Sabtu, 14 Januari 2012

KARPAL SINGH KATA SHADDAP YOU & GANJARAN RM13,300 UNTUK MILOSUAM.


Karpal, secara terus terang mengatakan dia masih RISAU dan TAKUT dengan penghakiman bertulis yang bakal diberikan oleh Hakim nanti. Kepada Karpal, akan ada kejutan baru yang akan menyebabkan mereka kembali menjadi defensif.

Ingatan Karpal ini ditujukan kepada Izzah yang sentiasa sahaja mahukan Anwar menggunakan ‘Gear 5′ dalam ceramah – dan mengutuk Najib secara maksima.

Karpal mengingatkan Izzah tentang beberapa perkara:-
Saiful punya hak untuk membuat ‘appeal’ kepada kes yang ada. Karpal mengingatkan Izzah bahawa sebagai seorang Peguam; pasukan guaman Anwar MESTI memberikan ruang yang seluas mungkin untuk usaha ini dilakukan. Karpal mahukan semua ruang ini ‘exhaustive’; barulah Anwar layak keluar sebagai seorang bayi yang putih bersih;

Karpal sendiri mahu menguji keberkesanan hujahnya dalam mahkamah yang lebih tinggi – ini adalah soal ego Karpal sebagai peguam handalan;

Kita (team guaman Anwar) juga akan melakukan perkara sama jika keputusan tidak memihak kepada kita;

Yakin bahawa kita masih menang kerana tidak cukup bukti;
Minta Izzah lebih tumpukan kepada ‘mahkamah politik’ daripada mencampuri urusan guaman yang sedang berjalan.

Karpal siap sedia untuk ke mahkamah lagi. Kepada Karpal, apa perlu takut dengan mahkamah rayuan sekiranya kita tidak bersalah.
AIDC

Dan rakan bloger sudah menabung lagi sebagai tambahan kepada wang ganjaran PDRM dari RM10,000.00 kepada RM13,300 untuk milosuam mendedahkah siapa yang bertanggungjawab ke atas insiden letupan 3 bom pada 9 Januari 2012 di perkarangan kompleks mahkamah jalan Duta.

Itupun kalau pendedahan milosuam adalah tepat, betul dan benar. Bukan sekadar gosip liar biasa dan sensasi.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...