Jumaat, 19 Ogos 2011

PAS TANAM LALANG TUMBUH POKOK BERDURI.

November 1955 dikatakan PAS ditubuhkan. Betul ke? Sebenarnya PAS tertubuh bukanlah di atas usaha bekas Presidennya pertama tetapi oleh seorang sosialis religus bernama Dr Burhanuddin Al Helmi. PAS digunakan oleh kelompok komunisma dan sosialisma Melayu untuk menubuhkan sebuah Republik Sosialisma berbentuk Pluralisma. Perkataan ISLAM digunakan adalah bertujuan mengelirukan Melayu beragama Islam untuk menyokong parti tersebut dan meninggalkan satu-satunya parti politik yang membela nasib Melayu dan Islam iaitu UMNO.


Perkataan ISLAM di dalam PAS bermaksud SOSIALISMA ISLAM yakni doktrin sosialis religus. Perkataan ISLAM di dalam PAS tidak pernah membawa maksud ISLAM AHLISUNNAH WAL JAMAAH. Pengikutnya mungkin ahlissunnah wal jamaah tetapi perjuangan PAS bukan menegakkan AHLISSUNAH WAL JAMAAH. 

Berbeza dengan konotasi KEBANGSAAN di dalam UMNO ianya membawa maksud pengertian PERPADUAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA. Ianya sengaja diberikan takrifan dan tafsiran buruk oleh PAS atas dasar perseteruan politik semata-mata dan bukannya atas dasar AKIDAH. 


Begitu juga dengan konotasi ISLAM HADHARI yang membawa pengertian KETAMADDUNAN ISLAM dan bukannya seperti pengertian yang diberikan dan difahamkan oleh PAS.ISLAM HADHARI mengajak semua umat Islam kembali bangun dan membangunkan nilai-nilai tamaddun ISLAM yang diasaskan kepada al QUR'AN dan HADIS. 

BERWASPADALAH DAN BERHATI-HATILAH DENGAN 'ISLAM' PAS KERANA TERBUKTI SEJAK PASCA 2008, 'ISLAM' PAS MERUPAKAN 'SOSIALIS RELIGUS' YANG BERDASARKAN KEPADA DOKTRIN SOSIALISMA ISLAM.  PAS MENANAM LALANG DAN KINI BENIH ITU TELAH MENJADI POKOK BERDURI.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...