Khamis, 23 Ogos 2012

EDISI KEMERDEKAAN: MANA SATU ANDA PILIH?

Sejarah Tanah Melayu bermula lebih awal dari Merong Mahawangsa (831 Masihi). Lebih awal dari Candi Borobudur. Lebih awal dari Tanah Serendah Sekebun Bunga. Lebih awal dari Gunung Candi. Lebih awal dari Bukit Saguntang. Lebih awal dari Parameswara, Lebih awal dari Kembayat Nagara. Lebih awal dari Ganggan Nagara. Lebih awal dari Kota Galanggi. Itu di peringkat awal sejarah lama Tanah Melayu. Jadi tiada jurai keturunan mana pun boleh buat dakwa dakwi nenek moyang merekalah yang paling awal jadi pemerintah  asal. Bikin malu kepada nenek moyang buat apa?

Sejarah Kemerdekaan Tanah Melayu pun bermula sejak penentangan orang Melayu Kedah terhadap British, pembunuhan JWW Birch kerana kemungkiran Perjanjian Pangkor. Perang Naning, pengkhianatan Kapitan Yap Ah Loy kepada Sultan Selangor. perang Tok Janggut, kebangkitan Melayu Pahang kerana kemungkiran Perjanjian Residen oleh British dan Perang di Terengganu. 

Selepas itu muncul golongan nasionalis berfahaman sosialis revolusioner atau nasionalis sosialis. Ramai Melayu tertipu. Penubuhan PKMM, API AWAS dan banyak lagi digerakkan oleh Melayu Nasionalis Sosialis. Selepas itu muncul lah Melayu yang fikirannya waras dan otaknya geliga di pandu oleh ulama tersohor seperti Abdullah Fahmi. 

Ditakdirkan perjuangan menuntut kemerdekaan ini pula bersaing dengan Revolusi Komunis oleh PKM. Dalam perlumbaan tersebut , perjuangan UMNO mendapat restu para Sultan dan orang Melayu. Menyebabkan PKM terpaksa memperalatkan Melayu nasionalis sosialis tubuhkan Rejimen ke 10 PKM. Modus Operandinya sama lah macam kafir harbi cauvinis rasis DAP memperalatkan PAS dan Melayu.

Oleh kerana perjuangan Rejimen ke 10 PKM bersifat kebangkitan komunisma dan menumpahkan darah, perjuangan UMNO lebih di terima rakyat kebanyakan. Memandangkan PKM bukan sahaja menembak polis dan tentera British tetapi juga mengorbankan nyawa rakyat jelata yang ingkar kepada mereka. 

Manakala perjuangan UMNO pula di sokong oleh golongan ulama tersohor yang tidak mahu lagi rakyat menderita akibat peperangan dan para Sultan yang sayangkan nyawa rakyat. Di suruh oleh para ulama agar pemimpin UMNO menggunakan akal fikiran dan kebijaksanaan Fatonah menuntut kemerdekaan daripada British. 

Akhirnya perjuangan menuntut kemerdekaan di pihak UMNO lah yang menang dan pihak Revolusi Komunis gagal. 

Jadi adakah anda mahu mengingati perjuangan yang menang atau perjuangan Revolusi Komunis yang gagal?
Sendiri mahu ingat lah brader.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...