Selasa, 13 Disember 2011

SEL13 MEMBAWA STATUS KEMASKINI PERBICARAAN LIWAT II.



LAPURAN DARI RAKAN BLOGER SEL13.
(Perbicaraan Kes Liwat II Anwar Ibrahim)
Berpakaian Rasmi Ahli Parlimen anwar Ibrahim semakin Kusut Fikiran.

Perbicaraan semalam adalah penggulungan hujah oleh peguambela dan pada hari ini pendakwaan menggulung hujah mereka. Ikuti semuanya dan status terkini di Sel13 (pautannya ada di bawah). Berikut adalah sedikit petikan dari laporan tersebut (tujuan hanya memperbanyakkan rekod mengenainya di internet serta mempromosikan hasil kerja rakan yang gigih bekerja dan bukan bertujuan mengambil jalan mudah menciplak hasil kerja rakan lain). TQ Sel13 di atas usaha gigih anda membawa dan merekodkan perjalanan perbicaraan kes liwat II Anwar ibrahim. 

Pukul 1:20 tengah hari
Wartawan mula masuk mahkamah. Turut kelihatan adalah Latheefa Koya, koresponden Kedutaan British dan Australia di dalam mahkamah. Datuk Param dan Datuk Yusof sempat bersembang dengan ceria, bergelak besar.
Turut kelihatan adalah Bomoh  Singh yang duduk di kerusi paling hampir dengan tempat duduk biasa Anwar Ibrahim. Mulutnya sibuk terkumat-kamit. Apalah jampi pendinding yang dibacanya itu.

Pukul 1:45 tengah hari
Hadir seramai 62 orang termasuklah Anwar Ibrahim, Wan Azizah, para peguam Anwar termasuklah Karpal Singh, Sankara Nair, Datuk Param selain pemimpin Pakatan Rakyat seperti Chua Jui Meng, Zuraidah Kamaruddin, Latheefa Koya, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Nurul Izzah.
Majoriti yang hadir adalah wartawan tempatan dan dua orang wartawan asing selain 21 penyokong Anwar Ibrahim termasuk tok bomoh dan lima orang pemerhati asing daripada Persatuan Pengamal Perundangan Komanwel, Kedutaan Australia, Amerika Syarikat, Poland/Kesatuan Eropah dan Britain.
Datuk Yusof memulakan hujah penggulungan kes bagi pihak pendakwaan.

Pukul 2:05 petang
Datuk Yusof menyentuh tentang Najwan Hilmi. Katanya, keterangan Najwan bahawa apabila Saiful diketahui bekerja dengan Anwar dan Najwan Hilmi telah menghantar email kepada Anwar untuk memberi amaran kepada Anwar, adalah bersifat menipu dan meragukan.
Datuk Yusof membaca semula keterangan Najwan Hilmi yang direkodkan.
Anwar menggeleng-geleng. Air mukanya kelihatan sangat keruh.

Selanjutnya sila ke SEL13
Anda di nasihatkan agar mengikuti Transkrip Perbicaraan kes liwat II Anwar Ibrahim di SEL 13.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pada akhir 1980an semasa Anwar sebagai Menteri Kewangan telah mencadang Masjid Simpang Enam di George Town di majukan untuk pembangunan pusat membeli-belah dan pejabat. Para jemaah masjid telah membantah cadangan tersebut kerana masjid telah di bangunkan dan di binakan oleh seorang perdangan berlian Tn Hj Wahab pada 1893 dan tanah tersebut telah di wakafkan. Lalu para jemaah sembahyang hajat memohon kepada Allah swt supaya project ini tidak di teruskan. Seterusnya politik karier Anwar terus menjunam. Ini sebagai tanda Allah swt telah memakbulkan permintaan para jemaah. Hingga kini perangai Anwar satu demi satu timbul. Ini bukan konspirasi tapi kehendak Allah swt

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...