Jumaat, 27 Januari 2012

MALAYSIAKU ANIH: AZIZ BARI ARAHKAN MB KEDAH DI PECAT.

AZIZ BARI sudah menjadi penagamal dan penganut Buku Jinggay yang paling taat. Ketaatannya melebihi daripada pengarang Buku Jinggay sendiri. Beliau telah melantik dirinya sendiri menjadi hakim kepada perlaksanaan Buku Jinggay. Di dalam isu pelajar KUIN dikenakan tindakan di bawah AUKU, Aziz Bari telah mendesak agar MB Kedah Azizan di pecat dan dikenakan tindakan oleh Parti Adat & Sosial kerana melanggar kedaulatan dan keluhuran Buku Jinggay yang anti AUKU. Persoalannya ialah :-
  1. Adakah tindakan yang dikenakan ke atas pelajar KUIN itu datang daripada arahan terus MB Kedah si Azizan? 
  2. Seterusnya adakah Pakatan mengamalkan dasar dan polisi menjatuhkan hukuman tanpa perbicaraan adil? 
  3. Tidakkah tindakan Aziz Bari itu mengesahkan bahawa Buku Jinggay merupakan sebuah Buku Hukum Tanpa Pengadilan dan setaraf dengan ISA?
  4. Adakah Buku Jinggay bertaraf lebih tinggi dari Perlembagaan Malaysia?
  5. Adakah Buku Jinggay ini bertaraf lebih tinggi dari Al Qur'an dan Hadis?
Inilah bahayanya Buku Jinggay kepada semua rakyat Malaysia. Perlaksanaan dan penguatkuasaan Buku Jinggay adalah obstrusif dan opresif..

Kesimpulannya, ialah:-
  1. Pakatan tidak mengamalkan ketelusan dan kebebasan yang mereka sendiri laungkan. 
  2. Parti Adat & Sosial mengiktiraf Buku Jinggay lebih mulia dan lebih tinggi dari Al Qur'an dan Hadis
  3. Parti Adat & Sosial secara rasminya sudah meninggalkan Al Qur'an dan Hadis dan mengambil Buku Jinggay sebagai pegangan rasminya.
Tontoni klip video di bawah ini di mana Aziz Bari membuat desakan kepada MB Kedah.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...