Selasa, 11 Jun 2013

SPAD: AMAT BERBALOI KONTRAK TAN SRI SYED HAMID DI SAMBUNG, JANGAN CEMBURUI KEJAYAAN SPAD @SPADChannel



Ada bloger tersilap ambil gambar teksi dan mempersoalkan kenapa dalam banyak-banyak teksi, hanya ada sebuah pro pembangkang? Di atas adalah gambar teksi yang ada lambang 1 Malaysia di badan teksi. Teksi jenis ini berlambak-lambak di atas jalanraya. Kritikan dan teguran adalah baik, tetapi janganlah sengaja mencari kesalahan dan kesilapan. Tak berapa profesional penulisannya. Memang terbaik dan mantap kontrak Tan Sri Syed Hamid di sambung, Ternyata, kakitangan SPAD tak makan gaji buta. Kita boleh melihat statistik pendakawaan oleh SPAD DI SINI Nanti sendiri yang malu. Memanglah, SPAD semakin dicemburui oleh ramai pihak di atas kejayaan mereka mendapat pengiktirafan UITP.

Dijangkakan rekabentuk baru TEKS1M (Teksi 1 Malaysia), akan dijadualkan keluar dari Proton. TEKS1M adalah kerjasama di antara SPAD dengan PROTON, bagi menambahbaik mutu perkhidmatan teksi di seluruh negara. Pada keseluruhannya, Malaysia mempunyai hampir 86,000 orang pemandu teksi. TEKS1M adalah salah satu kejayaan SPAD, yang telah diiktiraf oleh UITP baru-baru ini. Selain itu, inisiatif SPAD memberikan permit individu teksi mendapat sambutan menggalakkan. Dengan inisiatif-inisiatif baru ini, mutu perkhidmatan teksi di Malaysia dipertingkatkan. SPAD turut membuat Dasar Pengangkutan Awam mengenai perkhidmatan teksi, sila klik pada gambar,




Rekabentuk TEKS1M yang bakal keluar.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...