Selasa, 20 Disember 2011

UPSI AMBIL TINDAKAN & MT UMNO BILA NAK AMBIL TINDAKAN KE ATAS PUDIN?

Nyusahkah Mak Bapak Ko sahaja la Beruk SMM.

UPSI AKAN AMBIL TINDAKAN KE ATAS ADAM ADLI , MT UMNO BILA NAK AMBIL TINDAKAN KE ATAS PUDIN, UMNO REFORM DAN BEKAS LULUSAN IKD?

TANJUNG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat seorang pelajarnya yang didakwa bersikap biadap menurunkan bendera memaparkan gambar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam kejadian di Dataran Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara, Sabtu lalu. 

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Zakaria Kasa berkata, jawatankuasa yang dipengerusikan Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Prof Madya Dr Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, sedang mengumpul bukti termasuk gambar yang disiarkan beberapa laman blog berhubung pembabitan pelajar terbabit sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

Katanya, selepas penyiaran berita dan gambar berhubung pembabitan pelajar UPSI terbabit, pihak universiti beberapa kali cuba mencari dan menghubungi pelajar berkenaan untuk mendapatkan penjelasan tetapi tidak berhasil kerana telefon bimbitnya ditutup selain tiada di sekitar kampus.

“Pihak universiti sendiri tidak merestui perbuatan pelajar terbabit apatah lagi bakal menjadi pendidik. UPSI memberi jaminan akan mengambil tindakan sewajarnya kerana jika benar dia bertindak demikian, ia jelas menjatuhkan imej UPSI pada mata masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima memorandum bantahan dari UMNO Bahagian Tanjung Malim bersama parti komponen Barisan Nasional (BN) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta wakil penduduk meminta UPSI mengambil tindakan tegas terhadap pelajar itu di depan universiti terbabit, semalam.

Pelajar semester lima Pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) berusia 23 tahun yang juga peserta demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), didakwa menurunkan bendera tertera gambar Najib serta menggantikannya dengan bendera perhimpunan berkenaan Sabtu lalu. 
Kejadian dikatakan berlaku apabila kumpulan mahasiswa membabitkan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) berhimpun bagi menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bagi menuntut pemansuhan AUKU.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, yang mengetuai penyerahan memorandum berkenaan berkata, kejadian itu jelas menunjukkan sikap biadap pelajar terbabit sekali gus menjejaskan nama baik institusi pengajian tinggi awam (IPTA) khususnya UPSI.


UPSI wajib juga mengambil tindakan ke atas semua kepimpinan SMM, GAMIS dan BEBAS di UPSI yang terlibat sama. Kepada MT UMNO pula bila lagi hendak ambil tindakan ke atas Pudin, UMNO Reform dan bekas lulusan IKD? 

Kepada semua mahasiswa amanah dan tanggungjawab kamu semua yang utama dan pertama ialah menghabiskan pengajian anda dengan cemerlang. AUKU bukan penghalang kebebasan anda. Samalah seperti tanda ' DI LARANG MEROKOK' kepada bukan penghisap rokok. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

buuuu..
ludah2...ptuih3 panglima ludah umno..
kahkahkah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...