Selasa, 13 Disember 2011

KARPAL SINGH KHIANATI ANWAR IBRAHIM.?

APA PUNYA KES 
(Lambaian Sg Buloh).

Entah apa-apa punya hujahan barisan peguambela Anwar Ibrahim berikan. Kelihatan mereka pun sudah sepakat seiya sekata menghantar Anwar Ibrahim ke penjara. Tidak dinafikan kes pendakwaan adalah kuat dan kukuh. Ini terbukti apabila peguambela terhandal di Malaysia pun akhirnya mengaku kalah. Untuk transkrip penuh perbicaraan klik di sini SEL 13.

Manakala untuk gambar-gambar menarik sila ke blog PapaGomo, M.i.M, Empayar Pemuda, KLPos dan Media Permatang Pauh. Anwar Ibrahim hanya mampu membawa ahli HINDRAF yang kebetulan cuti pada hari keputeraan DYMM Sultan Selangor untuk buat pertunjukkan sarkis sahaja. 

Kain rentang dan kertas plakad tidak mempunyai tulisan yang menarik kerana mungkin penulis-penulisnya pun tidak lulus Bahasa Melayu atau kemungkinan besar yang menulis pun adalah impot dari   LTTE. 

Hamba hendak membuat ulasan butiran hujahan barisan peguambela pun tidak akan berbaloi kerana amat jelas hujahan tersebut merupakan usaha melepas batuk di tangga saja. 

Antara ringkasan yang menarik ialah:-
  1. Karpal Singh akui perbuatan liwat berlaku tetapi ianya dilakukan suka sama suka. Hujahan bagi memanipulasikan soal teknikaliti percanggahan dalam pengaduan Saiful dengan pertuduhan di mana ianya tidak relevan samasekali malah mengakui berlakunya perbuatan liwat.
  2. Soal lokasi karipap daging. Inipun hujahan seperti orang kelemasan tak sempat hendak mengucap.
  3. Soal mengenai keupayaan Anwar Ibrahim melakukan liwat kerana sakit belakang yang mana ini bercanggah dengan hujahan Karpal Singh.  Hujah yang tidak konsisten antara satu sama lain. Dalam bahasa kasar, Main Hantam saja. 
Pendekata barisan peguambela Anwar Ibrahim seolah-olah mengatakan kepada YA Hakim, "Kami berhujah sebab ikut prosedur saja. Kami tiada Pembelaan Baik pun. Ini semua PapaGomo punya pasal keluarkan klip video balun Chinadoll (oops nanti ada ketua cicak kobeng yang jeles plak).

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...