Khamis, 29 September 2011

ISU HUDUD: PENDIRIAN PAKATAN 'TIPO; RAKYAT MENOLAK HUDUD & NEGARA ISLAM.

"Jelasnya (Anwar Ibrahim) , Pakatan jelas menghormati hak dan kehendak PAS untuk melaksana hudud, namun parti Islam itu masih terikat dengan dasar bersama yang dipersetujui serta manifesto dalam Buku Jingga..."
Seperti yang telah di duga, pendirian Pakatan 'Tipo' Rakyat mengenai Hudud dan Negara Islam ialah menolak keduanya kerana tentangan hebat daripada DAP. 

Maksud sebenar kata-kata Anwar Ibrahim ialah: Kami tolak Hudud dan Negara Islam dalam Buku Jingga dan Konsensus kami. PAS terikat dengannya walaupun kami hormati pendirian PAS."

Jadi apa yang mereka hendak persalahkan dan pertikaikan UMNO lagi dalam hal ini? Bukan UMNO yang menderafkan Buku Jingga dan memaksa PAS akur kepada nya. Yea tak?

Boleh ke fakta itu dipadamkan oleh mereka dengan mempersalahkan dan mencabar UMNO dalam isu Hudud? Tak masuk akal kan hujahan mereka. 

Sendiri mahu ingat siapa bohong terlebih dan siapa yang bercakap benar.
TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...