Ahad, 11 September 2011

ISU 6% CUKAI PERKHIDMATAN SALAH DS RAIS YATIM?

The Star 24 Ogos 2011 melapurkan bahawa syakrikat-syarikat Telco sedang menunggu arahan selanjutnya daripada MCMC mengenai perlaksanaan cukai perkhidmatan yang akan dikenakan ke atas pengguna prabayar. 

Persoalannya adakah difahamkan bahawa kenyataan tersebut membawa kepada kesimpulan bahawa MCMC dan DS Rais Yatim gagal dalam isu ini? Sepertimana yang kita ketahui, syarikat-syarikat Telco masih belum melaksanakannya. 

Walaupun pihak syarikat Telco telah menyatakan hasrat mereka sejak Mei 2011 perlaksanaannya bergantung kepada keputusan Kabinet. Sudah tentulah sebarang keputusan kabinet akan meneliti banyak faktor. Amat jarang kabinet Malaysia buat keputusan tanpa sebarang kajian terperinci dilakukan. Kabinet pentadbiran DS Najib tidak melakukan keputusan berdasarkan kepada sentimen semata-mata dan itu hanya berlaku semasa pentadbiran Pak Lah.

Sebagai Menteri Kabinet sudah tentulah isu sebesar ini tidak akan diputuskan oleh DS Rais Yatim tanpa terlebih dahulu merujuk kepada keputusan Menteri Kabinet. Soal keterburuan pihak syarikat Telco dalam mengumumkan keputusan mereka lebih difahamkan kepada startegi korporat yang berkemungkinan mahukan cukai perkhidmatan ke atas prabayar disubsidikan 100% oleh pihak kerajaan. 

Berkemungkinan juga syarikat-syarikat Telco mahu caj-caj lain dikurangkan yang perlu kena di bayar kepada pihak kerajaan. Seksyen 199 AKM tidak memberikan kuasa yang terlalu luas kepada Menteri MCMC untuk campur tangan sesuka hati berdasarkan kepada sentimen semata-mata.

Kita tunggulah sahaja isu ini diselesaikan dengan cara baik dan di atas kebijaksanaan pentadbiran DS Najib tanpa perlu menyalahkan sesiapa. Jelasnya dalam isu ini ternyata syarikat-syarikat Telco bermain startegi korporat dan permainan sentimen untuk mencapai sesuatu matlamat bagi kepentingan mereka walaupun mereka memperolehi keunutngan besar semasa menyerap caj perkhidmatan tersebut selama ini.

Ya la perangai korporat-korporat besar di Malaysia ini suka menangguk di air keroh,


1 ulasan:

Fie Likezz berkata...

cukai 6% ini dibayar kepada kerajaan atau kastam. . . . . melalui rujukan rakan saya cukai perkhidmatan dibayar kepada kastam, cukai kerajaan dibayar kepada kerajaan . . . maka, apa kaitan kastam dengan telco . . .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...