Jumaat, 15 Jun 2012

PAKATAM SELANGOR AKUI MEREKA TAK CERDIK.

1MALAYSIA 1SUARA 1MATLAMAT
SAYANGI SELANGOR YAKINI BN 
JADIKAN HARI ESUK LEBIH BAIK DARI HARI INI 


SHAH ALAM 14 JUN : Laporan yang digunakan untuk justifikasikan projek mega Langat 2 bagi memindah air mentah dari Pahang ke Selangor, tidak tepat and mengandungi kelemahan.
Malah laporan itu, Kajian Sumber Air Negara 2000 (NWRS2000), tidak mencerminkan tahap penggunaan air sebenar di Selangor dan didakwa cuba memperbesarkan tahap permintaan air bagi mewajarkan projek berharga RM 6 billion itu.
Menurut Dr Lee Jin dari pertubuhan Coalition for Sustainable Water Management (CSWM) statistik permintaan air di Selangor yang dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat ini jauh tersasar dari realiti sebenar.
“Kajian NWRS menunjukkan beberapa kelemahan seperti angka bagi permintaan air perkapita sengaja ditambah.
“Kaedah untuk menganggar permintaan alam industri air dan pertumbuhan ekonomi turut menampakkan kecacatan.
“Ia sengaja dilakukan untuk meningkatkan keraguan terhadap daya maju perancangan Negeri Selangor untuk ambil alih pengurusan air dan cubaan mewajarkan projek pemindahan Air Mentah Pahang-selangor.
“Pada tahun 2009, CWSM menjalankan analisis laporan NWRS 2000 kerana Pakatan Rakyat tidak percaya anggaran permintaan air yang digunakan untuk mewajarkan pemindahan air dari Pahang ke Selangor,” ujar Dr Lee Jin dalam kertas kerjanya yang dibentangkan di Forum Air Selangor baru baru ini.
Kerajaan Pusat sedang mendesak Selangor untuk meluluskan projek Langat 2 kerana ia mendakwa Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan mengalami masalah bekalan air pada masa akan datang.
Manakala Kerajaan Selangor berpendirian projek tersebut terlalu mahal dan tidak diperlukan kerana Selangor mempunyai kebolehan untuk membekalkan air dengan cukup jika industri air distruktur semula.
Malah Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pernah berkata harga air akan melonjak sebanyak 100 peratus jika Langat 2 dibina. Manakala penstrukturan semula lebih menjimatkan dan harga air tidak akan naik lebih dari 12 peratus.
Forum yang dihadiri kira-kira 200 jemputan itu memperlihatkan sebanyak sembilan kertas kerja dibentangkan oleh pakar industri air dan agensi pengurusan air Selangor seperti Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).
Forum itu bertujuan membincangkan isu-isu berkaitan penyusunan semula industri air di selangor seperti yang termaktub dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).
Turut hadir Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, MP Klang Charles Santiago, MP Petaling Jaya Utara Tony Pua, MP Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad dan Exco Selangor Dr Xavier Jayakumar.
Akhirnya Pakatam Papantanda Selangor mengakui bahawa mereka tak secerdik mana-mana pihak apabila mereka gagal membuktikan kebenaran dakwaan CWSM yang merujuk laporan pada tahun 2009. Helo sekarang ini tahun 2012 dan angka pertambahan penduduk semakin meningkat serta bertambah pesatnya perkembangan industri dan kegiatan ekonomi kerana kebijakan pemerintahan terdahulu (BN). 

Helo CWSM bagaimana pula dengan kadar pencemaran sungai-sungai di Selangor yang semakin hari semakin tinggi dan tiada sebarnag tindakan oleh Pakatam untuk memulihkan sungai-sungai Selangor dari kandungan raksa dan ammonia yang amat tinggi?

Helo CWSM bagaimana pula dengan kadar sedimen dan lumpur dan sampah sarap yang turut mencemari sungai-sungai Selangor ? Ini menjadikan sungai-sungai di Selangor sudah tak berapa selamat lagi untuk digunakan dan kos rawatan amat tinggi.

Lagipun siapalah CSWM ini kan. Sejak bila ditubuhkan dan siapakah pengasasnya dan adakah boleh dipercayai ?

Betullah kata Noh Omar, Forum Air Selangor buang masa, buang tenaga dan bazirkan duit rakyat tapi penyelesaian tiada sebab Pakatam tak cerdik-cerdik lagi.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...