Isnin, 25 Julai 2011

PERKARA YANG ANDA WAJIB TAHU MENGENAI BAR MALAYSIA & MAJLIS PEGUAM.

AKTA PROFESION GUAMAN 1976 [APG 76] (Akta 166) merupakan akta yang diperbuat oleh Parlimen yang menubuhkan dan memberikan status penarafan BAR MALAYSIA. Satu-satunya badan profesional yang mengawalselia profession guaman ditubuhkan di bawah suatu akta Parlimen yang sebelum itu didahului oleh ORDINAN PEGUAMBELA PEGUAMCARA 1947.

BAR MALAYSIA ditubuhkan mengikut seksyen 41 dan 42 APG 76. Seksyen 41 menyatakan status perundangan BAR MALAYSIA dan seksyen 42 APG 76 menyatakan matlamat, kuasa-kuasa dan tujuan penubuhannya Kedua seksyen 41 & 42 adalah dua perkara yang anda wajib tahu mengenai BAR MALAYSIA . Keahlian BAR MALAYSIA disebutkan di dalam seksyen 43-46A APG 76.

MAJLIS PEGUAM (BAR COUNCIL) merupakan majlis pentadbiran dan pengurusan serta perlaksanaan fungsi-fungsi BAR MALAYSIA yang ditubuhkan di bawah seksyen 47 -67. Kuasa-kuasanya dinyatakan di dalam seksyen 56 , 57 (Kuasa-kuasa Khusus)perenggan (a) -(m).

Selama ini orangramai agak terkeliru dengan istilah MAJLIS PEGUAM dengan BAR MALAYSIA. MAJLIS PEGUAM adalah badan eksekutif yang menguruskan, mentadbir, menyelaras dan melaksanakan fungsi-fungsi BAR MALAYSIA tetapi mereka bukanlah entiti per se yang dinamakan BAR MALAYSIA sebaliknya mereka adalah sebahagian komponen utama di dalam BAR MALAYSIA.

BAR MALAYSIA adalah terdiri daripada komponen Majlis Peguam, Jawatankuasa Bar Negeri, Gabungan Bar-Jawatankuasa Negeri dan peguambela dan peguamcara.

Pendirian yang di ambil berkenaan dengan isu keputusan SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA kematian TBH oleh MAJLIS PEGUAM adalah pendirian peribadi-peribadi dan karekter bengong yang melampaui kuasa-kuasa mereka di bawah seksyen 56 & 57 APG 1976. Malah apa yang mereka lakukan amat jelas bertentangan dengan fungsi-fungsi BAR MALAYSIA di bawah seksyen42 APG 1976. Perlanggaran yang dilakukan adalah amat serius kerana ianya merupakan perlanggaran suatu Akta Parlimen dan anggota-anggota pimpinan MAJLIS PEGUAM boleh dikenakan tindakan perundangan. 


KETUA HAKIM BESAR MALAYA dan PEGUAM NEGARA boleh mengambil tindakan dan membuat syor kepada Menteri yang berkenaan agar ditubuhkan sebuah SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA bagi menyiasat samada anggota-anggota pimpinan MAJLIS PEGUAM telah melakukan sesuatu kesalahan serius dalam menyalahgunakan kuasa-kuasa mereka di bawah seksyen 56 & 57 APG 1976 yang menyebabkan Pincang Fungsi/ Kuasa BAR MALAYSIA di bawah seksyen 42 APG 1976 kerana mencabar dan mempertikaikan keputusan SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA tersebut. Ianya adalah sesuatu syor yang boleh dipertimbangkan.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

4 ulasan:

Pewaris Wasiat berkata...

Juga salah satu Pakatan Haram Jadah yang lupa kan keamanan Negara...!!!!

ANAK BUKIT HIJAU berkata...

Salam.

Saya pemastautin kampung di pedalaman.

Tak tau langsung tentang undang-undang.

Jadi artikel macam ni sedikit sebanyak dapat membantu saya, menjadi rakyat yang lebih baik dan bertanggungjawab.

Kalau dah macam tu rupa peranan dan tanggungjawab badan itu, apakah perlu ia bertindak sebagai "pembangkang - membuat teguran yang bertujuan untuk lebih merosakkan, bukan untuk membantu"

Lebih baik jangan ada badan serupa ini, kalau semata-mata nak mencari salah kerajaan.

Jas Salleh berkata...

Insya Allahu Ta'ala ...
teruskan mengikuti pada hari ini
akan saya keluarkan lagi petikan2 seksyen2 yang berkenaan ......
kalu keluarkan sekaligus nanti ada yang pening membacanya

Unknown berkata...

Bar council utk peguam sahaja atau hakim sekali?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...