Jumaat, 27 Januari 2012

MALAYSIKU PRIHATIN :BERKUATKUASA SERTA MERTA NELAYAN TIDAK DI TANGKAP DI KAWASAN PERAIRAN PERTIKAIAN.

TAHNIAH KERAJAAN BN ! Nasib nelayan tempatan yang seringkali menangkap ikan di kawasan perairan pertikaian di antara Malaysia dengan Indonesia tidak akan di tangkap lagi. Sebaliknya nelayan kedua-dua buah negara akan diarahkan berpatah balik. Berikut pertikan daripada lapuran di Utusan Malaysia:-
NUSA DUA, Bali 27 Jan. - Berkuatkuasa serta merta, pihak berkuasa Malaysia dan Indonesia tidak akan lagi menangkap nelayan dari kedua-dua negara yang didapati menjalankan aktiviti di kawasan maritim belum dimuktamadkan persempadanannya, sebaliknya mereka akan diminta meninggalkan kawasan berkenaan.
Pada masa yang sama, agensi berkaitan di kedua-dua belah pihak akan terus memberi penerangan kepada nelayan di negara masing-masing supaya mengelak memasuki kawasan-kawasan terbabit bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku.
Kesepakatan ini terkandung dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Garispanduan Bersama Tentang Pelayanan Terhadap Nelayan oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dan Indonesia, yang ditandatangani di sini hari ini.
Garispanduan bersama itu, yang dimuktamadkan dalam masa dua bulan setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mencapai persetujuan di dua pertemuan iaitu pada Oktober di Lombok dan semasa sidang kemuncak ASEAN di Bali pada November tahun lepas.
Persefahaman ini dibuat berdasarkan hasrat pimpinan tertinggi kedua-dua negara untuk menjaga kesejahteraan rakyat, khususnya nelayan yang mencari nafkah secara turun temurun di kawasan perairan kedua-dua negara. - BERNAMA

TEPUK DADA TANYA IMAN! 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...