Khamis, 10 Mei 2012

KHALID G KETEGURAN DEK SULTAN SELANGOR PASAL AIR.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Aku nak Rembat Konsesi Air Pun Tak Boleh Ker????

ISU AIR SELANGOR. Puak PKR masih berdegil mahu menimbal balik dengan tawaran penstrukturan semula konsesi perkihdmatan air. Katalain nak rembat semuanya perkhidmatan konsesi air di Selangor, WPKL dan Lembah Kelang. Kalau kalah dalam PRU 13 nanti masih berpeluang nak buat come back sebab duit banyak jual air. 

Sebagai membalas teguran Sultan Selangor semalam yang mahu isu air di Selangor tidak dipolitikkan, Khalid G dengan segera menuduh KeTTHA dan Peter Chin Kah Fui. Khalid kata Chin Fah Kui main dolak dalih pasal isu air. 
"justeru, kita mendesak Kerajaan Persekutuan mengambil kira teguran Sultan dan melaksanakan dengan segera penstrukturan semula industri pembekalan air di Selangor seperti yang diperuntukkan oleh Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA) yang membolehkan kerajaan Selangor mengambil alih pengurusan ini."
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Negeri.
"Kerajaan negeri juga amat komited untuk menyelesaikan penstrukturan semula industri air supaya kecekapan perkhidmatan bekalan air dapat ditingkatkan dan mengekalkan tarif air pada kadar munasabah.
"Selain itu, kerajaan juga akan dapat meneruskan pemberian air percuma bagi setiap 20 meter padu pertama setiap bulan kepada penduduk di negeri ini," tambah Khalid.
Khalid turut mendesak agar Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui agar tidak lagi berdolak dalih dalam memberi persetujuan kepada rancangan untuk penstrukturan semula yang dibuat oleh kerajaan negeri Selangor.
"Kah Fui tidak perlu lagi berdolak dalih dan menggunakan kuasa sebagai menteri di bawah WSIA untuk memastikan syarikat konsesi memberi persetujuan kepada rancangan penstrukturan semula di negeri ini.
"Sebelum ini kerajaan negeri telah menawarkan penyelesaian arbitrasi antarabangsa untuk memberi keadilan kepada semua pihak dan sepatutnya syarikat konsesi tidak mempunyai masalah untuk menerima tawaran tersebut," kata Khalid.
Menteri Besar berkata, "kita menghormati titah Sultan Sharafuddin supaya tidak mempolitikkan isu air dan mengambil semua teguran baginda sebagai panduan dalam meningkatkan lagi keberkesanan urusan pentadbiran negeri ini termasuklah memperkasakan program Merakyatkan Ekonomi Selangor dan amat menghargai pandangan baginda yang mengambil berat tentang perkembangan yang berlaku di negeri ini."
Beliau berkata, sebelum ini kerajaan negeri telah menawarkan penyelesaian menerusi timbang tara antarabangsa untuk memberikan keadilan kepada semua pihak dan sepatutnya syarikat konsesi tidak mempunyai masalah untuk menerima tawaran itu yang beliau anggap amat munasabah. - SINARHARIAN 10 MEI 2012.
PKR Selangor menghormati titah Sultan Selangor? Ha ha ha ha ... Helo Khalid G kalau nak menipu pun ingat-ingatlah apa korang buat masa pertabalan YDP lalu. Dan korang kena ingatlah sapa yang dok menipu Sultan Selangor dalam isu pasir dan isu murtad oleh DUMC? Puak korang jugak lah yang kutuk beriya Sultan Selangor dalam isu perlantikan Khusairin. Korang jugaklah yang dok kutok Sultan Selangor dan memfitnah baginda ada skandal dengan artis. Memang PKR nie muka tak malu kulit tebal macma buaya.

Kerajaan Pusat dah separuh jalan nak selesaikan masaalah air. Tiba-tiba Khalid G menyampuk nak struktur semula konsesi perkhidmatan air macam konsesi pasir dan sampah. Ada patut ka? Itu nasi sudah masuk mulut orang, itu Khalid mahu telan juga. Kalau tak struktur semula tak boleh ker?

Atau pun Khalid G benarkan projek Langat II diteruskan dan seepas itu barulah berbincang pasal penstrukturan semula konsesi air. Ada je alasan tongong puak PKR nie nak menyusahkan rakyat dan menyenangkan kroni mereka. 

Lagipun dari mana sumber dana PKR Selangor nak cekau untuk membuat penyelesaian yang memuaskan hati ? IMF punya duit ka Khalid atau duit dari Singapura? Kau buat lawak bodoh la Khalid.

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...