu ialah dia sentiasa berada di samping suami tersayang. Wanita itu tidak pernah pun merungut mahupun tergugat oleh pelbagai fitnah ke atas dirinya, Wanita itu tetap meneruskan kerja-kerjanya membantu masyarakat mengikut kemampuannya.

Lantaklah apa pun fitnah dan rekayasa yang dilemparkan kepadanya, Tidak sedikit pun dia meminta bantuan para bloger seperti kami untuk mempertahankannya.Wanita itu sanggup menempuh pelbagai cemuhan, kejian, celaan, makian, sumpah seranah dan macam-macam lagi lah yang sekiranya dilontarkan kepada Wan Jijah sudah pasti ramai para jejuak suaminya turun gelanggang dan berpencak silat mempertahankannya. Tapi tidak wanita ini. Wanita ini tidak pernah merungut mahupun ambil pusing tentang segala cemuhan kepada dirinya. Wanita itu sentiasa tabahkan hatinya dan memujuk hatinya. Seolah-olah dunianya sedikit pun tidak berkocak dan terkesan.

Kita tidak pernah pun mendengar wanita itu melenting, melatah atau menjadi marah di atas setiap tohmahan ke atas dirinya. Wanita itu tidak pernah pun memberikan sebarang kenyataan balas mempertahankan dirinya dan jika dia membuat kenyataan balas itu hanya kerana ada desakan dari dalaman untuk dia berbuat begitu. Kekuatan dan keyakinan dirinya amat tinggi berbanding dengan Wan Jijah yang bergantung sepenuhnya kepada kekuatan suaminya yang berlaku curang. wanita itu mempunyai kekuatan yang sungguh luarbiasa yang tidak langsung nampak di mata para pengkritiknya. Sungguh mengkagumkan wanita itu !

Errr ... siapakah wanita tersebut ? Sila lihat gambar di bawah ini. Jangan terkejut, tapi itulah WANITA YANG DIMAKSUDKAN, wanita yang paling banyak menerima fitnah daripada pembangkang tetapi wanita itu mempunyai kekuatan jatidiri yang amat ampuh. Bayangkanlah, seluruh jentera pembangkang mengasaknya tapi masih gagal menumbangkannya. Waduh, jika difikirkan secara waras, seluruh jentera pembangkang pun tidak mampu menumpaskan seorang wanita. Sungguh memalukan ! Wanita ini mampu menewaskan seluruh jentera pembangkang seorang diri ! Kalaulah semua pemimpin-pemimpin lelaki UMNO dan BN mempunyai kekuatan jatidiri dan semangat kental sepertinya sudah tentu pembangkang akan TUMPAS! TERSUNGKUR TERSEMBAM KE BUMI....!!!!!


DATIN SERI ROSMAH MANSUR.

Jika anda berada di dalam situasinya, anda pun akan goyah segoyahnya tapi tidak bagi 
DATIN SERI ROSMAH MANSUR !
WANITA PERTAMA YANG BERANI LAGI KENTAL
benar-benar seorang yang tabah dan penyabar

WA CAYA SAMA DATIN SERI ROSMAH MANSUR!

TEPUK DADA TANYA IMAN!

AKHIRNYA SHUHARDI KEMBALI DARI ALAM BARZAKH.

Golden Dragon avatarAkhirnya Shuhardi bintang baru yang telah lama di cari oleh PDRM muncul. dalam satu sidang akhbar dan memberikan penjelasan mengenai 'kehilangannya' dan seperti yang anda boleh tanggapi penjelasan yang diberikan olehnya itu berskrip di mana jalan ceritanya adalah menyalahkan bloger seperti kami ini dan juga pihak polis di samping melindungi bloger pembangkang yang telah menyiarkan gambarnya sebagai arwah Baharuddin. Shuhardi tampil setelah sekian lamanya. Bukan dia tidak tahu pihak PDRM sedang mencarinya. Kenapa dia tidak menyerahkan dirinya ke balai polis yang berdekatan. Kenapa dia perlu membuat sidang akhbar terlebih dahulu dengan skrip yang sudah dijangkakan? Amboi, mentang-mentanglah pihak berkuasa bermurah hati membebaskan 6 orang tahanan EO dan mendapat sambutan adiwira. Adakah Shuhardi ini 'hanya berani' setelah melihat bagaimana 6 orang tahanan EO menjadi hero? Nampaknya, KDN amat pinter ! Berikut ialah petikan akhbar BERNAMA mengenainya.

KUALA LUMPUR 30 Julai — Shuhardi Md. Isa, lelaki yang didakwa berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan haram di ibu negara pada 9 Julai lalu, hari ini menafikan dirinya bersembunyi, melarikan diri dan enggan bekerjasama dengan polis.


Shuhardi yang ditemui pada satu sidang akhbar di sini, sebaliknya berkata, beliau tidak pernah menerima sebarang surat rasmi memintanya menghadirkan diri bagi membantu siasatan dari mana-mana balai polis.
"Bukankah polis lebih profesional dan tahu segala prosidur jika mahu seseorang itu memberi keterangan berhubung apa-apa kes? Saya tidak bersembunyi, datanglah ke rumah saya dengan tertib. Saya akan bekerjasama dengan mereka (polis),” katanya.

Shuhardi yang juga Setiausaha Agung Persatuan Usahawan Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop) menjelaskan, beliau terpaksa tampil memberi penjelasan berhubung kekeliruan kematian Allahyarham Baharudin kerana ia jelas menjatuhkan maruah dirinya.

