Khamis, 10 November 2011

KUS SEMANGAT KAK WAN JIJAH SEMAKIN KECEWA.


RAFIZI RAMLI SI JAMBU MADU BERLEKIT (JMB). Tok Janggut amat berang dengan peel Rafizi Ramli JMB. Menurut Tok Janggut si Rafizi JMB ini mempersiakan hidupnya di dunia ini menjadi seorang penipu, pembelit, pemutar skru dan batu api semata-mata mahu memuaskan nafsu serakah politik Mak Lempira Zuraidah K71 dan Saifuddin Nasution. Isu yang dibangkitkan oleh si Rafizi JMB berkenaan dengan NFC (Projek Lembu Fidlot) di sanggah habis-habisan oleh Tok Janggut. Sanggahan Tok Janggut ada benarnya. Dimanakah salahnya Dato' Shahrizat Jalil apabila suaminya dan anak-anaknya yang berkemampuan menjalankan projek kerajaan? Bahkan sudah tentulah komitmen yang diberikan melebihi daripada mana-mana kontraktor biasa memandangkan maruah dan harga diri Dato' Shahrizat menjadi 'Jaminan Projek'. Tok Janggut menulis:-
MALANG sungguh Rafizi Ramli,anak muda yang belajar hingga ke Leeds University akhirnya mempraktiskan segala pendidikannya untuk menjadi penipu,memutarbelitkan fakta,pemfitnah dan membenarkan dirinya diperbodoh dan diperalatkankan oleh Saifuddin Nasution dan juga Zuraida,Ketua Wanita KeADILan untk menyerang National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC),syarikat yang diterajui oleh Dato Sri Mohd Salleh Ismail.

Ketidakmatangan Rafizi menilai kepentingan projek Pusat Fiflot Nasional sebagai sebuah syarikat yang diterajui oleh orang Melayu sepenuhnya menterjemahkan bahawa pendidikan bertaraf tinggi anak muda ini tidak digunakan sebaiknya untuk kepentingan bangsa dan Negara ini malah kebodohannya menilai projek berharga RM250 juta itu cukup membimbangkan sejauh mana daya fikir anak muda yang pernah mendapat pendidikan di MCKK ini.


Projek ternakan lembu selama ini dimonopoli oleh bangsa asing dan apabila Melayu berpeluang untuk membangunkan projek ternakan ini, ada orang Melayu termasuklah Rafizi tidak senang ataupun adakah berkemungkinan Rafizi alat kepada bangsa asing itu untuk menjahanamkan projek ini dan memangsai syarikat yang dilantik oleh Kementerian Kewangan ini?


Rafizi yang bagaikan menjadi budak suruhan Saifudin dan Zuraidah cuba memutarbelitkan fakta untuk mengelirukan rakyat bagi mempercayai fitnah dan pembohongannya kononnya syarikat ini telah diberikan geran percuma oleh kerajaan untuk membangunkan NFC sama sekali tidak masuk akal kerana jelas syarikat ini sebenarnya meminjam daripada kerajaan. Bila meminjam syarikat ini kena bayar balik bila sampai tempoh yang telah ditetapkan.


Namun atas dasar kepentingan politik kerana Mohd Salleh adalah suami kepada Shahrizat, Rafizi hilang sifat kemanusian serta kewarasannya dan  mencela Sharizat kononnya wujud unsur-unsur kronisme ekoran syarikat ini dianggotai oleh suami dan anak-anak Shahrizat.Tidak boleh berniaga rupanya bila isteri atau ibu menjadi Menteri!


Salahkah mereka ini diberikan peluang kerana Mohd Salleh berpengalaman serta berkelayakan termasuklah membangunkan Taman Teknologi dan apa salah Shahrizat hingga begitu sekali Rafizi dan kumpulannyanya menghina Ketua Wanita UMNO Malaysia ini hingga Shahrizat dituduh merompak wang rakyat?Tuduhan yang jijik ini biasanya diluahkan oleh orang-orang jijik yang sudah biasa dengan dunia jijik. BACA SETERUSNYA DI SINI SANGGAH TOK JANGGUT
Teringatkan cabaran terbuka yang telah di buat oleh Dato' Seri Noh Omar di dalam sidang Parlimen baru-baru ini semasa menjawab perbahasan isu yang sama. Cabaran tersebut telah menyebabkan kesemua ahli Parlimen Pakatan Haramjadah terdiam.

Akaq Wan Jijah kita pun semenjak pendedahan mengenai Jambu Madu Berlekit Terbaru ini pun sudah keresahan dan semakin keciwa. Bukanlah niat untuk meruntuhkan rumahtangga orang lain. Oleh kerana akaq Wan Jijah adalah Presiden Seumur Hidup PKR dan pendedahan tersebut melibatkan orang bawahannya amat perlulah bagi akaq Wan Jijah memperbetulkan keadaan, Jangan asik hendak menyelak kain orang lain sahaja. Koyak di kain sendiri apa cerita?

Sebenarnya di dalam isu Projek Lembu Fidlot ini (NFC) Hamba ada mempunyai bukti-bukti yang kukuh bahawa gerak kerja yang dilakukan oleh Rafizi Ramli JMB sebenarnya hanya berdasarkan kepada Sumber-sumber Yang Tidak Tepat langsung. Nantikan saja pendedahan Hamba tersebut.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...