Khamis, 10 November 2011

EKSLUSIF TEMUBUAL KHAS DATUK SERI NOH OMAR ISU NFC.

EKSLUSIF PENJELASAN DATUK SERI NOH OMAR MENGENAI NFC. Ini di ambil daripada sahabat bloger BADUT RAKYAT (baca transkrip penuh di blognya). Ringkasnya beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh Pakatan Haramjadah (PKR) di jawab oleh Datuk Seri Noh Omar yang membuktikan bahawa PKR sengaja memutarbelitkan fakta-fakta penting (entri sebelum ini telah mendedahkan sumber maklumat yang digunakan oleh PKR begitu meragukan).

Antara fakta-fakta yang didedahkan oleh Datuk Seri Noh Omar ialah:-
  1. NATIONAL FEEDLOT CORPORATION terdiri daripada dua buah syarikat iaitu Agroscience dan Lambert (syarikat Australia). 
  2. Sasaran jumlah 226,000 ekor lembu tidak hanya bergantung kepada NFC tetapi selebihnya pada ladang satelit berjumlah 310 (pada anggaran sebuah ladang menghasilkan 600 ekor lembu: 310 x 600=186,00 ekor lembu) Bermakna tiga entiti bertanggungjawab untuk menghasilkan 226,000 ekor lembu mengikut pembahagian seperti berikut:- Agroscience : 60,000 ekor, Lambert -20,000 ekor dan Ladang Satelit-186,000 ekor, 
  3. Agroscience hanya dapat beroperasi pada tahun 2008 kerana kelewatan proses pemilihan melalui Tender Terbuka. Oleh itu Agroscience telah berunding semula untuk menghasilkan 8 000 ekor dalam tempoh yang masih berbaki kerana adalah mustahil bagi mereka unutk menghasilkan 60 000 ekor dalam asa kurang dari tiga tahun. Ternyata mereka mencapau sasaran tersebut manakala Lambert telah menarik diri. 
  4. Ladang satelit 310 buah: Dalam pembinaan 67, sudah siap 53 manakala 23 sudah beroperasi. 
  5. Tempoh masa sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan bagi mencapai penghasilan 226,000 ekor ialah dari 2006 hingga 2011 kelewatan disebabkan oleh pemilihan kontraktor secara Tender Terbuka. 
  6. Keluasan Tanah adalah seperti berikut Agroscience 1,500 ekar, Lambert 500 ekar manakala syarikat kerajaan negeri 3 000 ekar.
  7. Soal pembayaran pula, PKR hanya berdasarkan kepada maklumat Penyata Kewangan Tahunan yang difailkan di dalam SSM. Kini Datuk Seri Noh Omar menunggu jawapan SSM. 
Datuk Srri Noh Omar mengulangi cabaran dan kesediaan beliau menunggu mana-mana syarikat milik Pakatan Haramjadah untuk mengendalikan dan mengusahakan 30 Ladang Satelit yang masih kekosongan jika mereka berani dan mempunyai kemampuan. 

Jelaslah kepada kita semua bahawa dalam setiap isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Haramjadah merupakan isu-isu yang tidak berdasarkan kepada maklumat yang mempunyai kredibiliti serta sengaja diputarbelitkan oleh mereka. Tujuan mereka hanya untuk menimbulkan kecurigaan dan kekeliruan di kalangan rakyat semata-mata. Pakatan Haramjadah sejak dulu sehingga sekarang tidak mempunyai sebarang kewibawaan dan tidak boleh dipercayai langsung.  Ini macam ke hendak menjadi sebuah kerajaan Pusat? Menipu sahaja pandai. Auta je lebih. Pentadbiran negeri Pakatan Haramjadah pula jika tidak boleh jawab soalan jawabnya yang bertanya itu kena halau dari sidang DUN.

TEPUK DADA TANYA IMAN!




3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hebat NFC...sehingga menteri jadi balaci mempertahankanya.Wakil NFC bisu dan pekak badak...balaci ni beria2 plak tu...sendiri tunjuk pekong.Sapa yer blkng NFC sehingga menteri jadi barua tukang cover.Ini bukan soal dpt ke x dpt projek. 53 ladang satelit boleh dianugerah kepada NFC...apalah salahnya pecah kan bg 10-20 syarikat.bayangkan 5000 ekar, luas giler tu.kalau bg 100 ekar satu company..berapa bnyk company boleh bela lembu.barulah tolong rakyat,merasa gak syarikat lain,takat nak cari 10-20 syarikat pasal nak bela lembu bengong ni..hmmm bersepah2 kat Malaysia,bila ckp kronisma ckp melayu dengkilah,naik angin lah,nak kata bahlul dah jadi menteri, ikutlah felda..1 peneroka 10 ekar kelapa sawit..ramai x rakyat senang .berjaya x ?.ramai yg sokong pendapat aku ni....ini bolot semua..bila dah kantoi baru nak offer kat PR..cukup licik punya menteri.kalau x ada undang2 Nak jer aku ajak one by one bertumbuk dgn kerbau ni.jgn buat malu lah..usaha rakyat yg ko boleh jadi menteri
Lu ingat rakyat bahlul? apa salahnya kalau ko jwb pihak kementerian akan membuat siasatan terlebih dahulu..bagi lah pihak syarikat keluarga mami jwb dahulu..barulah nampak cantikkkk. Kalau aku PM lama dah aku perambat sekor ni. Kalau PM dah minta hentikan dan kaji semula bayaran..tandanya bermasalah lah tu..yg beria nak cover benda bermasalah ni yg peliknya.buta perut..buta hati..tuli jer yg x nampak wayang kulit project ni.Nak jwb semua boleh jwb..tp nampak x ketelusanya dan kebodohannya bila over acting menjawab.

C L J berkata...

Rancangan yang hebat:

Semuga akan mencapai matlamatnya sebaik mungkin.

INSHAALLAH.

Jas Salleh berkata...

Datuk seri noh omar DAN menteri tak salah
PROJEK INI MEMERLUKAN MODAL YANG BESAR
Lagipun memerlukan kepakaran tinggi unutk menghaslkan daging yang berkualiti tinggi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...