"Saya masih hidup... yang meninggal Allahyarham Baharudin. Saya ingat perkara ini dah selesai dan saya tidak perlu tampil beri keterangan kerana ada blogger-blogger yang mengeluarkan gambar saya dengan mengatakan saya adalah Allahyarham Baharudin, telah meminta maaf kepada saya.

"Tapi semalam bila saya lihat komen Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang berkata saya dipercayai menyembunyikan diri, saya terpaksa mendedahkan perkara ini,” katanya.
Beliau berkata, polis sepatutnya menyiasat mereka yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai dirinya daripada menumpukan siasatan ke atas dirnya sendiri.

Beliau berkata, kekeliruan tersebut terlebih dahulu telah dijelaskan oleh anaknya menerusi laman facebook dengan menjelaskan bahawa gambar yang disiarkan bukanlah gambar Shuhardi yang pengsan dalam perhimpunan tersebut. 

Suhardi berkata, beliau bersedia memberikan kerjasama dengan pihak polis dan boleh dihubungi di talian 012-3900740. — Bernama 

Diperkirakan pada kali ini pakar strategis dan pembuat skrip pembangkang memang lembab bertindak. Ini adalah petanda bahawa pembangkang semakin goyang gerudi. Mereka sendiri pun sebenarnya sudah menjadi tidak keruan semenjak abang Nuor ada KES PRIMA FACIE MELIWAT BON**Tuuut* JANTAN dan sambung bicara pada 8hb Julai 2011 untuk membela diri. 

TEPUK DADA TANYA IMAN! 


INTEGRITI PEMBANGKANG DULU & SEKARANG. DULU BADUT SEKARANG SARKIS.

Golden Dragon avatar
31HB OGOS 1957. tarikh kita mengisytiharkan Merdeka dan memerintah sendiri negara mengikut acuan kita. Kita mencapai kemerdekaan melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang telah ditandatangani di antara sembilan orang Sultan-sultan Melayu dengan kerajaan British. Tidak ramai mahu membincangkan sebab musabab kenapa sembilan Sultan-sultan Melayu yang menandatangani Perjanjian yang membawa kepada kemerdekaan negara. Bagaimankah proses peralihan kuasa kedaulatan itu berlaku? Pernahkah golongan muda sosialis yang amat membenci UMNO bertanyakan hal ini? Tahukah anda bahawa sesi PERTAMA PERSIDANGAN PARLIMEN MALAYSIA ialah pada 11hb September 1959 bersamaan dengan hari Jumaat di mana antara pembangkang yang terkenal adalah arwah Dato' Onn bin Jaafar (Kuala Terengganu Selatan) Dr Burhanuddin Mohamed Noor Al Hilmy (Besut)  dan Ahmad Boestamam (Setapak). Parti Perikatan telah menguasai 2/3 majoriti dan pembangkang menguasai 1/3 mewakili 46% pemilih dari dua juta pemilih yang ada pada masa itu.. Bilangan kerusi Parlimen ialah 106.

Pembangkang diwakili oleh PAS, PPP dan Malayan Party dan 2 orang ahli Bebas. Sejak mula-mula Parlimen Malaysia bersidang sebagai sebuah badan legislatif yang mewakili kuasa-kuasa Yang DiPetuan Agong yang mewakili kuasa-kuasa Sultan-sultan Melayu di dalam MAJLIS RAJA-RAJA, komposisi pembangkang Malaysia tidak pernah berubah. Balik-balik fahaman yang sama dan gandingan yang sama. Sosialis, PAS dan Melayu yang tak sehaluan dengan UMNO. Sama sahaja seperti sekarang.

Kedua tokoh Dr Burhanuddin Mohamed Noor Al Hilmy dan Ahmad Boestamam merupakan idola pujaan golongan muda yang membenci UMNO. Tahukah mereka bahawa kedua tokoh idola mereka pernah makan gaji dan menerima elaun sebagai Ahli Parlimen? Malah kedua tokoh idola mereka terpilih untuk menjadi anggota JAWATANKUASA PEMILIHAN bagi deraf pertama PERATURAN MESYUARAT DEWAN RAKYAT dalam sidang kedua Parlimen pada 12hb September 1959 atas cadangan yang di buat oleh ayahanda kepada Perdana Menteri Malaysia sekarang ini.

Dalam ucapan tahniah kepada Tuan Speker yang pertama, Dato Onn bin Jaafar antara lain menyebutkan mengenai peranan yang dimainkan oleh pembangkang seperti berikut:-

"This House is not quite the same as the previous Legislature as we now have opposition which I believe will make for healthy debates. Speaking for myself I can give you an assurance. This is because I have heard of the apprehension in some quarters that the opposition is merely oppose. As a matter of fact it is not going to be so. The aim of the opposition is to offer constructive  criticisms. That is what I have in mind. However, although I have given this assurance it should not be thought  that I will always be at one with everything that is desired by the government". - Hansard Parlimen sesi pertama 11hb September 1959. 

Ada tiga perkara yang penting disebutkan oleh Dato Onn Jaafar mengenai peranan utopia pembangkang iaitu pertama DEBAT SIHAT, kedua KRITIKAN MEMBINA.dan ketiga KADANG-KADANG MENGIKUTI KEHENDAK KERAJAAN TAPI SELALU TIDAK MENGIKUT KEHENDAK KERAJAAN.


Pasca 2008, anda sendiri maklum mengenai apa yang pembangkang lakukan di dalam sidang Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri terutama di Perak dan di Selangor. Sila lihat gambar di bawah.



Tunjuk Perasaan oleh Pembangkang di Parlimen Malaysia.
Amacam ada gaya seperti SARKIS kan ??!!!

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...