Rabu, 16 November 2011

BUDAK KECIL MAIN RM250 JUTA KISAH TAKUT-TAKUT BENAR.


BUDAK KECIL MAIN RM250 JUTA. 

Ada seorang budak kecil IQ 250 hendak memohon Pinjaman Lembu(t) RM250 juta untuk beli Mukabuku.Budak kecil ini panjang silsilahnya. Maklumlah budak kecil ini dilahirkan di alam maya. Jadi sudah tentulah panjang silsilahnya. 
Pohon punya pohon akhirnya di tolak permohonannya kerana umur belum cukup walaupun otak bergeliga boleh buat lampu di tiang jalan besar. 
Jadi budak kecil tu tak berpuashati. Di tulis dalam blognya mengatakan telah didiskriminasikan kerana gagal. 
Kenapa untuk beli lembu kerajaan boleh beri tapi untuk beli Mukabuku tak boleh katanya, Ini tak adil !
Disebarkanlah luahan rasa tak puashatinya itu kerana pandai pasal IT. 
Mahu tak mahu akibat tekanan daripada pelbagai pihak akhirnya budak kecil itu dapat jugalah hajatnya.
Pertama sekali, budak kecil itu beli kapal layar untuk pelaburan. Selebihnya budak kecil itu beli hakcipta permainan Monopoli Online.
Meniaga punya meniaga akhirnya apabila berjaya memperolehi hakmilik Mukabuku, budak kecil itu pun mengupahlah beberapa orang pakar ekonomi dan pengurusan korporat untuk mengendalikan semua perniagaan yang dibelinya.
Tak sampai sebulan, semua perniagaan jatuh bankrap. 
Pinjaman pun tak boleh di bayar,
Kapal layarnya tenggelam dek bocor kerana takde sapa nak jaga.
Bisnes Monopoli Online pula kena saman kerana menciplak hakcipta orang lain.
Manakala syarikat Mukabukunya tewas kepada laman sosial baru yang di buka oleh pengasas Mukabuku yang kaya raya kerana pembelian mukabuku.
Akhirnya budak kecil yang bergeliga otak itu di saman berpuluh bilion dan tak boleh berniaga sampailah omornya 174 tahun. Mak bapaknyalah yang kena saman sebab budak kecil itu tak cukup umur.

MESEJ MORALITI:
JANGAN SESEKALI BERIKAN TUGASAN & TANGGUNGJAWAB BESAR KEPADA SEORANG BUDAK KECIL WALAUPUN IQ NYA TINGGI
JANGAN MUDAH MERAGUI KEBOLEHAN PIHAK LAIN DAN MENCEMBURUI PIHAK LAIN HANYA KERANA KITA FIKIR IANYA SEPATUT DILAKUKAN BEGITU DAN BEGINI.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...